About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Sunday, January 30, 2011

Bekon / Kemensah

tetibe lak nak pegi bekon stationary arini..

rasanya dah lama sangat nak g sana tapi tak pernah terlaksana.

so arini pakai main redah jer g ngan tunang. nasib baik buka. kat pintu masuk tertulis waktu operasi isnin-jumaat. sabtu 9-4pm. ahad close. lega rasa

masuk dan terus menuju ke bahagian shape puncher. haa takder round puncher.. kecewa. mmg da lama sgt nak. ada pun bentuk 4 segi.

pastu carik kertas tebal, ada tapi tak cantik mcm dulu yg derang jual.

untuk pengetahuan u oll bekon adalah kedai stationery di glenmary shah alam. macam2 alatan tulis ada kat situ.

kuar dari kedai n terus g sunway, tunang nak cari kasut.

nampaknya nasib kami sama, kalu jumpa pun takder size.. huhu

lastly tak dapat beli kasut tunang decide nak beli baju untuk hantaran, hahhh jumpa baju guess yg dia penah try sebelum ni. size yg nak dulu pun mmg ada tapi tunang dah confuse. tak tau nak amik size yg mana.

takut badan naik lgsg tak jadik beli, rege RM369, kalu badan da naik wat rugi jerk beli kan. so next time jer la mr tunang. beli murah2 udah

kendian bergegas balik ke rumah, packing n siap2 nak g Kemensah.

ada BBQ kat sana untuk meraikan birthday Luqman. yg hadirkan diri bos2 kedai dan jugak staff masing2. N g ngan papa dan tunang.

Mr tunang jadik chef mlm ni. N cume lalu makan nasi goreng jer. yg lain lambat masak sebab ada beberapa masalah teknikal huhu.. kesimpulannya N kenyang bau asap BBQ :(

sedikit info berkenaan dengan Kemensah:
-lokasi belakang zoo negara
-terdapat banyak chalet kepunyaan penduduk di sini
-terdapat aliran sungai
-di tempat yg N pegi ada kolam buatan yg dialiri air sungai dan suasana yg bersih lagi terjaga
-disediakan tmpt untuk BBQ
-kemudahan surau dan bilik air
-sesuai untuk cuti bersama keluarga atau gathering bersama rakan2

sorry coz tak banyak info yg N bley share n takder lgsg pic sungai n persekitaran coz N tgkp pixs anak buah jer huhu..

Sunday, January 23, 2011

Car boot Sale or Pasar Karat Shah Alam..

pagi kul 8 dah bangun, mandi dan bersiap g pasar karat shah alam ataupun car boot sale yg berlokasi di stadium seksyen 13, shah alam :D hehe

seperti yg saya dan tunang bincang lewat tgh malam semalam kami akan ke sana kul 8.30 tetapi tunang tak bangun lagi :(

tunggu punya tunggu dengar bunyi macam mama dah bangun. mama mandi dan ajak g pasar :)

nge hehe memang seperti yang dirancang.. kalu tunang tak terjaga mmg N akan g ngan pama.

then kul 9 gerak.. okay kat pasar ni memang jual macam2, kalu dulu N sebut sebagai carboot sale.. dulu masa N datang mmg lain sgt, tapi 3minggu yg lepas N datang rupa2nya pasa ni dah bertukar rupa.. slalunya pama jer yg g tapi bile nampak pama asik beli baju jer kat sana tu yg rasa nak ikut.. nak tau la besh sgt ker coz dulu bese jer, takder per sgt..

kali ni ada beberapa pix yang N snap.. sila cuci mata yer hehe

 ni bahagian pasar basah, tak penah masuk pun tapi dari tepi leh nampak lar derang jual udang, sotong and sayur2

 okay, ni plak bahagian makan2. slalunye ni tempat pertama yang dituju untuk breakfast :D, tapi pagi ni pama jer pegi coz masa kat umah N dah makan breakfast siap2..

