Pages

Monday, March 31, 2014

Bila butang dibesarkan saiznya

Jadilah..

The Button or Split Button, Swedish

The Button or Split Button Sculpture 1981
2270 KG / 16 feet / reinforced aluminium

Reka bentuk moden ini direka oleh seorang pereka Swedish, Claes Oldenburg. Dia juga merupakan seorang artis yang pakar mereka barang keperluan harian dalam saiz yang besar.

The Button ataupun Split Button dipamerkan di tengah-tengah kampus Pennysylvania University. Kos keseluruhan untuk rekabentuk The button ini ialah $100 000.000 termasuk kos pengangkutan dan pemasangan. The Button ataupun Split Button seberat 2270 kg dan bersaiz 16 kaki dibuat daripada reinforced aluminium


-----------------------------------------------------

Lorrie's Button Play Art 1976

Lorrie's Button Play Art 1976

Direka khas untuk Grand Rapids oleh pereka Hy Zelkowitz'. Rekabentuk ini menjadi tempat kegemaran untuk kanak-kanak kerana bukan saja direka untuk pameran tetapi untuk mainan anak kecil juga.


-----------------------------------------------------

The Giant Needle and Button, NYC

The Giant Needle and Button

Terletak di The Fashion District Information Center Bandar New York dan direka bentuk oleh Judith Weller.

Gambar Scott Beale

-----------------------------------------------------

Giant sewing needle threading a button 2012

Giant sewing needle threading a button 2012

Giant sewing needle threading a button 2012

Direka oleh Val pada 18 April 2012. The Giant sewing needle threading a button terletak di 404 8th St, Kansas City, Missouri

BIG BAD BOX SALE - BIG BAD WOLF SALE

Minggu lepas N pergi Big Bad Box Sale di The Mines dengan officemates. N sangat excited sebab ni pertama kali N nak jejak ke Big Bad Wolf  Sale ni. Sebelum ni dengar-dengar cerita dari kawan je..

Oleh kerana takde perancangan sebelum sampai kat sana, kitaorang siap sesat pergi masuk mall the mines. Pastu bila call member yang dah pernah pergi, kitaorang terpaksa keluar balik dari parking dan pergi ke bangunan lagi dalam. Nasib baiklah dekat.

Sampai je kat floor Big Bad Wolf Sale, masing-masing terpinga-pinga sebab tak tahu kat mana kitaorang berada. Banyak betul buku tapi semuanya buku bahasa cina. Member siap cakap yang kami mungkin tersilap dewan.. huhu

Tapi bila jalan lagi dalam, barulah nampak banner.


Nun jauh tu banner warna merah.. Tapi kali ni special sikit berbanding sebelum ni sebab jualan menggunakan kotak. So nama untuk Sales kali ni pun bertukar kepada Big Bad Box Sales.

Bila dah masuk siap berpecah dengan officemate. Tentukan selama dua jam baru bertemu kembali, tapi masa cepat sangat berlalu sehinggalah N jumpa officemate sorang ni. Dia dah siap letak buku dalam kotak saiz besar tapi tak sampai suku kotak lagi. Tak tahu nak amik apa katanya.

Oleh kerana N tak beli kotak lagi, so N decide untuk kongsi kotak dengan dia. N ambil banyak buku sampai tak larat nak kendong walaupun guna kotak. Dah siap ambil banyak buku barulah officemate susun atur sementara N mencari lagi buku untuk tambah.

Makin lama kotak makin penuh sebab officemate pun dah mula tak keruan tengok buku budak yang comel-comel lagi mahal untuk dihadiahkan kepada anak buah dia.

Kotak kat sana ada dua jenis, member amik yang paling besar sampaikan tak muat. Terpaksa tumpang kotak member yang lagi sorang. Muat la masukkan dua buku kecik.. Tapi kesian pula kat member sorang ni, oleh kerana kebanyakan buku masakan yang dia amik semua buku tebal-tebal lagi besar dia terpaksa sacrifice satu. Memang dah tak muat dah la bila nak seal tu.

Orang tu cakap kotak tu mesti bertemu bila nak seal. Kalau tak bertemu dan ada lubang kene susun balik ataupun buang mana-mana buku.

So, kat bawah ni member punya kotak, berat yang amat sebab banyak kulit tebal.. Kene angkat dua orang sebab kitaorang gamble pergi tak bawa trolley, dah kat last minute punya decision kan.


