About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, June 19, 2014

15 Idea untuk Blogwalking

Haii semua.. Tengah buat apa tu?? Tengah blogwalking ataupun tengah termenung sebab tak tahu nak blogwalking kat mana?

Huhu.. Sebenarnya ada banyak tempat untuk kita blogwalking atau nama ringkasnya BW. Jom kita kupas satu-satu:

1. Melalui Blog yang kita dah follow. Banyak okay sampaikan tak terfollow cerita depa ni.. Mintak maaf la you all kalau sekarang ni N jarang ke blog you all.. Macam busy sikit dua tiga menjak ni :D

Idea untuk Blogwalking

2. Melalui Comment.. Bila orang dah masuk dan komen blog kita, kalau boleh kita pun kena kunjung balik mereka dan jangan lokek untuk bagi sekomen dua. Tapi N ni bila dah busy sangat, tak sempat nak balas kunjungan.. huhu mintak maaf lagi sekali, N akan cuba cari masa ye :D

Idea untuk Blogwalking

3. Melalui Bloglist yang diletak dalam blog page. N baru buat satu bloglist untuk bulan June 2014 melalui SEGMEN: KapasPutih Bloglist by MissNadia. Ada 15 orang je dalam bloglist. Doa-doa la supaya N dapat kunjung ke semua blog ni :D

Idea untuk Blogwalking


4. Melalui Top Commentator List. Untuk menghargai kawan-kawan blogger yang rajin komen, tak salah rasanya kalau kita berbalas kunjungan dan komen banyak-banyak juga kat blog depa.. hehe

Idea untuk blogwalking

5. Melalui bookmark. Boleh rujuk blog yang telah tersenarai dalam bookmark you all.

6. Melalui Referring URLs atau Referring Site. Boleh jumpa dalam dashboard individual blog you all

7. Melalui Segmen / Giveaway / Contest. Bila dah buat antara tiga perkara ni, kena rajin-rajin la BW kat blog yang menyertai..  Say thanks and bacalah dua, tiga, empat, lima or seberapa banyak entry depa yang menarik perhatian you all :D

8. Melalui Nuffnang. Kat bahagian bawah pageview blog tersenarai nuffnanger yang masuk blog kita.. thanks u all..


9. Melalui Chat Box atau Shout Box atau apa-apa Box yang punyai perkhidmatan yang serupa. Dari shout box pun kita boleh tahu siapa pelawat blog kita untuk kita kunjung balas dan BW.

10. Melalui bahagian comment dari blog orang lain. N ni memang ada satu habit. Kalau pergi comment kat mana-mana blog sure N akan klik salah seorang blogger yang dah comment kat entry yang sama. Cara ni boleh menggalakkan kita supaya terbang lagi jauh dan perbesarkan empayar.. hehe maksudnya terjah ke blog yang kita tak pernah masuk sebelum ni.

11. Melalui Top Commentator List dari blog orang lain. Selalunya N akan klik blogger yang comment paling banyak dan BW blog depa.. Konon dengan harapan dia pun akan datang komen kat blog N banyak-banyak.. hehe berangan lebih kan.. huhu

12. Melalui bloglist dari blog orang lain. Yang ni memang N selalu sangat buat. Dan yang jadi perhatian adalah blogger yang tersenarai paling atas sebabnya paling atas tu adalah blogger yang baru update blog. 

13. Melalui Google Plus sendiri mahupun orang lain. Yang ni N kurang arif sebab N memang takder akaun ni. Takmo create sebab takmo peningkan kepala..  Tapi yang N tahu tiap kali N nak buka mana-mana blog yang menggunakan Google Plus, akan keluar page Google Plus blogger tersebut dan daripada situ kita akan jumpa banyak update pasal blogger tersebut termasuklah entri terbaru dan juga komen-komen yang ditujukan ke entry blogger lain.. haaa panjang pula penerangan. Paham tak?? Rasanya kalau you all ada Google Plus mesti paham apa yang N cuba nak bagitau kan kan :D

14. Melalui blog review. Ada juga blogger yang suka duk review blogger lain yang lagi berilmu, kacak, cantik, pandai dll kat dalam blog mereka. Daripada situ kita boleh klik link yang disertakan dan BW..

15. Melalui Popular post blog lain. Ramai juga blogger-blogger yang letak widget popular post. Popular post selalunya entry-entry yang menarik. Sebab kalau tak menarik takder la entry tu jadi popular post >.< hehe

Haaa... rasanya dah cukup banyak dah ni, sampai berpinar-pinar mata tengok huruf-huruf.. Kalau tengok daripada senarai yang N letak ni, mahunya you all akan BW sampai lebam atau jadi Zombie BW..

Ada lagi tak idea lain untuk blogwalking?? Kalau ada jangan malu-malu tambah kat bahagian komen :D

11 comments:

  1. memandangkan anda tiada kotak jerit maka saya jerit saja disini..SAYA DATANG BLOGWALKING!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Apa yang penting ialah kita menghargai pengunjung yang datang blog kita..

    ReplyDelete
  3. Fazleyatul Aini: yurp, info utk semua orang

    Nur Syazwani:jerit je kat mana-mana.. boleh aje :D

    Nor Ariffin Hamzah:yes betul tu

    hijau zamrud:yurp.. :D

    ReplyDelete
  4. Info yg ringkas dan mudah nak faham dan semestinye sgt membantu sy yg br seminggu buat blog ni.. ;)))

    ReplyDelete
  5. Info yang sangat membantu.. terima kasih

    ReplyDelete
  6. saya selalu guna Google+...hiihi

    ReplyDelete
  7. Rajin sungguh bagi senarai. Mungkin akan datang boleh tambah lagi bila terfikir apa2. :)

    Info ni memang bagus untuk yang baru berjinak2 nak berbloger mcam kiter ni. heheh..

    kalau kita ni jenis pemalu dan xder kawan. join segmen apa2. hehe.. akan ada la yang terjah blog kiter tu.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D