Yee haaa... Pekabor semua. Dah puas makan ketupat lemang you all??
N sebenarnya masih tak puas lagi nak beraya makan ketupat lemang
Dan suka or tak hari ni N dah start bekerja.
Oleh kerana ramai yang masih bercuti dan kebanyakan kerja dah disiapkan sebelum raya so N ada banyak masa untuk bersenang lenang.
Okay tanpa buang masa N nak imbau kembali hari pertama raya..
Raya kali ni warna pilihan encik husband warna ungu sebab husband dan N dah ada baju ungu.. (baju nikah)
So untuk budak kecik sorang tu N shopping baju melayu dia kat PKNS.
Kalau raya tahun lepas baju melayu biru dia N beli kat booth luar SACC, around rm40 something.
Tapi kali ni kat dalam PKNS rege RM50.00..
Dah macam baju orang besar okay tapi bayar pejam mata je sebab tgk kualiti kain dia pun ok.
Dan N sememangnya seronok mencuci mata tapi lagi seronok kalau dapat beli.
Banyak betul design yang berkenan di hati tapi N bawa bersabar je la.
Lagi pula time N pergi tu dalam pukul 9 stgh penjual pun pakat borong barang masing2..
Bikin hati N tak keruan.. huhu.. bila dah sampai rumah rasa menyesal pula tak beli
Ada yang siap let go baju kurung cotton lembut 2 pasang RM50 jer dan ada juga jual kain sembahyang 3 pasang RM100 jer.. Huhuhu
Tapi apa-apa pun kena abaikan semua tu. Tak payah nak penuhkan almari baju dah..
So keesokan hari (hari raya pertama) Husband and pak mertua g semayang raya. me, asyraf and mak mertua kat rumah siap-siap.
Sebelum beraya rumah mama we all bersalam-salaman dulu kat rumah.
Sampai rumah mama aktiviti bermula .. tangkap gambar, makan-makan, salam-salam dan terus pergi rumah kedua kat shah alam juga then baru we head to Sabak Bernam kampung Pak mertua.
Memang hari yang memenatkan sebab perjalanan yang jauh mengambil masa selama tiga jam.
Sempat beraya empat buah rumah jer. Mak mertua cakap kalau ada banyak masa, banyak rumah dapat pergi.
N tak pernah ada kampung, so bila pergi sana dapat la merasa kemeriahannya.
Orang kampung ni untung, tanah bukan main besar, rumah pun besar..
Tapi sayangnya bilik air kat luar.. huhu
Mak mertua cakap derang bukan takder duit. Duit berkepuk-kepuk tapi mungkin dah terbiasa dengan keadaan macam tu, so tak der rasa nak buat renovation.
Dua buah rumah kampung yang N pergi memang penuh ngan sanak saudara dan memang terserlah ketidakselesaan di mata N.
Memang tak dinafikan yang cuaca pada hari raya memang panas terik.. rumah pula penuh ngan saudara mara.. dan bilik air ada satu jer dan berada di luar rumah
Nasib baik balik hari.. Fiuhh
Next rumah ialah bestfriend mak mertua. Agak selesa sebab makcik tu usahakan homestay. Setiap anak ada bilik masing2..
Dah beraya sakan we all gerak balik.. sampai rumah malam and terus tidooo..
Hari yang sangat hectic