breakfast pagi ni roti disapu butter and peanut butter dan dilapis ngan hirisan timun.. pergh marvelous

gerai ni jual pelapik meja, takpun curtain (adei tak pasti la plak) dan yg menariknya siap letak advertisement lagik tu untuk homestay: kg melayu subang, satu umah RM100/day

 gerai ni jual telekung.. ada macam2 jenis, saper2 nak beli telekung bley la datang ke sini.. kain cotton lagi dan pelbagai  color pada embroidery setiap telekung. hargannya pun  serendah rm50. ada jugak beberapa gerai lain yg jual, so bley la survey2

 pinggan mangkuk english style. cantik dan dainty

 haa cer tgk tanda harga kat dalam pix ni.. percaya or tidak?? 4helai rm10. yang ni semua baju baby dan baju baru kay

 yang ni tirai yg dijadikan perhiasan di rangka pintu

 gurlss.. u oll mesti geram kalu datang sini.. ada pelbagai jenis tudung dijual di sini dan siyesly yang u oll mmg tak dapat nak survey semua gerai yg ada coz ada berpuluh2 gerai yg jual tudung tau.  tapi kalu u oll semua rajin nak berpatah balik ke gerai yg u oll dah admirer siang2 so . harga serendah rm10, murah.

 yang ni plak jual pokok2 herba dan buah.. ada pokok kesom, pokok kedundung, pokok rasberry

menjual alat muzik.. agaknya la kot tapi siap ada org nyanyi2 dan bermain ngan alat muzik. mungkin derang ni provide service band untuk event2 tertentu, kalu tak silap N la

 jamu.. jamu

 spare part pun ada jugak..

 ayat suci alQuran. discount price rm90 from rm139

 yang jam ni pulak mmg menarik perhatian coz setiap satunye sangat besar.. sesuai untuk saper yg rabun ataupun untuk pemberian kepada orang :)

 kraf tangan, bakul

 ada jugak yg jual surat khabar kat ruang masuk dan keluar pasar

 yer, N cukup tak sabar nak sampai part bundle ni.. haa peminat pakaian bundle cer tgk rege dia RM5 selai.. o.o
tapi ni gerai bundle untuk laki

 dan yang membuatkan N lagi teruja ialah kat sana ada bundle perempuan.. banyak tau, ada la dalam 6 or 7. semenjak N duduk secara tetap di Shah Alam selepas belajar  bertahun2 di negeri org, N susah nak jumpa or takder langsung jumpa bundle pompuan yg besh2 especially di mana2 kedai ataupun bundle Shah Alam.

bile dah jumpa ni (3minggu yg lalu) memang layan.. tapi gerai2 kat sini mmg berselerak, kene jalan setiap lorong kalu tak nak terlepas mana2 gerai. paling mahal baju yg N beli kat sini rege rm16 (dress) dan paling murah rm5 :D.

arini N ada pergi satu gerai ni yg mmg jual kot cantik2 tapi dia kasi kurang rm5 jer. yg N perasan dia slalu ckp "haa yg kat sini semuanya rm25 tapi kasi kurang rm20". dah 3kali datang mende yg sama dia ckp so maknanya dia mmg jual rm20 la. dia ckp rm25 coz bile dia ckp bagi kurang rm5 org dah takleh nak tawar ar..

last2 N fed up, N tak beli pun.. tapi cantik huhu frust.. tujuan N g bundle nak dapatkan baju yg murah dan yg pastinye takder org lain akan pakai baju yg sama coz semuanye bundle import.. tapi kalu mahal mmg N pikir 10 kali gak la..

 ni plak bundle baju baby dan kanak2. rm1 tapi baju baby yg baru pun bley didapati ngan harga rm1 :). tapi yg pastinya baju baby kat sini mmg leh dapat murah

 ni pulak bundle apron, so cutee..

 PERHATIAN!!
kalu nak berjalan2 kat sini dinasihatkan tidak membawa anak2 kecil.. kesian mereka. N yg dah besar ni pun siap berpeluh2 kepanasan. kalu anak kecil lagi la tak tahan..

 tetapi kalu tak kesah untuk berpanas-panasan dan juga mengangkut beban sekampit beras apa salahnye..
ishh sok kalu dah ada anak musti susah kan nak ke mana2 huhu.. (agaknye itu la gunenye cik suami yer nge hehe)

hasil buruan: bola

hasil buruan

ni parking lot kat sebelah stadium.. sebelum dan selepas window shopping sama jer keadaannya..

arini N sgt bangga ngan diri sendri coz N tak beli apa2 walaupun misi harini adalah membeli baju bundle.. so misi bertukar jadi window shopping.. minggu yg pertama dan kedua n beli tapi minggu yg ke3 ni N tgk2 jer coz takder stock baru.. sma je cam minggu2 lepas.

kene berjimat cermat jugak untuk belanja di Bandung bulan 3 yehaa.. :D

Saturday, January 22, 2011

Minum petang, Kedai Kopi, Tasik Shah Alam.