Dah sampai kat floor parking, N tunggu member pergi amik kereta. Nak jadikan ceritakan member ni datang balik kat N jalan kaki je, Kereta takder... Katanya tak jumpa... Hahaha lawak betul

Memang masa nak turun kat floor Big Bad Box Sale N ada tanya parking kat mana, tapi bila semua dah excited masing-masing lupa nak tengok floor berapa.. Terpaksa angkut balik dan turun lagi satu floor. Dan kali ni nasib baik betul, kalau tak memang boleh kena sakit tulang N.. huhu

Pastu, member yang amik kereta duk dalam kereta senyap-senyap dan N naik balik untuk bawa lagi satu kotak yang N kongsi dengan officemate lagi sorang ni. Ringan sikit kotak kami tu walaupun penuh satu kotak sampai tak muat nak masuk apa-apa dah..

Sambil tercungap-cungap kami masuk kereta. Relak duduk dalam kereta dan balik. Memang tersangatlah puas hati sebab banyak buku yang kami dapat sambar dan masa kami datang orang tak ramai. So tak perlu nak berasak-asak naik lif mahupun pilih buku.

Sunday, March 30, 2014

Woww..Ombak atas pasir. Tapi dibuat daripada apa tu??

Besar kan ombak ni..


Tapi dibuat dari apa yer?? Cuba perhatikan betul-betul..

Huge wage on the sand made from over 3k babydolls

Tengok lagi dekat.. Cuba teka

Huge wage on the sand made from over 3k babydolls

Lagi dekat.. haaa nampak tak?? Its barbie dolls..

Inilah Ombak Besar Barbie Dolls berukuran sembilan kaki yang dibuat di Pantai Cottesloe Pristine (Perth, Australia) oleh seorang artis seni Belgian, Annette Thas. Ombak ini diperbuat daripada lebih 3000 patung barbie yang dikumpulkan dari kedai barang terpakai. Reka bentuk ini adalah inspirasi dari zaman kanak-kanaknya. Ini adalah salah satu cara untuk mengimbau kenangan dan menunjukkan kepada orang ramai zaman kanak-kanaknya yang gembira dan sangat singkat itu.

Tapi secara personal apa yang N boleh cakap, reka bentuk ni juga mengingatkan N pada zaman kanak-kanak. Sangat rindukan detik-detik indah tu. Ianya berlalu terlalu cepat dan N masih tak puas. Satu ketika dulu N pun ada patung barbie ni. Dah kata perempuan kan... harus lah ada

Huge wage on the sand made from over 3k babydolls

All photo by jarred seng / courtesy of sculpture by the sea

Cerita lain yang menarik klik banner kat bawah:

Saturday, March 29, 2014

Apa yang mat spanar ni buat dengan spanarnya sangat menakjubkan.

Seorang artis yang berasal dari Victoria, Australia iaitu John Piccoli digelar sebagai Mat Spanar kerana dia gemar mereka bentuk sesuatu menggunakan spanar yang dikumpul.

Sculpture from monkey wrench

Reka bentuk yang direka dari spanar sangat menakjubkan. Pastinya dia seorang yang sangat kreatif. Sebab kalau N dapat spanar tu, mungkin N akan tenung je sampai mata N cair.. huhu

Pada awal rekaannya, John hanya membuat hiasan taman dalam saiz yang kecil.

Sculpture from monkey wrench

Bangku untuk duduk.. Hiasan taman dua dalam satu. Cantik dan boleh guna. 

Sculpture from monkey wrench

Kerusi panjang dibuat dari spanar.

Kemudian John buat hiasan taman bersaiz sederhana.

Sculpture from monkey wrench

Sculpture from monkey wrench

Sculpture from monkey wrench

Atas reka bentuknya yang sanat menakjubkan, John cabar diri untuk mereka bentuk hiasan taman yang lagi besar..

Sculpture from monkey wrench

Macam kerbau ni..

Sculpture from monkey wrench

Orang sedang menuggang kuda.

Sculpture from monkey wrench

Kuda dan kereta tarik.

Sculpture from monkey wrench

Dan ikan todak..ke jerung

All picture and information credited to here and here.

Friday, March 28, 2014

Susu Dugro tengah murah sekarang kat..

Salam Jumaat semua.. Malam ni N nak update Sales untuk Susu Dugro..

