About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, August 28, 2014

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Percutian yang indah!!

Sebenarnya percutian ke Pulau Perhentian ni dah lama berlalu, cumanya N baru ada masa nak edit dan post dalam blog. Al maklumlah dulu tak aktif berblog. Masa ni N kerja dengan kawan abang ipar, company printing. Lebih kurang sekutulah dengan company abang ipar N kat Seksyen 7 Shah Alam.

Kami semua bertolak dan convoy dari Shah Alam.

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sebelum kami naik jeti singgah dulu breakfast kat Terengganu. Gerai ni kat tepi jalan je. Makanan not bad la.. Kalau dah lapar, bedal saja..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dah sampai jeti.. yeee!! I am very excited masa ni, sebab selama N belajar kat Dungun 3 tahun tak pernah pun jejak kaki kat Pulau ni walaupun kami satu kelas poyo-poyo cadang nak pergi.. huhu :P.. Masa ni masih single, kurus kerempeng kan, perut pun slim gitu.. tak macam sekarang ni... hohohooo Gambar ni sekarang akan dijadikan pembakar semangat untuk kurus semula.. Nadia bolehhh!! Usaha usaha

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sementara tunggu boat, kami kena isi nama dalam buku pelawat. Setiap orang yang akan pergi ke Pulau wajib isi nama. Bagus sistem ni, baik untuk keselamatan..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami ni terdiri daripada dua company. Kat atas ni company Total Design. Bos yang pakai baju kuning cap merah. Of course angkut anak bini. Pekerjanya kami tiga orang yang comel-comel especially yang gigirl baju kuning tu. N ni kerani je pun kat situ, buat filing and jumpa client ambil info :P.. Yang lagi dua jejaka tu designer.. Baju belang tu Bal dan yang sebelah N tu Ann.. 

Sepanjang bekerja N paling suka segala jenis design yang dibuat Ann.. Ann jugalah yang buat kad kawin N. Kecekapan dia menggunakan Photo Shop, Ilustrator dan seumpanya memang sangat menakjubkan. N boleh duduk berjam-jam sebelah dia dan tengok dia design. Segala coding dia mahir, cepat je tangan dia type... Bila tengok dia design macam kena pukau rasanya.. Tak pernah lah jumpa orang lain yang hebat macam dia bila cakap pasal photoshop and ilustrator ni..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dalam boat.. Best masa ni. Duduk pun relak je dengan harapan goyangan tak kuat sebab N ni cepat mabuk kalau goyang berlebihan.. huhu.. Tetiba je teringat masa nak praktikal kat Langkawi dulu, naik ferry. Terumbang ambing dengan goyangan yang agak kuat dan tak nampak langsung darat.. Kiri kanak depan belakang semua laut.. Seram.. Lagi dengan goyangan, terasa macam ada something kat dalam perut nak terkeluar. Muka dah sedikit pucat dan nak pitam. Tapi nasib baik dapat bertahan sampai sana walaupun agak lama duk dalam ferry tu.. huhu

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Jejaka-jejaka dan Bapa orang. Bapa orang tulah abang ipar N. Dialah yang buat kotak doorgift masa wedding N dulu..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Dah nak sampai.. Ambil masa yang sekejap, cantik sungguh pemandangan. Terpaku N kejap di atas boat sambil mulut ternganga dan percikan air laut berlumba-lumba masuk dalam mulut.. ececehh...

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kelihatan boat yang membawa pelancong.. Nak ke mana la mereka ni, seronok tengok..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dah sampai.. Lepak kejap atas buai bawah pokok.. Happy!!

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Dan ada juga yang sangat menghayati pemandangan.. Dah macam tugu dah kat situ, yoyo je lebih ni.. Ops lupa pula nak bagitau kebanyakan pekerja-pekerja abang ipar semua designer termasuklah rakan sekerja N dua ketul handsome tu. Dan seperkara yang you all kena tahu pasal designer.. Psttt Mereka ni serius gila-gila.. Dan gejala gila-gila ni bermula sejak mereka belajar lagi.. Budak-budak AD you know what I mean yaaa.. hikhik...

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

When men on the beach, sexy ahh!! Auuu... Haa kalau cakap je pasal pantai mesti dah terbayang-bayang perempuan-perempuan hot berbikini bagai.. Teringat pula kes kat Penang baru-baru ni yang buat aktiviti ala-ala pantai kat oversea tu, nude beach... huhu

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

We all on the beach... Layan angin pantai memang best sambil main pasir dan duduk dalam pasir

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Menghayati pemandangan indah pantai yang jernih.. Yurp kat sangat airnya memang jernih, siap boleh tengok ikan menari-nari.. :P

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Last posing sebelum nak balik.... Macho??? Satu dan dua dari kiri gambar adalah designer company N.

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sempat lagi main buaian sementara tunggu boat berangkat pulang.. Ada la sorang designer kat atas ni yang pakai topi ala-ala koboi tu kan.. Asal nak edit je, muka dia paling banyak dalam gambar.. Itu designer company N dan N gelar dia sebagai Faizal Tahir sebab muka dia macam Faizal Tahir... :P

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Anyway, pada you all yang tercari-cari maklumat pasal tempat ni, tak banyak yang N bagi dalam entry. Gambar makan or bilik memang takder sebab masa tu N tak bawa kamera. Ni pun ambik dari orang lain punya kamera. Pakej berapa pun tak tahu sebab bukan N yang bayar :P.. Minta maaf la ye

Tapi kalau nak tahu info boleh tengok website depa www.florabayresort.com 

Nak cepat boleh call no kat atas.. 09-6911 666, tak tahu lah no ni masih boleh guna ataupun tak.. Cubalah kalau nak tahu ye.. N masuk website depa, macam dah banyak renovation. Sampai tak cam dah rupanya

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Okay last but not least.. Yang pergi semua 16 orang, budak kecik budak besar, bapa mak bujang semua dah termasuk sekali.. Well, N looking forward to go there again. Kali ni nak bawa Baby Asy.. Baby Asy tak pernah jumpa laut lagi, kesian dia.. huhu

2 comments:

  1. Bestnya pergi pulau perhentian. Dah lama wawa tak pergi jalan-jalan dekat pulau terengganu ni. hihi.

    Salam perkenalan dari wawa.
    http://wawaabdulhadi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wowww...best betul Miss N jalan2 makan angin.
    Jeles akak tengok tau.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D