About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, January 18, 2011

JAKARTA - CONFIRM

Iyer..
Jakarta.. Jakarta tunggu N datang yaa..

harap2 Jakarta sudah bersedia untuk menerima kedatangan N. Wah N sangat2 teruja dengan family trip kali ni.


Tak pernah seumur hidup N menjejakkan kaki ke tanah Jakarta. 4 Mac 2011 bakal menjadi hari yang bersejarah. Memandangkan tiket sudah dibeli perasaan N sekarang ni sangat berkobar2.


Sebelum beli tiket lagi N dah browse kat google gambar airport di Jakarta. Dan yang paling mengejutkan keadaan airport di Jakarta dan airport di Bandung begitu jauh berbeza. Gambar airport Jakarta yang dipaparkan memang kelihatan seperti International Airport. Lain pula dengan Airport di Bandung.


N pernah ke bandung setahun setengah yang lepas. bila menjejakkan kaki di Bandung seakan tidak percaya akan keadaan Airport di sana. N ingatkan Airport di Bandung besar seperti di Malaysia tetapi anggapan N jauh meleset. Iyer la nama pun Bandung, Bandung kan memang satu nama tempat yang paling dikenali sebagai tempat untuk membeli belah.


Tetapi takde la N nak cakap yang airport tu teruk. Walaupun kecil dan sentiasa dipenuhi dengan penumpang2 tetapi N ada satu kenangan yang N tak dapat nak lupakan di airport tu dan juga BANDUNG.


Memang N amik masa nak memberanikan diri untuk ke Indonesia kali ni. Pengalaman yang N dapat semasa berada di Bandung dahulu memang memberi kesan yang sangat besar ke atas diri dan juga kesihatan N.


N pernah ke bandung dan menginap di salah sebuah butik hotel. Suasana bilik sangat memuaskan hati dan yang penting selesa. N pergi bersama kakak dan abg ipar, bos dan juga isterinya.


Semasa berada di sana N berjalan ke Pasar Baru yang merupakan syurga tekstil dan baju. Ada juga beg dan barangan lain. Bangunannya seperti shopping complex 5 tingkat seperti di Malaysia. Tetapi 2ari lepas abg ipar baru bgtau yang kami sebenarnya tak habis pusing lagi Pasar Baru tu. Haahhh terjawab sudah beberapa soalan yang bermain dalam kepala..

Sebelum ni N tak paham bila N browse  jer pic Pasar Baru, pastu musti ada kuar kedai  orang jual kebaya. Padahal masa kat sana N jumpa satu kedai jer yang jual kebaya. Rupa2nya sekarang baru N tau, yang dulu tu pergi mmg kiteorang tak habis pusing pun. memang kecewa betul bile dapat beli satu jer baju kebaya.. cantik n warna putih (RP 210k), mcm mahal jugak coz tak disediakan ngan kain. tapi dah minat sangat, N pun beli la wat kenangan.


Pastu hari berikutnya N pergi ke Jalan Dago. Terdapat beberapa Factory Outlet di sepanjang jalan dan kami berjalan sampai malam. Kemudian kami makan malam tetapi kakak duduk di dalam kereta kerana tidak sedap badan dan pening. kesian kakak masa tuh.


Apabila sampai di hotel kakak merehatkan diri. beberapa jam selepas berehat kakak pun pulih semula tetapi pada masa tu N dah rasa semacam. N pening sgt2 dan tak sedap badan. walaupun N dah mandi pening masih tidak surut.


pada keesokannya hari terakhir kami, N hanya terlantar di bilik hotel. N tak dapat berbuat apa2. hanya sekadar baring sahaja. selepas kakak dan yg lain2 menghabiskan baki2 duit yg ada, kakak pulang semula ke hotel untuk berangkat.


Masa tu mmg N langsung tak boleh nak mengemas. kesian kakak, dia yang kene kemas barang2 N. Dan yang paling tak tahan sangat N langsung tak boleh nak berdiri. Asal N berdiri jer N akan rasa pening sangat2 dan termuntah.


Sampai jer di Airport Bandung N masih dipapah oleh kakak. Oleh kerana N memang tak berdaya langsung untuk berdiri mahupun duduk, dengan selambanya N baring di atas lantai airport tu. Apabila pekerja airport tu nampak keadaan N mereka terus memapah N ke dalam surau. Memang ramai yang menyaksikan keadaan N masa tu dan ada yang memberitahu bahawa ada 'bende' yang mengikut N.


