About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, March 13, 2014

Kabus pagi di Genting Highland

Pagi tadi drive pergi kerja memang syok.. Kabus di waktu pagi kat Genting ni memang menyamankan....

Indahnya kalau kabus pagi ni baunya indah seperti bau embun pagi..

Suasana indah di waktu pagi

Tapi memang taklah.. Feeling je macam kat Genting. Nampak sangat keadaan N dah kronik.

Rindukan Genting dan Cameron. N memang suka kabus pagi dan rasa sejuk segar especially kat Tanah Tinggi.

So, oleh kerana jerebu yang agak sederhana dapatlah berangan macam ada kat sana.. Ngeh ngeh nak buka tingkap kereta pun tak berani..

Cuba tengok gambar kat atas. Plaza perangsang Shah Alam pun dah kabur tau.

Macam main sembunyi-sembunyi pula.

Banyak betul perkara yang berlaku kebelakangan ni kalau you all perasan. Dari mula musim sejuk yang luar biasa kat Malaysia ni, lepas tu terus masuk cuaca panas hingga air empangan mengering, kehilangan MH 370 dan sekarang jerebu. Semua yang terjadi mungkin ada hikmahnya.

Marilah kita ramai-ramai berdoa supaya hujan turun dan membersihkan udara yang berjerebu dan dalam masa yang sama menaikkan paras air empangan.

Dan tak lupa juga berdoa agar MH 370 ditemui selepas enam hari hilang. Tingkatkan doa/ sokongan dan hentikan kontroversi yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D