About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, December 24, 2011

Friend's Wedding






The picture was taken 3 months ago during my friend's wedding at Damansara. Randomly pick any picture and scrap, just to fill in my hollow day.


Masa tu tengah pregnant 3 months plus, tapi perut still maintain ramping :P.

Monday, December 12, 2011

My little nephew scrapbook

Setelah sekian lama tak scrapbook, beberapa minggu yang lepas N terjumpa template kit yang comel ni. So, N decide nak scrapbook pic anak buah N.





This picture of my nephew was taken at Padang Shah Alam (near S.A. museum). N tak ingat umur dia berapa masa ni dan pada masa ni dia dah pandai berdiri dan berjalan. Seronok jer tengok keletah dia, walaupun baru nak pandai berjalan tapi masih ada hati nak berlari. Kalu ingat-ingat balik nak tergelak pun ada sebab bila dia berlari tu, memang nampak la badan dia terhuyung hayang.


Seronoknya dia masa tu tak payah cakap lar, sampaikan satu masa cari botol air. Dahaga sangat main kejar-kejar dengan abang dia. Landing ala-ala Superman, comel betul.


Anyway, N took this scrappy set at Kevin & Amanda.


Wednesday, December 7, 2011

Baby .. Food delivery :D





Untuk lunch harini, N hantar pelbagai jenis lauk kepada baby dalam perut. Hope dia pun enjoy makan sebagaimana mama nya :D.

Tuesday, December 6, 2011

Coklat VS Bunga

Di antara bunga dengan coklat, mana satu agaknya pilihan hati korang yer??





"Bunga cantik tapi coklat sedap. Nak dua-dua lah, bley tak?? Hehe.." siapa tak nak kalau boleh dapat dua-dua. Tapi N prefer lebihkan coklat sebab kebiasaannya orang akan bagi sejambak bunga bersama dengan sekeping coklat tapi N nak yang sebaliknya. Sekuntum bunga dan juga sejambak coklat, bley tak agaknya macam tuh.


Rasanya lagi okay kot sebab sejambak bunga pun dah cecah RM50 ++ kan, so baik la beli coklat. Dapat bunga banyak pun, esok2 layu juga. Nak buang sayang, so nak tak nak keringkan aje, tapi bila dah kering kena rajin bersihkan pula sebab berhabuk. Wah wah banyak betul kerja bila dapat bunga yer.


Tapi pada N, kalau diberikan satu pilihan N pilih coklat (sambil gosok-gosok perut, baby mama dalam perut pun pilih coklat). Sebabnya coklat boleh makan dan rasanya sedap. Bunga pula cantik dan boleh jadi perhiasan tapi tak boleh kekal lama dan tak boleh makan.


Bazir jer beli melainkan kalau duk kat Cameron or tanah tinggi yang mana bunganya murah so takder lar rasa macam membazir sangat. Sekali sekala nak merasa pegang-pegang, cium bau, tayang sana and sini skit apa salahnya kan. Lagipun bunga pun selalu dikaitkan dengan wanita, tak gitu.. :)




Monday, December 5, 2011

Layu serupa sayur lembik dah ni..





Hari ni hari yang sangat penat, badan dah rasa layu macam sayur lembik. Bercakap di dalam kelas dari pagi lepas tu sambung pula kelas petang. Rasa macam nak tercabut anak tekak. Mata pula rasa macam dah panas-panas. huhu






So, tak sabar rasanya nak berjumpa dengan mr and mrs bantal kat rumah dan tak lupa mr bantal peluk kepunyaan husband. Bantal peluk husband?? Hah memang bantal ni selalu menjadi mangsa gomolan ataupun hasil rampasan di kala malam menjelma.. ngeh ngeh. al-maklumlah N ni mana ada bantal peluk.. terpaksa menumpang bantal orang lain.. huhu






Tapi tengah-tengah penat macam ni pun, sempat lagi duk mengunyah biskut gula. Sementara tunggu husband habiskan keje dia, layan dulu 7 - 8 keping ( baby dalam perut pun memang sokong habis kalau bab makan2 ni :P ). Nak join? Boleh jer, tapi biskut sendiri-sendiri okay.. :P

Friday, December 2, 2011

Roti jala cicah kuah durian.. saper nak??





