Pages

Wednesday, November 12, 2014

Day 5 - 10 Favourite Songs

October 10 Days Challenge

10 Lagu favourite N, semua lagu-lagu kat bawah ni memang memberi kesan yang mendalam dalam diri N. Ada yang bersangkut paut dengan sejarah silam tapi tak kurangnya juga dengan diri sendiri, keluarga, agama dan negara.

Lagu-lagu Nabi yang sangat best. kalau search lagu-lagu asmaul husna dalam youtube, ciptaan Hijjaz yang paling sedap didengar.. N suka dengar. Aman je telinga ni

Lagu yang menginsafkan. Bila hayati betul-betul air mata boleh meleleh-leleh. Banyaknya dosa yang ditanggung

Lagu khas untuk Ibu.. Sangat sedih, banyak kali nangis bila dengar lagu ni. Kadang-kadang tu memang N elak dengar lagu ni sebab takleh nak tahan air mata. huhu

4. Merdeka by Sudirman
Tiap kali Merdeka, lagu Tanggal 31, Merdeka yang dinyanyikan oleh Sudirman mesti akan berkumandang. Selepas detik 12 malam, bunga api akan muncul dan diiringi dengan lagu Negaraku dan disambung dengan Lagu Merdeka ni. Takder lagu lain yang boleh bersaing dengan lagu penyanyi  lagenda ni..

5. Balik Kampung by Sudirman
N memang takder kampung. Tapi setiap kali raya bila dengar lagu ni timbul rasa bahagia dan girang. Kemeriahan suasana hari raya tak lengkap tanpa lagu raya sudirman ni :D

6. Cinta Bersatu by Liyana Jasmay
N suka setiap lirik lagu ni. Liriknya bunyi sangat bahagia tapi bila N dengar dan hayati N rasa sedih. Tak tahulah kenapa, susah nak digambarkan dengan kata-kata.. :P

7. Bila Cinta by Gio (Lagenda Budak Setan)
Nothing much I can say.. It jus a sad song which relate to my heart dan my past..

Lagu ni memang lagu favourite N dari dulu sehinggalah sekarang. Ada kene mengena dengan sejarah cinta N yang silam. Lepas putus cinta N dengar lagu ni sepanjang masa.. dan nangis.. huhu.. Pastu bila dah reda N tinggalkan lagu ni bertahun-tahun dengan harapan nak mengelakkan kesedihan yang terlampau dan cuba elakkan untuk mendengar sehingga satu hari N perdengarkan balik dan masukkan dalam blog supaya N tak lupa.

9. Never be replaced by 1st Lady
Lagu ni pun sama macam kat atas. Mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sedih bila dengar lagu ni dan lagu atas ni sebab setiap bibit lirik menyedihkan.. Hanya orang yang mengalami sahaja yang tahu macam mana perasaan sedih tu. Setiap orang yang kita kenali memang tak boleh diganti dengan yang lain.. Semua serba tak sama... :D

10. Spanish Romance
N kenal lagu ni masa N tengok cerita Autumn In My Heart. Cerita ni berlangsung masa N duduk asrama. Pernah tengok pun sekerat-sekerat je. Jadi bila N dah start kerja barulah ada masa nak tengok cerita ni. Masa tu betul-betul baru lepas break-up... Boleh??? Cerita tu memang sangat popular dengan linangan air mata pula tu, N memang cari nahas masa tu. Dari episode pertama sampai habis N tengok. Gila frust menonggenglah katakan masa tu.. huhu.. pastu siap cari coding dan tutorial main gitar guna lagu ni. Siap cuba pakai main gitar mama yang gedabak. Walau tak hebat mana tapi bolehlah untuk buat hilangkan kesedihan dalam hati pada masa yang gundah tu.

Others:
Andai ku bercinta lagi by Mojo

----------------------------------------

Baca ni juga:

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D