Arini petang N pegi minum petang ngan tunang kat Kedai Kopi di Tasek Shah Alam :D

Pas minum kami jalan2 kat taman. Besh coz petang ni agak mendung. Ingat nak jalan2 exercise kan kaki tapi tersilap pakai kasut la.. patut nye pakai selipar jer, so kami jus lepak atas jambatan dan menikmati pemandangan tasek..

Lagi bahgia bile pertemuan ngan tunang arini telah meredakan masalah perhubungan kami..

Memang kawan pun dah warn awal2, kalu nak dekat2 kawen ni memang banyak hal bley jadik.. gaduh dan segala  bagai ar yang bley melemahkan sesuatu hubungan..

Lagi info pasal Tasek Shah Alam:
- sesuai untuk riadah bersama keluarga atau rakan
- ada Kedai Kopi kalu lapar atau nak hilangkan dahaga
- ada banyak parking lot
- ada taman mainan untuk anak2 sementara mak dan bapa berdating hehe :)
- ada kereta air dan jugak kayak untuk disewa
- ada taman haiwan mini (xpasti ada lagi atau tidak)
- bird watching, kat sini ada bangau dan juga tak lupe burung merak di beberapa pulau kecil (kalu nak tengok silalah bawak teropong yer)
- fish feeding, kat dalam tasek ni banyak ikan dan juga tuntung so sape yg pencinta haiwan bley la bawa makanan ikan ataupun roti

Info Kedai Kopi:
- nama kedai ni mmg Kedai Kopi, bukan nama rekaan yang N bagi yer
- ada macam2 makanan dari yang ringan, goreng2 hinggalah ke menu western
- rege kat kedai ni mmg standard la dan bley kata semua org mampu
- lokasi mmg betul2 depan tasik shah alam
- bley jadik tempak lepak dan juga cuci mata hehe
- kedai ni buka dari petang ke malam
maap la yer , gambornye takder :P..

Friday, January 21, 2011

Baju sanding

penatnya N rasa pagi ni. dengan tak cukup tidurnya N tetap gagahkan diri bangun awal kerna tunang nak g keje awal.
pagi ni tak pasal2 kene marah ngan tunang coz parking kat depan umah org lain. depan umah tunang N tu sebenarnya memang penuh kete tapi leh selit lagi satu kete kat depan jiran bertentangan. tapi malas coz ruangnya kecik. penat N tak habis lagi, so N senyap jer. malas nak bertekak ngan tunang. mulut dia ngalahkan orang pompuan.

nak dijadikan cerita, semalam kami cuti sempena thaipusam. so tunang dah bercadang untuk pergi cuba baju sanding. hari dinanti dah tiba. N bangun seawal 7 pagi dan siap 7.30 pagi. tetapi sedikit terkilan bila tunang tak dapat dihubungi.

tunggu punya tunggu, pukul 8 tunang telefon dan katanya akan ambil pukul 9. urm okay lah, sambil2 tu lepak tgk tv dan makan nasi lemak. tapi lagi sekali N geram coz dah kul 12 tghr pun tak sampai2 lagi. ishh memang rasa tension, geram dan marah.

haa nak tau tak last2 kiteorg bertolak kul brape. kul 2 kuar umah dan kul 3 baru masuk highway. perjalanan ke Ipoh makan masa 2 jam seperti yang dimaklumkan.

sampai di Ipoh, kami terus ke ward coz anak buah tunang masuk hospital. singgah kejap je n angkut mak mentua ke kedai baju sanding tu - kawan bakal mak mentua.

tema untuk wedding ialah garden, so N carik gaun dan tunang akan pakai tuxedo. gaundan tuxedo yang dipilih warna cream. tunang lebih suka N pakai yang ada lace tapi N suke yang plain dan simple. so N book yang N suke tu. tapi makcik tu prefer N amik gaun lace coz  tema garden sesuai pakai lace.

bila pikir2 ada betulnya makcik tu cakap, tapi N tak suka gaun lace yang ada kat kedai tu. dan makcik tu bagi masa 3 minggu untuk confirmkan. N tak pasti samada nak confirm ataupun N carik kat Bandung bulan 3 nanti.

dah siap cuba baju kami ke tesco extra untuk beli jam hantaran dan makan malam. singgah hospital untuk hantar ibubapa tunang. sampai rumah pukul 12.30am.. mandi dan tidur..