Dari pagi sampai ke petang layan roti jala cicah ngan kuah durian..
Pergh layan habis.. Nom nom nom..

Thursday, December 1, 2011

Preggy mama dan jeruk tak dapat nak dipisahkan






Layan jeruk kedondong lepas perut kenyang memang mengasyikkan..
Nom.. nom. nom

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday.. Kerja & Blogwalking




 Rambang mata rasa, macam pergi shopping complex. Itu nak, ini pun nak juga. So sekarang ni, kerja nak buat (terpaksa) , blogwalking and update blog pun nak juga.. Alangkah bahagia nya kalau ada 2 pc macam kat atas :D



Tuesday, November 29, 2011

Perlukah memberitahu semua rahsia untuk membuktikan kejujuran?













Siapa kata kalau berahsia bererti kita tidak jujur? Perlukah memberitahu semua rahsia untuk membuktikan kejujuran? Subjektif betul soalan ni. Nak kata perlu pun boleh, nak kata sebaliknya pun boleh.



Kenapa perlu? dah kata rahsia. rahsia kan perkara tersirat yang memang kita tak nak orang lain tahu. Kalau dah bagitahu bukan rahsia dah la namanya. Hahh.. Dilemma betul. Nak bagitau ker tak nak. 


Kalau tak bagitau nanti sampai berjanggut pun tak settle2 masalah tapi kalu bagitau boleh terbela ker nasib? Tak ke nanti memudaratkan dan aibkan diri sendiri / orang lain. Daripada elok-elok orang tak tahu, alik-alik jer semua orang tahu. Tapi tu lah risiko yang kena terima sekiranya ada rahsia yang terpaksa dibongkarkan semata-mata untuk selesaikan masalah.


Dan kenapa pula tak perlu? Kalau tak ada kaitan tak perlu beritahu la. Apa motif kan nak cerita semua perkara yang tersembunyi, selagi ianya tidak memudaratkan.


Sebenarnya tak semua rahsia kita kena kongsi ataupun cerita. Selalunya perkara yang aib, baiklah kita simpan sendiri dalam hati. Tak salah kalau nak berahsia terutamanya perkara-perkara yang telah lama berlaku / tidak berapa nak membanggakan sangat dan juga perkara-perkara pahit yang kita sendiri pun tak rasa nak imbas kembali. Lagipun kalau kita tak cerita, tak der siapa yang tahu pun. Tak rugi apa-apa dan orang pun tak banyak tanya. 




Tapi semuanya terpulang kepada diri sendiri. Ada sesetengah orang tu lagi senang ceritakan rahsia-rahsia diri kepada pasangan ataupun rakan-rakan semata-mata nak tunjukkan kejujuran dan tak mahu ada rahsia di antara mereka. Dan yang lagi setengah tu lebih suka mendiamkan diri saja. Bukan bermaksud tak nak berkongsi tapi biarlah ianya menjadi rahsia diri ;).




Monday, November 21, 2011

Sedetik bersama coklat DAIM




Pernah makan coklat DAIM tak?? sedap oooo.. sementara tunggu lunch yang N order, jom kita layan sebiji dua dulu cekelat ni. Nomm nommm..


Friday, November 18, 2011

Mama-to-be and her dress..

Mama-to-be sekarang ni dah tak selesa nak pakai seluar or skirt. So, baju pilihan N of course la dress :D (sengih cam kerang busuk sambil menggosok-gosok perut)


Thursday, November 17, 2011

Hatiku milikmu by Nera AF9

Penat sebab banyak sangat keje?? Jom kita take five :)


Hatiku milikmu by Nera AF9

















Saturday, November 12, 2011

What do you do for remembering 11.11.11



11.11.11 or 11 November 2011 is a special date or we can call as "tarikh yang cantik". Many people out there anxious to get this date for their special occasion or event such as my cousin and one of my blogger friend (had their akad nikah on that day)


Im not read today's newspaper yet but there will be no suprise if somebody had their wedding on 11.11.11 with 11 dulang, RM 11,111.11 mas kahwin + duit hantaran, a bouquet of 11 roses and may also be accompanied with 11 sweet and beautiful flower girls or dayang. 


