About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Drypers, Huggies, Petpet & Mamypoko Dypers Reviews

Harini nak buat review sikit pasal Dypers. Memandangkan sekarang ni N berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis diapers jadi dapatlah N kongsikan dengan semua orang.

Untuk diapers tape type N gunakan Drypers Tape. Drypers memang digunakan sedari Baby Asy baby. Tak pernah beli yang lain sehinggalah pertengahan tahun 2014. Tapi kalau diapers sample tu ada la pernah guna beberapa brand sekadar nak mencuba.

Drypers Tape (paling murah N pernah beli RM29 Jumbo)

Tak pernah bocor bila pakai Drypers ni. Kalau bocor pun sebab burung dia tersalah parking.. hohooo. Bila kencing banyak, kat bahagia luar tak ketara basahnya. Walaupun N suka Drypers tapi N tak suka bau materialnya, kurang menyenangkan. Saiznya besar.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies Tape Ultra (Pek Hijau) Sample pack

Ni cuba yang sample. Dapat pun kat Baby expo. Ketebalan memang memuaskan, material tak berbau dan lagi lembut dari drypers. Puas hati pakai ni, tapi boleh cuba yang sample je sebab Huggies Ultra ni mahal dari huggies dry pek biru dan huggies total protection pek merah.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies Dry (paling murah N beli RM28)

Bila dah cuba Huggies Ultra kat atas, terasa nak cuba Huggies Dry la pula sebab ada harga promosinya murah. Tapi takleh lawan yang Ultra la sebab ianya lagi nipis. Bezanya dengan drypers kantung kangkangnya lebih panjang dan bila pakai selalu risau takut ada lubang kat celah kangkang. Bila dah kencing nampak sangat ketara layutnya macam dah penuh sangat sebab diapers ni lagi panjang dari drypers. Dah snap pic, N update ye.. Lupa nak snap sebab baru cuba ni

PetPet Pant (paling murah N pernah beli RM 28)

So we all break record dengan membeli PetPet Pant. Semuanya kerana terpengaruh dengan iklan TV yang tunjuk konon macam ada tingkap kat diapers ni. Kiranya ada pengaliran udara keluar masuk untuk buat Baby rasa selesa bila pakai. Inilah first diapers yang N beli selain dari drypers.. Gila loyal kami ni, setelah pakai drypers 2 tahun setengah baru nak mencuba brand lain.. Cik asben ku memang loyal.... 

Gambar takder sebab dah lama habis :P. Pet Pet Pant ni kecik dari brand lain. Dahlah masa beli kami pakai main harung je amik size yang Baby Asy selalu pakai.. First time kekdahnya amik brand lain. Confident gila je kan tanpa tengok sample. Alih alih bila nak sarung, nampaknya kecik kat Baby Asy. Tapi kami habiskan aja. Keciknya bukan ketat tapi kat bahagia kangkang dia tu tak besar. Bila tengok macam pakai spenda yang sesekali terlekat kat punggung..huhu.. Beli ni masa petpet pant baru diperkenalkan dan diikuti dengan harga promosi yang boleh tahan murah juga.

Petpet pant ni nipis dan permukaan material agak kasar dengan rasa berbiji-biji bila tekan. Mungkin gel kot untuk menyerap air kencing. Tak gemar pakaikan untuk Baby Asy. First and last, tak beli dah sampai sekarang.

Drypers Drypant (paling murah N pernah beli RM28 jumbo)

Drypant ni saiznya kecik berbanding tape tapi taklah kecik macam Petpet pant. Tapi dah tak beli sebab kalau nak beli kena beli saiz besar dan of course lah saiz besar jumlah makin kurang, boleh lari budget woo.... Penyerapannya tak sama macam tape sebab kalau pakai yang drypant ni, kejap je dah nampak kembung. Tapi N suka kekemasan jahitan smoke kat drypant ni. Sangat cantik dan selesa untuk baby.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Mamypoko Pant (paling murah pernah beli RM29)

Ketebalan sama macam drypers tapi celah kangkang lagi lebar dan saiznya lagi besar dari drypant. Pakai ni memang puas hati tapi permukaan luarnya nampak ketara basah. Tak macam drypers tape. Beli ni konon nak kasi Baby Asy merasa diapers mahal. Masa tu promosi gila-gila kat The Store. Semua diaper murah, gila N jadinya. Kalau boleh nak beli dan try semua brand yang ada.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies pant sample pack

Huggies pant ni tak tebal sangat. Tapi lebar kangkang dan saiznya besar dari drypant dan kecik dari mamypoko. Kiranya duduk kat tengah-tengah la. Materialnya kasar dan basahnya memang ketara dari luar.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Kesimpulannya.. N suka drypers bukan sebab N ni brand loyal tapi kerana kualitinya yang superb. Tapi N ni penuh dengan sifat ingin tahu untuk cuba brand yang lain dan dalam masa yang sama N masih cuba nak cari yang terbaik kerana tak gemarkan bau material drypers tape tu. Selain dari drypers N suka huggies ultra tapi tak mampu nak beli sebab harganya agak mahal. Dan tak lupa pada Mamypoko, puas hati la juga pakaikan ke Baby Asy. Walaupun harga Mamypoko mahal tapi N masih rate drypers yang pertama dari segi kualiti penyerapan dan jahitan yang kemas. No wonder lah drypers ni susah nak turunkan harga dan buat promosi. Paling murah sekarang pun untuk drypers adalah RM31 ++.. Nak dapat RM30 ke bawah memang susah dah.

