Pages

Wednesday, June 25, 2014

Rahsia follower bertambah-tambah dalam masa sebulan ni

Hai semua, selamat tengah hari. Dah makan, dah kenyang?? Kalau udah, jom kita blogwalking yer melawat kawan-kawan maya.. Sejak kebelakangan ni N banyak join segmen, giveaway dan juga contest. Dan memang tak boleh dinafikan kesannya ke atas blog, blog Kapas Putih makin meriah.. clap clap clap.. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri :D

Follower pun tak payah cakaplah.. Seingat N, sebelum ni follower N memang tak ramai lebih kurang 130 something la gitu. Tapi tuptup dah nak dekat sebulan lebih macam sekarang ni dah cecah 189. Banyak kan. Datang dari mana tu?? Haa kat atas N dah sebut kan. Meh ulang balik. 

Rahsia follower N bertambah-tambah dalam masa sebulan ni adalah kerana penyertaan segmen, giveaway dan juga contest dari blog lain. Dan tak lupa juga segmen yang N buat juga untuk para pelawat Kapas Putih. Sungguh tak sangka hebatnya penangan segmen, giveaway dan contest ni. Selain dari tu penyertaan ni juga boleh mengeratkan silaturahim dan hubungan dengan rakan-rakan maya.

Check this out.. comment yang sangat menarik perhatian N, amik dari sitiyangmenaip.blogspot.com

Rahsia follower bertambah-tambah dalam masa sebulan ni

Masa tengah kunjung balas segmen N terbaca la comment conversation between pelawat dan empunya blog. Kisahnya lebih kurang sama dengan N. Tujuan nak masuk segmen, giveaway dan contest sebab nak hadiah.. hehe.. Lumrah lahkan, siapa takmo barang free aka hadiah. Ada satu segmen ni (comment di atas dalam entry segmen yang N maksudkan), tertanya-tanya la juga apa hadiahnya sebab empunya diri yang wat segmen tak bagitau apa yang peserta akan dapat. Kalau dulu-dulu, tak tau hadiah apa, malas nak join.. Tapi sekarang ni walaupun tertanya-tanya, N tetap akan join.

Kenapa N join?? Sebabnya N dah nampak kehebatan hubungan dan juga kesannya ke atas blog, trafik blog, comment box dan tak lupa juga follower..

Walaupun satu-satu segmen tu takder hadiah fizikal mahupun balasan dari pembuat segmen tapi dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh blog lain dah membolehkan kita menerima hadiah daripada pengunjung blogger tersebut dan juga peserta yang menyertai.. Apa hadiahnya?? Ianya sebuah kunjungan mesra untuk meriahkan lagi aktiviti dan juga mengeratkan hubungan sesama blogger. Boleh kira hadiah juga tu kan dan lagi satu tak susah pun sebab tak perlu nak gebang kat orang ramai supaya melawat blog kita :D

Bila join satu segmen, contest or giveaway.. Keesokkannya bila buka blog mesti N akan dapat kunjungan dari peserta yang menyertai ataupun menerima kunjung balas. Dan lagi best siap follow blog N. Ikhlas tau tu, N tak paksa pun diaorang tekan follow. Dan lepas tu of course la N akan kunjung balas dan follow balik. Dah memang satu kewajipan N rasa follow mollow ni.. Syiokk tau. Kalau dulu memang liat betul nak join aktiviti tapi sekarang ni ianya dah jadi sebati dengan diri.

Haaa you all, nak eratkan silaturrahim dan tambah follower macam N?? Tapi tak tau macam mana? Meh N bagi sikit tips yaa:

> Join je mana-mana segmen yang terbaca kat mana-mana blog.
> Kalau disuruh follow, follow aje
> Kalau disuruh like, like aje
> Kalau disuruh buat statement, buat aje, hentam pun tak apa sebab gerenti empunya segmen tak marah, tapi jangan la merapu meraban dan lari dari tujuan segmen. N memang suka baca statement dari segmen, contest dan giveaway sebab serius statement semua orang tak boleh blah.. kadang-kadang tu statement up kan diri sendiri.. Sangat kelakar okay, sampai tergelak sorang-sorang.. hehe
> PENTING: Kalau disuruh follow aplikasi lain selain blog contoh Insta, FB, Twitter or etc.. Follow aje dan kalau u all takder menda alah semua tu.. Jangan risau. Buat muka tembok join dan tak perlulah nak follow dan like apa yang u all takder. Penyertaan diterima atau ditolak terpulang pada hati budi penganjur..

Haaa dah habis baca, dah faham?? Apa lagi.. Jom join segmen, giveaway dan contest. Tak menang pun tak apa, janji aktiviti dan blog meriah sentiasa. Kalau dapat hadiah, itu adalah bonus.. wink wink wink.. :D

12 comments:

  1. Setuju tu..dulu pun blog CP kurang follower, sejak rajin join segmen terus bertambah follower..

    ReplyDelete
  2. yup, rajin join segmen, rajin blogwalking , itu rahsianya...

    ReplyDelete
  3. betul betul betul (gaya upin ipin) sambil angguk angguk :D

    ReplyDelete
  4. haha... yup! sy setuju... jom blogwalking :D

    ReplyDelete
  5. maaaaaaalu *pekup muka*

    ReplyDelete
  6. Betul tu.
    Saya pun bertambah sebab GA2 ni..

    ReplyDelete
  7. setuju sesangat. saya start join segmen gini sejak bulan lepas. sebelum join follower baru 8 org. now dah 142. mcm tak caya je..hehehe.. apa2 pun ukhuwah tu yang best. sbb bloggers ramai yg peramah. i likeee..

    ReplyDelete
  8. Blogwalking pun sudah cukup memadai untuk kita dapat manfaat. :)

    ReplyDelete
  9. Hah.. yang ni.. sokong sangat2. Start berblog bulan feb tahun ni. Tapi sejak join segmen yang dibuat oleh karya mahirah 8/8/14 yang lalu. skrg dah ada 32org follower. tu pun awal2 xmasuk button follower tu.

    Sejak rajin (rajin sikitla) join segmen. follower bertambah. traffic blog naik sikit. belum jammed lagi la. huhu.. Ingat nak buat segmen gak la.. huhu.. Tp tunggu minggu depan2.. :)

    ReplyDelete
  10. betoll tu... bloG syaz pon dulu takde byk followers.. xde yg sd komen.. tp bila kita rajin follow/komen/bw dekat blog org.. org akan buat benda yg sama dekat kita.. hihih.. klik nuffy Kak N... :D

    ReplyDelete
  11. Tq for info dear..tetiba rase nak join segmen2 ni..mmg xpernah join lagi.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D