About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, July 30, 2011

Metrojaya Mega Raya Sale

Waaaa.. Card reader takder, tertinggal kat dalam beg umah mama. Tak tau la sejak kelmarin lagi bersemangat jer melukis. Pagi ni pun sama, tapi tak dapat nak upload.. huhu

Sunyi jer rasa entry ni tanpa lukisan, sedihh.. Bagaikan hilang sesuatu pula rasa.

Tapi takper la, kita buang jauh2 rasa sedih tu. Jom kita pergi part yang happy sikit yer.

Well, semua orang dah dapat gaji kan. So, jom kita serang METROJAYA MEGA RAYA SALE.


Actually saledah start hari rabu till tomorrow kat tempat biasa iaitu STADIUM MALAWATI SHAH ALAM, yang terletak di seksyen 13 tu :D

N nak beli eyeliner, last time N ada beli brand lancolm, RM10 jer, eyeliner dia lembut. Rasa macam nak pegi hari ni, nak beli lagi coz yang dulu beli tu dah pendek ar.

Anyway, kat site shoppingnsales  ni ada citer dari orang2 yang baru jer pergi sana. Ramai yang cakap harga perfume kali ni sangat murah. Check it out ya :D

Happy shopping..

Tuesday, July 19, 2011

McD Buy 1, Free 1

Tau tak you all, McD ada buat promo..

Buy 1, Free 1
Double Cheese Burger


Ala Carte price RM 6.55 >> dapat dua, masyukkk.. tinggal ari ni and esok jer. yahooo..

Wawa.. seronoknya.. McD tunggu ya, N sedia menyerang :D

Thursday, July 14, 2011

Putrajaya Floral

Sambungan cerita hari sabtu..

Kalu siang N pergi Daiso, so malam hari N sekeluarga (kecuali husband) serang Putrajaya.. 

FLORIA 2011 (9 - 17 JULY 2011)
PUTRAJAYA FLORAL AND GARDEN FESTIVAL

Nasib baik la jalan tak jem. Gara2 BERSIH, semua jalan pun polis jaga.

Okay lah, apa yang menarik kat sana yer.. Masa N pergi, actually malam tu merupakan hari pembukaan. So, selain daripada gerai2 makan dan pertunjukan utama floral, derang juga buat persembahan boat lampu berhias di atas tasik, tarian dan nyanyian  dan diakhiri dengan bunga api lebih kurang 5 minit ke atas, seronok woo tengok bunga api :D

Masa N pergi tu, ramai gila orang. Semua pun bawa family untuk tengok persembahan boat berhias ni dan juga tangkap gambar bersama bunga2 cinta :D

Boat berhias kat sana memang cantik2 dihiasi dengan lampu, macam kat Icity plak rasa :D. Ada banyak lagi pic tapi yang ini jer yang N ada buat masa sekarang ni..

Saper2 yang rasa nak pergi, belum terlambat lagi coz event ni berlangsung sehingga 17 july.. klik sini untuk maklumat tambahan berkenaan ngan putrajaya floral event ni


Tuesday, July 5, 2011

Nasi Goreng SP

Tadi ada student buat presentation untuk dia punya praktikal. Dia bahagian service, so N pun tanya lar dia makanan apa yang paling laris, saja nak tengok dia peka or tak masa training tu.

Then dia jawab, Nasi Goreng Sungai Petani. Pastu tanya dia lagi apa yang special sangat. Pastu dia cakap ' mungkin sebab paste untuk nasi goreng tu memang buat sendiri dan portion pun banyak. 

Nasi goreng tu siap ada ayam goreng, satay ngan bla bla bla (tak ingat ar, banyak betul menda yg budak ni sebut, ingat yang besh jer :P)


N pun gulp gulp. Sedap la pula, menyesal tanya. N pose, padan muka, dah last minute baru nak ganti T.T