About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, January 12, 2015

Lunch bekal Ayam tak penyet

Harini untuk lunch bawa bekal ayam tak penyet.. Kenapa tak penyet sebab ayam tu tak dilenyekkan pun :P

Lunch bekal Ayam tak penyet

Ni adalah left over malam tadi. Buat ayam penyet sendiri je. Ayam tu celup tepung.

Recipe Ayam salut tepung senang:

1. Beli fillet chicken
2. Celup dalam telur
3. Salut dengan tepung.
Tepung Kentucky / Bestari / atau lain-lain
4. Goreng minyak dalam

Bahan lain ayam tak penyet:

1. Nasi
2. Ayam goreng/ berempah atau salut tepung
3. Sambal cili
4. Hirisan kobis

Bahan lain yang patut ada:

5. Tempe goreng
6. Tauhu goreng

Memang berbaloi buat sendiri.. Puas hati :D

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

Wow kak farah buat giveaway, haruslah join


Nyatakan apa-apa sahaja perkara mengenai www.bubblynotes.com atau Farah ke atau Ash ke

www.bubblynotes

Banyak sangat jenis info yang boleh dibaca dalam blog ni. Ada tips, penjagaan dan kehidupan. Daripada penjagaan diri sendiri buat kaum wanita hinggalah hal anak-anak. Memang terbaik.. Tapi lagi terbaik kalau ada label especially untuk tips yang dibuat :D

Farah

Akak Farah ni memang N kenal sebagai penulis kepada blog bubblynotes. Kekadang N rasa sangatlah pelik. Akak Farah ni punyai masa yang sangat banyak untuk menulis. Setiap masa mesti ada entry yang baru dan setiap entry panjang berjela. Ada je benda yang nak dibebelkan. Tapi yang bestnya walaupun akak Farah cakap dia bebel tapi bagi N bebel dia tu merupakan info yang sangat berguna kepada N mahupun pembaca. Memang bebel berisi, bukannya bebel kosong. Memang N suka. Pastu bila pergi mana-mana blog mesti terserempak terbaca comment dari akak farah. Kekadang tu tersenarai dalam top commentar.

Akak Farah, macam mana akak ada banyak masa untuk tulis entry dan blogwalking??? Peliklah N, confius dengan diri sendiri.. Adakah N takder masa ataupun malas?? Aduh!!! Buat satu entry tips masa berblogging boleh??

Ash

Akak Farah ni memang banyak sangat cerita pasal Ash, sama macam Abg Ben Ashaari. Kalau update tu muka anak je yang terpampang dulu. Nama anak akak Farah sama cam nama anak N, cuma yang lain ejaan je. Panggilan pendek anak N Asy = Asyraf.. Ehh tetibe lak off topic.. hehhe