Dari minggu lepas lagi N dan officemate yang uruskan hadiah birthday bertungkus lumus membuat segala persediaan.. Dah pergi merata-rata semata-mata nak dapatkan hadiah yang the best untuk rakan-rakan yang menyambut hari lahir dari bulan January 2014 hingga April 2014.
Semua bahan-bahan berada di lokasi yang berbeza-beza, nasib baiklah N dan officemate ni jenis yang suka berjalan. Jadi, memang tak kisahlah kalau nak ke mana-mana asalkan ada orang angkut.. hehe..
Oleh kerana budget agak sempit kami cuba sedaya upaya membeli barang yang terbaik dan boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin. Masa nak beli bekas untuk isi hadiah sebenarnya N nak beli kad kecik sekali. Tapi memandangkan kami nak kurangkan kos membeli, N merelakan diri untuk buat kad sendiri.
N tak risau sangat sebab kalau tak sempat nak buat kad sendiri, boleh terus print out je nama kat atas kertas. Pastu botong buat cam label dan tepek je kat bekas hadiah. Tapi oleh kerana N dah ada bahan-bahan sebab bahan-bahan ada kat office ja.. Jadi, N dah mula buat sejak beberapa hari yang lalu..
Cuba tengok kat atas, itulah pengganti kad.. Just a small cute birthday tag with name. N buat sendiri... Akhirnya berguna juga kekreatifan yang ada dalam diri ni.. Syukur kurniaan Allah..
Yang ni pula bekas yang kami beli kat
Daiso Paradigm. Harga tak payah nak risau sebab semua RM5.00. Memang puas kami pusing Daiso ni nak cari bekas yang sesuai dengan hadiah. Kami berdua memang setuju dengan pembelian bekas ni sebab boleh guna untuk isi barang. Ada juga cadang paper bag tapi officemate tak mau sebab dia cakap dia akan buang kalau dapat.. huhu
Ada lagi satu kami cukup berkenan dengan bag dawai boleh lentur tapi tak dapat nak amik yang tu sebab tak sesuai dengan hadiah..
Hadiah beli tempat lain, bekas isi hadiah kat Daiso dan last sekali riben ni kat shoplot.
Semua dah sebut.. yang tak sebut lagi hadiahnya je.. Okay, untuk hadiah N akan reveal next week. N tunjuk yang N punya sebab N pun salah seorang birthday girl yang akan diraikan kejap lagi jam 4.30 petang..
Tapi sebelum nak meraikan, N nak habiskan dulu kerja-kerja mengikat reben. Semuanya kerana menunggu pouch hadiah.. Okay kasi tengok sikit sebahagian daripada hadiah.. jeng jeng..
Pouch ni kami pergi hantar kedai untuk buat batch embroidery.. Bos memang nak juga cop company kat mana-mana hadiah untuk staff. Memang dari dulu lagi macam tu.
Okay, N nak habiskan kerja.. Wish me luck ye, semoga sempat siap sebelum majlis.. N akan tunjuk hasil kreatif N nanti ye :D hehe