Untuk baby you all yang guna susu Dugro sekarang ni tengah sales kat Giant 1-3 tahun RM19.99/unit. Beli dua dapat voucher RM5 dan siap ada free bowl.

Kat Tesco pula RM19.49/unit. Beli dua dapat satu tumbler..

Mula-mula N nak beli kat Giant sebab belian RM50 ke atas boleh letupkan belon. Dalam belon ada Free gift rasanya. Selain tu boleh dapat RM5 voucher Dugro. Tapi bila pikir-pikir kalau nak guna voucher tu mesti kene guna harga asal Dugro dalam RM23.99. Dan bila tolak voucher harga tak jauh beza dengan harga sales sekarang.

So, N decide nak beli kat Tesco seperti yang asben cakap semalam..  :D

Jadilah pengguna yang bijak yaaa..... Harga Dugro kat Mydin sekarang dah naik jadi RM22.50.. Terperanjat okay, sampai letak balik bakul... huhu.. Sekarang RM19.49 kat Tesco dah habis murah.. Beli jangan tak beli..

Thursday, March 27, 2014

Asyraf Birthday Guestbook

This weekend N buat birthday party untuk Baby Asy secara kecil-kecilan. Jemputan family Papa, Mama dan Kakak sekeluarga. Tak lupa juga kepada satu family budak yang mertua jaga.

So N decide nak buat Birthday Guestbook. Dulu masa birthday satu tahun N tak terpikir. Tapi sekarang ni baru terpikir nak buat. Memang sekarang ni dia tak tahu apa, tapi bila besar bila dia belek-belek mesti dia suka. Memori dan kenangan dia masa kecil yang dia mungkin tak ingat dah.


Print out nanti hitam putih je sebab N takder printer warna. Dah print out nanti N tunjuk resultnya okay :D


Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar this weekend :D

Chobi Cam One Mini DSLR Camera

N memang ada satu impian untuk beli satu mini kamera yang sangat kecik. Letak dalam poket pun boleh takpun gantung jadikan rantai. Oleh kerana N suka bergambar dan tangkap gambar N memang perlukan kamera sekecik ni.

CHOBi CAM ONE, a micro replica of a DSLR

Chobi Cam One Mini DSLR Camera

Mini kamera ni ada banyak jenis dan Chobi Cam One ini adalah sejenis mini DSLR camera.

Chobi Cam One Mini DSLR Camera

Deskripsi:

Model : JTT / Chobi Cam One
Memory : MicroSDHC Cards up to 32GB (not included)
Picture : 1600 X 1200 pix
Format : JPEG
Video : VGA at 30fps
Format : AVI
Size : 2.5 x 2.5 x 2.6 cm
Weight : 12 gram
OS : Windows 7 / Vista / XP / Mac OS X 10.4

Chobi Cam One Mini DSLR Camera

Sambungan USB untuk transfer gambar

Chobi Cam One Mini DSLR Camera

Perbezaan saiz DSLR sebenar dan juga DSLR mini


Kat Malaysia ada tapi jual online harga dalam RM60++. N akan pertimbangkan kelak untuk beli kamera comel ni :D

I am so happy when schools in holiday :D

Seronok beronok-ronok bila budak-budak sekolah cuti. Walaupun jalan tetap jem tapi jem dia tak teruk seperti biasa.. N terlewat bangun dan keluar jam 7.00 pagi. Lepas tol tadi, kereta banyak tapi tak jem. Depan sikit baru jem, itu memang takleh nak buat apa sebab ada banyak simpang masuk dari tempat lain.

Alangkah indahnya kalau macam ni selalu. Mesti tak stress dan happy je pergi kerja.. yeke??.

Tapi kesian kat mertua sebab ramai budak ada kat rumah. Masing-masing buas semacam termasuk la Baby Asy yang paling excited bila ada ramai budak-budak.. N kat office ni mendoakan supaya mertua dapat bertenang dan sabar dengan kerenah budak-budak ni :D

The Big Bad Box Sale

N nak pergi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Stress nya rasa kalau tak dapat pergi. Ramai kawan-kawan teruja nak pergi bila ada big bad wolf sale ni, tapi kali ni N pula terkena jangkitan.

Semuanya gara-gara:

The Big Bad Box Sale
21 march 14 - 30 march 14
11.00 am - 9.00 pm
MIECC at Mines


Kali ni jualan buku lain dari yang lain sebab kita boleh beli satu kotak yang berharga RM79.90 ataupun RM99.90.  Apa yang nak buat dengan kotak tu??