Tuesday, January 18, 2011

JAKARTA - CONFIRM

Iyer..
Jakarta.. Jakarta tunggu N datang yaa..

harap2 Jakarta sudah bersedia untuk menerima kedatangan N. Wah N sangat2 teruja dengan family trip kali ni.


Tak pernah seumur hidup N menjejakkan kaki ke tanah Jakarta. 4 Mac 2011 bakal menjadi hari yang bersejarah. Memandangkan tiket sudah dibeli perasaan N sekarang ni sangat berkobar2.


Sebelum beli tiket lagi N dah browse kat google gambar airport di Jakarta. Dan yang paling mengejutkan keadaan airport di Jakarta dan airport di Bandung begitu jauh berbeza. Gambar airport Jakarta yang dipaparkan memang kelihatan seperti International Airport. Lain pula dengan Airport di Bandung.


N pernah ke bandung setahun setengah yang lepas. bila menjejakkan kaki di Bandung seakan tidak percaya akan keadaan Airport di sana. N ingatkan Airport di Bandung besar seperti di Malaysia tetapi anggapan N jauh meleset. Iyer la nama pun Bandung, Bandung kan memang satu nama tempat yang paling dikenali sebagai tempat untuk membeli belah.


Tetapi takde la N nak cakap yang airport tu teruk. Walaupun kecil dan sentiasa dipenuhi dengan penumpang2 tetapi N ada satu kenangan yang N tak dapat nak lupakan di airport tu dan juga BANDUNG.


Memang N amik masa nak memberanikan diri untuk ke Indonesia kali ni. Pengalaman yang N dapat semasa berada di Bandung dahulu memang memberi kesan yang sangat besar ke atas diri dan juga kesihatan N.


N pernah ke bandung dan menginap di salah sebuah butik hotel. Suasana bilik sangat memuaskan hati dan yang penting selesa. N pergi bersama kakak dan abg ipar, bos dan juga isterinya.


Semasa berada di sana N berjalan ke Pasar Baru yang merupakan syurga tekstil dan baju. Ada juga beg dan barangan lain. Bangunannya seperti shopping complex 5 tingkat seperti di Malaysia. Tetapi 2ari lepas abg ipar baru bgtau yang kami sebenarnya tak habis pusing lagi Pasar Baru tu. Haahhh terjawab sudah beberapa soalan yang bermain dalam kepala..

Sebelum ni N tak paham bila N browse  jer pic Pasar Baru, pastu musti ada kuar kedai  orang jual kebaya. Padahal masa kat sana N jumpa satu kedai jer yang jual kebaya. Rupa2nya sekarang baru N tau, yang dulu tu pergi mmg kiteorang tak habis pusing pun. memang kecewa betul bile dapat beli satu jer baju kebaya.. cantik n warna putih (RP 210k), mcm mahal jugak coz tak disediakan ngan kain. tapi dah minat sangat, N pun beli la wat kenangan.


Pastu hari berikutnya N pergi ke Jalan Dago. Terdapat beberapa Factory Outlet di sepanjang jalan dan kami berjalan sampai malam. Kemudian kami makan malam tetapi kakak duduk di dalam kereta kerana tidak sedap badan dan pening. kesian kakak masa tuh.


Apabila sampai di hotel kakak merehatkan diri. beberapa jam selepas berehat kakak pun pulih semula tetapi pada masa tu N dah rasa semacam. N pening sgt2 dan tak sedap badan. walaupun N dah mandi pening masih tidak surut.


pada keesokannya hari terakhir kami, N hanya terlantar di bilik hotel. N tak dapat berbuat apa2. hanya sekadar baring sahaja. selepas kakak dan yg lain2 menghabiskan baki2 duit yg ada, kakak pulang semula ke hotel untuk berangkat.


Masa tu mmg N langsung tak boleh nak mengemas. kesian kakak, dia yang kene kemas barang2 N. Dan yang paling tak tahan sangat N langsung tak boleh nak berdiri. Asal N berdiri jer N akan rasa pening sangat2 dan termuntah.


Sampai jer di Airport Bandung N masih dipapah oleh kakak. Oleh kerana N memang tak berdaya langsung untuk berdiri mahupun duduk, dengan selambanya N baring di atas lantai airport tu. Apabila pekerja airport tu nampak keadaan N mereka terus memapah N ke dalam surau. Memang ramai yang menyaksikan keadaan N masa tu dan ada yang memberitahu bahawa ada 'bende' yang mengikut N.