Sekarang N pakaikan Baby Asy Mamypoko dan Huggies Dry.. Harap-harap hujung bulan ni ada promosi Mamypoko lagi, bukan kata N je, mertua pun suka juga. Bye bye drypers tak tahu bila lagi N akan beli sebab N kurang gemar dengan baunya.. tapi kualiti superb.. Hurmm dilemma betul

Sunday, December 21, 2014

Asyraf first Color Book made by TokPa

N tak pernah lagi beli buku warna untuk Baby Asy memandangkan dia hanya reti nak menconteng je. Jadi macam rugi pula kalau beli. Minggu lepas kami bermalam rumah Tokpa dan ditemani oleh anak buah seorang untuk teman Baby Asy bermain.

Asyraf first Color Book made by TokPa

Alang-alang cucunya tokpa ada, tokpa ambil kesempatan untuk bagi pensel warna dan buatkan buku warna untuk budak berdua ni. Oh so cute.. Siap ada nama masing-masing lagi kat buku warna ni. N pula tak terpikir nak buat macam ni. Mungkin lepas ni bila ada masa N akan buat buku warna instead of beli.. Buat sendiri lagi jimat kan dan boleh print out apa yang kita suka nak anak kita tengok dan warna :D..

Asyraf first Color Book made by TokPa

Untuk budak baya Asy yang tak pandai lagi, derang akan terima je apa-apa lukisan. Tapilagi bagus kalau cari lukisan yang derang suka. COntohnya macam baby Asy dia suka sangat cat.. Jadi N akan print out banyak-banyak lukisan cat untuk dia lukis :D

Teknologi dah canggih zaman sekarang ni, maklumat semua kat hujung jari.. Just copy, paste and print. Tapi kena guna dengan cara berhemah ekk. Jangan salah guna sudah!!

Wednesday, May 21, 2014

Cara nak suruh anak makan.. Vitamin

Anak tak nak makan sebab sibuk sangat nak main?? Takpun anak mengada-ngada tak mahu makan, tapi asyik nak susu je memanjang walhal baju sejam lepas minum susu..

Pernah terjadi tak kat you all..

Masalah ni tengah terjadi kat N sekarang ni. Susah betul nak suruh anak makan. Tak tahulah N sama ada disebabkan oleh penukaran susu dulu dari Anmum ke Dugro ataupun sebab apa.

Adik ipar ada suggest N beli susu Shaklee.. Harganya memang mahal tapi berbaloi. Satu hari letak satu scoop dalam bancuhan susu katanya. Pengambilan susu shaklee ni boleh tambah selera makan anak-anak.Tapi sekarang masih tak berkesempatan nak beli dari dia. Adik ipar memang dealer shaklee tapi dia kat Ipoh sekarang, jauh.

Alternatif lain yang N guna bile anak tak mahu makan ialah dengan pengamalan makan Vitamin setiap hari. Sejak N bagi Baby Asy makan Vitamin sebulan yang lepas, mertua memang perasan yang Baby Asy ni ada sedikit perkembangan. Nak juga la dia makan nasi. Penambahan selera tu memang penting sebab Baby Asy ni dah nampak macam tak cukup makan.. Kurus je, lain benar dengan ayah dia yang timbun tu.. huhu

Mula-mula tu N beli brand CHEWIES, Multivitamin. Takut nak beli Vitamin C, sebab ada perisa orange je. Macam tak sedap, takut baby Asy takleh nak terima pula. Multivitamin pula perisa laici. Mungkin dia akan suka. Bila balik rumah bagi dia makan. Macam biasalah benda first time dia takkan makan habis, luakkan bila dia rasa pelik. Second time, makan sampai habis siap minta-minta lagi.
Chewies Brand, Multivitamin Lychee flavor
source from google search engine

Satu botol Chewies bulan lepas punya dah habis sampai tak sempat nak cecah hujung bulan. Bulan ni N beli brand Champs pula. Tapi kali ni Vitamin C perisa Blackcurrant. Pun terjadi perkara yang sama. Masa mula-mula cuba dia luakkan. Pastu kali kedua rasa sampai habis.. Esok-esok siap minta lagi tapi N limitkan 3 tablet je sehari.

Champs Vitamin C Blackcurrant Flavor

Tapi baby ni mana paham bahasa lagi. N kata dah bagi dia tiga tapi nak juga lagi.. Hahh bahaya... Kang over tak tahu pula kesannya kan. Jadi, N buat tak layan aje.. hehe

Masa beli Vitamin ni, N memang pilih yang jenis tablet. Sebab yang lagi satu jenis chew cam gummies tu. N takut Baby asy takmo makan yang macam tu sebab pernah bagi dia gummy jelly tu, tapi dia takmau. Nak jalan selamat beli yang tablet sudah. Buat masa sekarang ni N nak tambah lagi vitamin dia. Mungkin nak beli Multivitamin sebab vitamin C dah ada.

Saja nak banyakkan vitamin sebab dia kerap minta bila N balik kerja. Limit satu jenis vitamin tu 3 tablet je.