Haaa... apa nak buat kan.... Rembat je semua buku yang berkenan dan masukkan dalam kotak tu. Masukkan la seberapa banyak buku kat dalam kotak tu. Tapi masa tu kene pandai susun la. Sebab bila nak keluar kotak tu kene seal dulu.

Sorang member N ni dah pergi last weekend. Dia beli satu kotak buku untuk anak dia, banyak sangat okay. Dan bila kira-kira ikut harga kat buku tu boleh cecah sampai RM300++.. Berbaloi-baloi.. 


Teringin nak pergi nak beli buku untuk Baby Asy :D

Wednesday, March 26, 2014

Seni jahit silang di atas kain adalah perkara biasa. Tapi kalau atas besi?

Embroidery ataupun jahit silang sangat popular di kalangan suri rumah masa dulu-dulu. Macam-macam produk yang dihasilkan contohnya macam sapu tangan, perhiasan, alas meja dan sebagainya. Boleh juga kata yang semua jahit silang dibuat di atas kain.

Tapi yang ini pelik, jahit silang ni dibuat atas besi..

Embroidery on metals
Jahit silang atas cebok besi

Embroidery on metals
Jahit silang atas kuali

Embroidery on metals
Jahit silang atas sudu

Embroidery on metals
Atas kereta pun ada

Embroidery on metals
Alat pertukangan lelaki ni nampak feminin

Embroidery on metals
Tak kurang hebatnya juga atas tudung periuk


KP night owl stories yang lain klik banner kat bawah:

Birthday Present Aigo Pad M60

Anak buah N sorang ni ada satu tablet kecik brand Apple, makcik dia beli kat US. Bila Asy tengok tablet kecik tu dia pun excited, walaupun bukan dia punya. Nasib baiklah anak buah ni bagi Asy pinjam main kejap. Itu anak buah adik ipar.

Yang anak buah dua orang ni pula anak kakak N, kekadang tu derang main HP adroid makpak derang. Dan bila Baby Asy nampak, dia pun excited sama. Dan Hp N pun sama jadi mangsa kalau dia nampak. N selalu curi-curi tengok HP sebab takmo dia amik dan main sebab HP N takder benda menarik, SD pun rosak huhu. Walaupun HP N ni bese-bese je tak secanggih HP orang lain tapi N nak la jaga HP ni supaya boleh guna lama. Cukup la sms dan call aje.

So, sekarang ni N teringin nak belikan satu tablet kecik untuk Baby Asy main. Sedih rasa bila tengok dia minta-minta nak main orang lain punya. N tak berani nak bagi sebab kang kalau rosak N sure punya tak mampu nak bayar. Nak belikan yang Apple macam anak buah macam tak jumpa siri apa dan harganya memang mampu, mampu tengok je. hahaha

Kalau nak beli yang Samsung Tab for Kids pula, mampu juga, tapi mampu telan ayak liuk jaaa... Tengok sikit harga kat Lazada untuk Samsung tab for kids ni: RM499.00..

Samsung galaxy tab for kids


So, N cari yang lain kat google. Yang keluar adalah RM60..... haa murah. Klik la terus..

Tapi mata sedikit spero... rupanya yang N baca tu bukan tablet harga RM60 tapi siri dia M60 Aigo Pad.. haha mati-mati la ingat ada tablet rege RM60. Harga Aigo Pad ni RM160. Haa murah juga la tu. Pastu ada pula review kat satu blog ni. Ulasan penuh yang sangat memuaskan hati. Panjang lebar sampai tak larat nak baca.. Klik sini kalau nak baca review Aigo Pad M60.

Reviewer tu cakap boleh beli kat Low Yat untuk saper yang duk Lembah Klang. Tak pun tengok kat Lazada ni haa... Tapi bila buka Lazada, banyak juga tablet yang murah-murah.. Rambang mata N..... :P

Aigo Pad M60

Okay ni dia Aigo Pad M60 kat Lazada.. RM 158.00, Bila baca review N rasa macam menarik.. Agak-agaknya bilakah masa yang sesuai untuk N beli Aigo Pad M60 ni memandangkan Baby Asy baru genap dua tahun enam hari lepas??

Aigo Pad M60

MH 370 Bila banyak sangat andaian..