Kemudian N dibawa ke bilik kecemasan airport. walaupun lagi selesa tetapi N masih tidak dapat bangun. Asal bangun jer N mmg pening yg amat sampai termuntah walaupun perut dah betul2 kosong.


Bila kapal terbang sudah bersedia untuk terbang tugas memapah dilakukan oleh abg ipar memandangkan kakak tidak ada kekuatan untuk mengangkat adik kesayangan dia yg berat ni. Sampai kat tempat duduk pun masih tak dapat nak duduk dengan betul. N cuba untuk tidak baring tetapi rasa pening lebih menguasai diri N masa tu. dah banyak kali attendant flight suruh duduk semasa permulaan perlepasan tetapi N mmg tak menghiraukan peraturan yang diberitahu.


Biler dah tak tahan sgt duduk yg macam baring sikit N terus ditukarkan tempat duduk supaya N dapat berbaring. Perjalanan di dalam kapal terbang tu memang bagaikan satu penyiksaan. Sampai jer kat Malaysia, kakak memapah N masuk ke ruang check-in dan disambut dengan kerusi roda.


Tapi kerusi roda hanya dapat membantu sampai ke ruang check-in saja. lepas amik port yang sesuai N terus merebahkan diri ke lantai seperti di airport bandung. N mmg tak dapat nak duduk langsung atas kerusi roda tu. oleh kerana N perlu berbaring, N diletakkan di dalam bilik kecemasan airport. Selepas urusan check-in selesai dan semua barang diambil, N dipapah ke kereta dan berbaring di tempat duduk depan.


N dibawa balik ke rumah tetapi papa dan mama mengambil keputusan untuk menghantar N ke hospital. sampai di hospital N terpaksa menunggu untuk urusan pendaftaran. lagi sekali N merebahkan badan ke atas lantai. sepanjang perjalanan dari bandung ke Malaysia N dah tak ingat berapa banyak kali N muntah setiap kali N berdiri atau duduk.


N dimasukkan ke ward selama seminggu (N tak brapa ingat) dan dimasukkan air. ramai doktor2 dan juga pelatih2 yang menjenguk N masa tu. macam uji kaji pun ada jugak. tetapi sorang pun tak dapat nak kenalpasti sakit apa yg N hadapi. Siap buat X-tray lagi. X-tray pun satu hal jugak, sementara tunggu nak masuk bilik X-tray pun mmg dugaan betul. kene tunggu sambil duduk atas kerusi roda.. huhu


hari pertama dan kedua mama temankan N kat hospital tapi hari berikutnya ex N yg masa tu kekasih hati menemani N di hospital. N tak dapat nak bayangkan apa la nasib N kalu ex takder aritu. sepanjang N berada di hospital 3 kali N bertukar ward. cuba bayangkan kalu takder saper yang teman N masa tu. nak bangun pun tak mampu apatah lagi nak berdiri.


pastu bile N kuar hospital N hanya mampu baring sahaja. masih tidak dapat berdiri. dah masuk 2 minggu pun sama. minggu ke 3 okay skit. minggu ke 4 N masuk keje tapi N masih pening bile berdiri lama2. bawa kereta takder masalah tapi bile berdiri rasa tak selesa.


abg ipar tak kasi N banyak baring jer dan N cube kuatkan diri. tapi cakap mmg la senang tapi nak wat tu susah betul. Ish mmg fobia betul N rasa ngan kejadian yang menimpa. bayangkan drama2 yang selalu kite tgk kat tv lagi2 babak2 org sakit ataupun pening kepala. cameraman akan memusingkan kamera berulang2 kali.. ha macam tu la yang N alami tiap kali N bangun dan berdiri. dan lagi satu asal N buka mata je, siling hospital tu berpusing2, tu yang wat pening. macam dalam tv lah rasa masa tuh.


agak2 nya sakit apa yer tu sampaikan sebulan baru nak sembuh, tapi tu pun tak sepenuhnya. N masih ingat lagi yang pasal ada 'mende' ikut tu. N tak nafikan coz N memang berjalan semasa waktu maghrib di jalan dago. huhu.. dan yang kedua disebabkan makanan. walaupun semua kedai2 makan yang kami pergi kedai2 mahal kemungkinannya tetap ada.


Harap2 kejadian yang sama tidak akan berulang untuk trip kali ni :D


Jakarta on 4 mac 11 till 7 mac 11..