Pages

Thursday, November 6, 2014

Im gonna start daily journal for myself :D

Tengah hari semalam lepas habis makan N singgah kedai buku. Ada sales, mungkin nak clearkan stok. Tapi masa belek-belek buku tu, tengok kebanyakannya macam buku yang jual kat Big Bad Wolf. Big Bad Wolf kali ni bulan December 14. Klik sini untuk Big Bad Wolf December 2014.

Daily journal

Tengah-tengah belek buku terjumpa satu buku yang macam ala-ala journal tentang diri kita sendiri. Dah lama N nak cari buku macam ni sebab isi dalamnya menarik. Kalau kita takder idea nak tulis apa, memang tak payah risau sebab dalam tu ada maklumat-maklumat tentang diri kita yang perlu diisi. Tapi buku-buku macam gini mahal harganya. Jadi N ingat N nak buat sendiri je macam gambar kat atas. Cantik sangat.. 365 journal of ourself..

Takpun macam kat bawah ni lebih kepada diary. Awal tahun memang dah azam nak buat daily diary.. Tapi sempat tulis untuk beberapa minggu yang pertama je, lepas tu terus tergendala. Di mana agaknya kesilapannya??

Daily journal

Kat bawah ni lebih kepada bentuk kalendar dan sangat bagus untuk catatan ringkas. Takder la pening nak pikir nak tulis apa kan..

Daily journal

Lagi kreatif yang macam kat bawah ni. Hari-hari kertas yang berlainan.. menarik ni, kalau boleh nak cuba yang macam ni.

Daily journal

Yang ni pun lebih kurang juga sama macam kat atas..

Daily journal

Yang ni pula ada tempat letak yang special. Tapi N lebih prefer yang jenis buku supaya senang nak bawa ke mana saja..

Daily journal

----------------------------------------------------------

Jadi sebelum mulakan journal, N kena kenal pasti dulu, jenis journal yang macam mana N nak buat??? Confius you all.. Semua pun menarik..

Okay, kita tengok dulu kesilapan daily diary N sebelum ni yang dah tergendala:

N malas nak update dan tulis sebab N estimate satu hari satu page dan satu page tu besar satu A4. Jadi bila satu A4 banyak nak kena cerita. Kalau takder cerita muka surat akan jadi rompong. Diary yang rompong semestinya nampak tak cantik. Lagi satu sebab masa. Samada masa tak mengizinkan ataupun takder masa nak buka diary yang gedabak saiznya. Hari-hari mengadap blank page. Agak tak menarik especially kalau N takder apa-apa agenda.. Setakat nak tulis "hari ni tak buat apa-apa, tidur je dengan baby asy" dan selebihnya empty page.. Sangat tak besh dan tak menarik.

Penyelesaian untuk Daily diary or journal, this is the journal criteria that will suit me well:

Kecil - Saiz journal mesti kecil supaya senang nak bawa ke mana-mana, simpan dan senang nak tulis. Jadi takder lagi alasan kata susah nak buka journal yang besar lagi bulky.. Lagi satu bila journal kecil, tak perlulah nak perah otak sampaikan masuk bilik air berapa kali pun pergi bagitau kat situ. Journal yang perlukan N tulis banyak boleh buat N cepat bosan... Sebab tu la daily diary tahun 2014 dah tergendala lama pada awal tahun..

Color and assorted page design - Diary yang guna blank page dan warna yang sama agak membosankan. Untuk menceriakan hari-hari yang telah berlalu, N nak kena letak banyak warna dan background untuk setiap page.. Bila background cantik baru la ada semangat nak menulis dan simpan untuk dibaca kemudian hari.

Anyway, bila agaknya N perlu mula yaa?? Rasanya nak cuba dulu bulan december 2014. Nak cuba sebulan dulu. Kalau menjadi N akan sambung for 365 days journal for 2015... Wish me luck ya :D

2 comments:

  1. menarik ni. danee pun ada angan2 nak tulis diary pada permulaan tahun 2014 akhirnya tergendala camtu je. selebihnya da rompong haha. rasa cam nak sambung balik tapi danee ni kurang kreatif sikit bab2 tulis ni:)

    ReplyDelete
  2. Canti kiut larhh. Bru smngt nk buat jurnal..kn?. Hehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D