Hi you all.. Semalam masa nak balik dalam kereta encik husband cakap kat Tv takder apa-apa cerita sebab semua station TV cerita pasal MH 370... Kejadian MH 370 ni adalah kes yang sangat besar..

N sangat sedih dengan apa yang berlaku sampaikan sesekali bila dengar radio dan cerita MH 370 ke udara N jadi sangat sebak dan nangis sorang-sorang.. huhu 

Sekarang ni misi mencari kotak hitam. Tapi harapan untuk dapat sangat tipis. N dapat rasakan yang kotak hitam tu sangat mustahil untuk dijumpai berikutan dengan banyak cerita dan andaian dari ramai pihak..

N tak pejam mata, semua pasal MH 370 N baca dan tak amik pusing pasal menda lain. Tak salah kalau nak baca sebab semua orang ada akal  dan boleh pertimbangkan mana betul dan salah. Tapi bila terbaca sesuatu yang boleh masuk dek akal N jadi marah.. Apa dah jadi dengan dunia ni.. Dah takder nilai kemanusiaan ke..

N tak kata ianya benar mahupun salah.. Tapi N kesal sekiranya ianya betul.. N sangat sedih.. Sedih sebab selama ni N percaya dengan apa yang berada di depan mata. Dan N dapat rasakan betapa ceteknya pemikiran N sekarang ni..

Takmo cakap banyak dah, sedih.... marilah kita mendoakan MH 370..

Tuesday, March 25, 2014

Air terjun paling pelik guna mangkuk jamban?

Air terjun ni dibuat khas oleh seorang artis seni yang bernama Shu Young. Shu Young mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan projek ni.

Weirdest Waterfall

Shu Young buat air terjun bersaiz 5 meter tinggi dan 100 meter panjang menggunakan mangkuk tandas dan besen sink terpakai.

Weirdest Waterfall

Selain mengitar semula barangan terpakai apakah motif Shu Young buat air terjun macam ni??

Weirdest Waterfall

Salah satu motifnya ialah kesedaran kepada pengguna berapa banyak air yang digunakan untuk bandar sebesar Foshan.

Weirdest Waterfall

Inilah rupa mangkuk tandas yang N rasa belum dialirkan air.. Air terjun ni memang lain dari yang lain but N sure that N will never get near them :P 

Weirdest Waterfall

Misi MH 370 belum berakhir.. Kotak Hitam

Yer betul.. Walaupun Datuk Seri Najib Razak dah umumkan malam tadi yang MH 370 terakhir dikesan di Lautan Hindi tak bermakna pencarian berakhir di situ.

Penemuan objek-objek yang dikesan satelit inilah yang menjadi titik permulaan untuk mencari MH 370 dan ia merupakan harapan baru untuk bertemu dengan MH 370.

Sekiranya MH 370 terhempas amat mustahil untuk menemui jasad dek kerana ketinggian penerbangan. Tetapi itu semua kuasa Allah. Kalau Allah nak temukan juga macam-macam petunjuk yang kita akan dapat.

Tetapi kita masih ada harapan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada MH 370 melalui kotak hitam yang ada dalam MH 370. Walau apa pun yang terjadi kotak hitam tersebut mungkin masih ada kerana ianya tahan lasak. N berharap sangat yang kotak hitam tersebut ditemui dengan segera kerana jangkat hayat kotak hitam tersebut amat terhad.

Dengan penemuan kotak hitam tersebut, semua persoalan dapat terungkai.. Al-Fatihah kepada semua krew dan penumpang MH 370

MH 370.. Takziah kepada ahli keluarga

Perkara pertama yang N nak ucapkan kepada keluarga krew dan penumpang MH 370 adalah ucapan  Takziah.. N berharap yang semua ahli keluarga dapat terima dengan hati yang redha.

Macam-macam persoalan yang timbul bila dengar PM kita Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang MH 370 terakhir dikesan di Lautan Hindi.. N juga dapat rasakan macam mana beratnya mulut PM kita semasa sedang berucap. Dengan suara yang sayu dan nada yang tertib PM kita cuba juga kawal perasaan supaya semua orang dapat maklumat yang dikehendaki selama ni.

Walaupun maklumat itu mengecewakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga sedikit sebanyak ianya dapat menjawab banyak persoalan yang bermain di minda selama ni.

