About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, August 13, 2014

Update SEGMEN: BW sambil Menghayati Bulan Ramadhan

Haii you all.. Ingat lagi tak dengan Segmen BW sambil menghayati Bulan Ramadhan yang N anjurkan dua bulan lepas? Mestilah tak ingat kan dengan alasan banyak betul segmen join sampai tak terkira dek jari tangan dan jari kaki.. Heheh..

Takper jangan risau. Eloklah kita join segmen banyak-banyak. Lupa segmen takder hal, asalkan tak lupa diri.. Kwang kwang kwang.. Kalau lupa takder masalah sebab sure penganjur akan datang ketuk blog pemenang mahupun peserta yang join segmen / giveaway or event..

Update SEGMEN: BW sambil Menghayati Bulan Ramadhan

Peserta untuk Segmen BW sambil menghayati Bulan Ramadhan ni ada lima orang semuanya. Syukur, ada juga orang nak join dan kembangkan ilmu pada orang lain. Untuk segmen ni memang N minta peserta sediakan maklumat berkenaan dengan apa-apa sahaja pasal puasa dan Ramadhan. Kalau boleh N nak segmen ni menjadi satu aktiviti yang berfaedah untuk semua orang yang mana ianya bukan sekadar baca sambil lalu, buat entry mudah dan jadi salah satu sejarah yang tidak boleh diguna pakai untuk masa depan.

Dah kata pun Bulan Ramadhan, kalau boleh nak la semua kawan-kawan blogger tambah pahala kan.. Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan beribadah tetapi ianya juga Bulan menuntut ilmu.. :D

Dalam entry Segmen BW sambil menghayati Bulan Ramadhan ni N letak contoh satu info yang boleh dikongsi. N cerita pasal buah kurma, tapi itu pun dipetik dari salah satu website yang N dah nyatakan sumbernya.

MissNadia - Khasiat Buah Kurma

Peserta pertama sehingga kelimaa beserta dengan info masing-masing:

1. Misya (Aimi Syahirah) - Makanan terbaik semasa sahur untuk kecergasan sepanjang hari

2. AyuInsYiraH - 10 Manfaat puasa berpuasa dari sudut kesihatan

3. Ade Arif - Bahan makanan yang mencergaskan dan menyegarkan badan ketika puasa

4. Cik Mimie - Kelebihan bersahur

5. Karimah Zulkafali - Khasiat buah kurma

Jadi total peserta adalah lima orang. Tapi untuk peserta last ni Eirah, N terpaksa keluarkan sebab link yang diberi tak available.. sorry dear..


Dalam segmen ni juga N ada bagitau yang hadiahnya adalah trafik dari para peserta juga pelawat dan juga ilmu dari peserta lain kan.. So far pada u all yang join, follower mahupun pelawat bertambah tak?? Kalau bertambah baguslah.. Lagi ramai pelawat lagi ramailah orang yang akan baca info yang you all bagi dalam segmen, makanya akan bergunalah segmen tersebut sampai bila-bila :D

Dan tiada hadiah fizikal seperti yang diberitahu awal-awal.. Tapi, macam biasa, tak lengkaplah segmen tanpa hadiah ataupun reward. Ishh bunyi cam ada je?? Hehehe.. Kalau nak tahu tunggu update N esok-esok.. :D

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D