Bosan Tip 2 - Digital Scrapbook
Sebelum ni tip 1 yang N post tu pasal edit pic, so untuk tip yang kedua ni pula pasal digital scrapbook. Bila dah edit pic cantik2 bley la wat scrapbook pula.
Apa yang diperlukan untuk scrapbooking:
1. Scrapbook template: google jer free scrapbook template, nanti banyak site yang keluar. kebanyakan site scrapbook ada 2 option samada template free ataupun berbayar. Tak payah beli pun takper, download jer yang free, walaupun terhad tapi template tetap cantik :D. Template yang N guna kat bawah ni dari
http://www.shabbyprincess.com/. N memang suka sangat ngan site ni, banyak template free bley download dan semua pun cantik2.
2. Photo editor: Photoshop, Adobe Ilustrator ataupun mana-mana software photo editor yang you all ada. Tapi oleh kerana N takder photoshop dan ilustration so cara lain adalah dengan menggunakan Microsoft publisher.. haa bukan takder photo editor, ada jer tapi photo editor yang N guna ni susah nak buat scrapbook. Sesaper yang nak buat scrapbooking dah takder alasan dah yer, rasanya semua pc pun ada microsoft publisher :D... lappy N kat umah takder, so bley scrapbook masa keje je.. huhu
Yang ni N buat semalam..
N scrapbook guna pic masa kat dalam boat ke Perhentian, 2 tahun lepas.. takde la pandai mana, ni pun baru nak berjinak-jinak :D