Marilah kita luangkan masa selama lima minit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada semua penumpang dan krew yang terlibat.. N sangat sedih dengan kejadian MH 370 dan tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga yang terlibat.. 

Monday, March 24, 2014

Storage Beanbag. Fill it, Zip it, Seat on it.

Inilah salah satu barang yang menjadi idaman N.. Iaitu beanbag. Dah lama terkenan kat hati tapi oleh kerana harganya mencecah RM300 untuk satu maka tak pernahlah terlaksana untuk memilikinya. Tapi beanbag kat bawah ni unik sikit berbanding beanbag yang biasa kita tengok kat kedai.

Storage Beanbag dari mimishdesigns ni bukan beanbag semata-mata. Ianya dapat menjimatkan ruang dengan menyimpan barang di bahagian bawah beanbag dan dalam masa yang sama ianya boleh digunakan untuk duduk. 

Storage Beanbag Mimishdesigns

Kalau N beli, sure Baby Asyraf akan teruja. Boleh simpan barang mainan dan dia pun bley main lentok-lentok atas storage beanbag ni.

Lagi gambar dari gallery. Nak jelas lagi klik sini untuk ke gallery mimishdesigns.

Storage Beanbag Mimishdesigns

Traffic burden will never be decrease..

Ohh traffik.. Orang kata kalau cuti sekolah ni jalan lengang sebab mak bapak tak payah hantar anak ke sekolah. Tapi benda tu semua tak betul. Buktinya pagi ni N masih tersekat dalam ribuan kenderaan atas jalan raya. Bila semua ni nak berakhir??

Jalan paling lengang waktu musim sekolah adalah di penghujung cuti sekolah. Masa tu la mak bapak amik cuti bawa anak-anak semua makan angin.

Tapi bila dah mula sekolah keadaan kembali seperti sedia kala. Jemmmmm panjang berjela. Alangkah indahnya kalau duduk kat kawasan yang tak banyak kenderaan. :D

Kempen berkongsi kereta N pernah amalkan masa officemate N berkerja. Kami duduk di tempat yang lebih kurang dekat. So kami ke tempat kerja sama-sama. Jimat minyak, tol dan dapat mengurangkan traffik. Tapi bila dia dah berhenti N kembali solo ke tempat kerja. Menempuh jem sorang-sorang sangat menyakitkan hati.

Tapi penigkatan kadar kenderaan di atas jalan raya boleh menaikkan ekonomi daripada segi jualan kenderaan. Bila dah ada kereta jualan minyak pun meningkat sebab nak gerak kena ada minyak. Tapi tak sampai kat situ yer sebab bila dah isi minyak mesti nak keluar jalan-jalan. Tol, makan-makan, shopping dan makan angin. Haaa nampak tak macam mana kenaikan kadar kenderaan merangsang ekonomi negara..

Tentang ekonomi tu memang la happy tapi tang traffik tu tak best langsung.. huhu

Kadar traffik susah nak berkurang sebab menurut maklumat kat sini bagitau kenaikan pengeluaran kenderaan sebanyak 2 peratus untuk tahun 2014. Kenaikan kenderaan penumpang sebanyak 12 943 unit dan kenderaan komersil 1 264 unit.

Kawan-kawan.. jom kita aktifkan kempen kongsi kereta.. :' l I hate traffic jem

Sunday, March 23, 2014

You all ingat rambut you all panjang ke?? Tengok ni lagi panjang..

Meet Asha Mandela with her 55 feet long hair.

Meet Asha Mandela with her 55 feet long hair.

Tidak perasan bila Asha mula menyimpan rambutnya kerana seawal 13 tahun dia sibuk uruskan dirinya yang menghidap masalah kesihatan. Masa tulah Asha akan ikat dan buat simpulan kecil supaya rambutnya terhindar daripada rosak dan untuk memendekkan rambut memandangkan pada ketika itu rambutnya sudah susah untuk diuruskan.

Meet Asha Mandela with her 55 feet long hair.

'My hair has become part of me. It is my life. I will never cut it.'Cutting it would be equivalent to suicide. It would be like being a zombie'

"Rambut saya sudah jadi sebahagian daripada diri saya. Ianya adalah nyawa saya. Potong rambut seumpama seperti bunuh diri. Hidup akan jadi seperti mayat hidup."

Meet Asha Mandela with her 55 feet long hair.

Meet Asha Mandela with her 55 feet long hair.