Kemudian N dibawa ke bilik kecemasan airport. walaupun lagi selesa tetapi N masih tidak dapat bangun. Asal bangun jer N mmg pening yg amat sampai termuntah walaupun perut dah betul2 kosong.


Bila kapal terbang sudah bersedia untuk terbang tugas memapah dilakukan oleh abg ipar memandangkan kakak tidak ada kekuatan untuk mengangkat adik kesayangan dia yg berat ni. Sampai kat tempat duduk pun masih tak dapat nak duduk dengan betul. N cuba untuk tidak baring tetapi rasa pening lebih menguasai diri N masa tu. dah banyak kali attendant flight suruh duduk semasa permulaan perlepasan tetapi N mmg tak menghiraukan peraturan yang diberitahu.


Biler dah tak tahan sgt duduk yg macam baring sikit N terus ditukarkan tempat duduk supaya N dapat berbaring. Perjalanan di dalam kapal terbang tu memang bagaikan satu penyiksaan. Sampai jer kat Malaysia, kakak memapah N masuk ke ruang check-in dan disambut dengan kerusi roda.


Tapi kerusi roda hanya dapat membantu sampai ke ruang check-in saja. lepas amik port yang sesuai N terus merebahkan diri ke lantai seperti di airport bandung. N mmg tak dapat nak duduk langsung atas kerusi roda tu. oleh kerana N perlu berbaring, N diletakkan di dalam bilik kecemasan airport. Selepas urusan check-in selesai dan semua barang diambil, N dipapah ke kereta dan berbaring di tempat duduk depan.


N dibawa balik ke rumah tetapi papa dan mama mengambil keputusan untuk menghantar N ke hospital. sampai di hospital N terpaksa menunggu untuk urusan pendaftaran. lagi sekali N merebahkan badan ke atas lantai. sepanjang perjalanan dari bandung ke Malaysia N dah tak ingat berapa banyak kali N muntah setiap kali N berdiri atau duduk.


N dimasukkan ke ward selama seminggu (N tak brapa ingat) dan dimasukkan air. ramai doktor2 dan juga pelatih2 yang menjenguk N masa tu. macam uji kaji pun ada jugak. tetapi sorang pun tak dapat nak kenalpasti sakit apa yg N hadapi. Siap buat X-tray lagi. X-tray pun satu hal jugak, sementara tunggu nak masuk bilik X-tray pun mmg dugaan betul. kene tunggu sambil duduk atas kerusi roda.. huhu


hari pertama dan kedua mama temankan N kat hospital tapi hari berikutnya ex N yg masa tu kekasih hati menemani N di hospital. N tak dapat nak bayangkan apa la nasib N kalu ex takder aritu. sepanjang N berada di hospital 3 kali N bertukar ward. cuba bayangkan kalu takder saper yang teman N masa tu. nak bangun pun tak mampu apatah lagi nak berdiri.


pastu bile N kuar hospital N hanya mampu baring sahaja. masih tidak dapat berdiri. dah masuk 2 minggu pun sama. minggu ke 3 okay skit. minggu ke 4 N masuk keje tapi N masih pening bile berdiri lama2. bawa kereta takder masalah tapi bile berdiri rasa tak selesa.


abg ipar tak kasi N banyak baring jer dan N cube kuatkan diri. tapi cakap mmg la senang tapi nak wat tu susah betul. Ish mmg fobia betul N rasa ngan kejadian yang menimpa. bayangkan drama2 yang selalu kite tgk kat tv lagi2 babak2 org sakit ataupun pening kepala. cameraman akan memusingkan kamera berulang2 kali.. ha macam tu la yang N alami tiap kali N bangun dan berdiri. dan lagi satu asal N buka mata je, siling hospital tu berpusing2, tu yang wat pening. macam dalam tv lah rasa masa tuh.


agak2 nya sakit apa yer tu sampaikan sebulan baru nak sembuh, tapi tu pun tak sepenuhnya. N masih ingat lagi yang pasal ada 'mende' ikut tu. N tak nafikan coz N memang berjalan semasa waktu maghrib di jalan dago. huhu.. dan yang kedua disebabkan makanan. walaupun semua kedai2 makan yang kami pergi kedai2 mahal kemungkinannya tetap ada.


Harap2 kejadian yang sama tidak akan berulang untuk trip kali ni :D


Jakarta on 4 mac 11 till 7 mac 11..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D