Hahhh, people are now crazy with numbers especially with the special one. As i can remember that my husband said "that it just numbers" and I agreed with that. 


But in the same time, deep inside my heart "yes, it is all about numbers but this number is very special becoz this date will only came once in our life time and I think we should do something on this special day."


"May be we can buy BIG APPLE and hang out at Padang Shah Alam. Watching the stars and spending the very last day of 11.11.11 together, just two of us." But none of this word spread out from my mouth as I knew that my husband is not kinda "on the spot type" and he already and always had his own plan  :(


Hurmm, since im alone in my lovely cozy room, I start digging out things so that I can made something in this special date before its running out. Well, after hours later before the clock reaching 12 midnite, I manage to make this:







Please dont ask me why I made this. I think I can do something for remembering 11.11.11. But after I had finish this "thing" which I think quite adorable, I still not feel anything. Making this "thing" will not remind me with any happy memory on 11.11.11 but seems remind me with "pushing myself hard". 


Im making this cute "thing" but what is the purpose? For whom? Hurmm.. 






Memory of 11.11.11. Im surely will remember this :(




Well, if you have sweet memory on this date, you can make this "thing" which also can be use as a card (you can write something on the back) and give to your love one in order to remember this special moment that both of you had :D




You just need an unuse box, scissor, glue and color pencil. 


You can make any shape as you desire :D




Anyway, Good bye 11.11.11.


Urmm, surely korang semua ada sweet memory pada tarikh ni kan. Happy for all of you :D


Monday, September 19, 2011

Im back.. Merdeka Merdeka

Holaa.. Im back..

Dah sebulan lebih N tinggalkan blog kesayangan ni. Dan baru hari ni rasa ada mood nak post entry baru.

Dalam masa sebulan lebih ni macam2 benda yang terjadi. Rasa rugi pula tak dapat nak cerita dalam blog.

Anyway, esok2 bila ada kelapangan N akan cerita.

Okaylah, event terdekat yang kita sambut baru2 ni ialah hari merdeka so N tak nak lepaskan peluang untuk ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT HARI MALAYSIA kepada seluruh rakyat Malaysia. :D

Seperti yang kita sedia maklum, Kemerdekaan baru2 ni disambut pada 16 September iaitu pada Hari Malaysia.

Lazimnya, setiap kali ada event2 macam ni, N pasti tidak akan ketinggalan. Kalau tak tengok bunga api pada malam merdeka N semestinya akan bangun awal2 pagi untuk tengok perarakan di dataran. Tapi kadang2 tu bunga api N tengok, perarakan pun N pergi sekali :D

Tapi masuk tahun ni, dah 2 tahun N miss bunga api dan perarakan. Just tengok dalam TV jer. Rasa sangat2 berbeza bila kita boleh merasai situasi yang sebenar. Perasaannya memang tak bley nak digambarkan dengan kata-kata. Rasanya terlalu hebat.

Masa N tengok perarakan di TV hari jumaat yang lepas, terasa sedikit hiba sebab tak dapat nak tengok depan mata sendiri. N memang jenis yang suka nak join event2 macam ni.

Dan ada satu part yang N suka menjelang sambutan kemerdekaan ni bila lagu Merdeka dan lagu Jalur Gemilang dimainkan. Perarakan dalam TV yang N tengok tu, lagu dipasang pada akhir event. Seronok jer nyanyi dengan semua orang yang ada kat dalam TV tu, tapi tak nyanyi habis pun sebab tetiba rasa sedih.

Dan masa tu la tetiba teringat beberapa tahun yang lepas masa tengok bunga api sambil menyanyikan lagu merdeka dan jalur gemilang dengan sekuat hati dan penuh semangat. Moment merdeka yang sangat indah :D

Saturday, July 30, 2011

Metrojaya Mega Raya Sale

Waaaa.. Card reader takder, tertinggal kat dalam beg umah mama. Tak tau la sejak kelmarin lagi bersemangat jer melukis. Pagi ni pun sama, tapi tak dapat nak upload.. huhu

Sunyi jer rasa entry ni tanpa lukisan, sedihh.. Bagaikan hilang sesuatu pula rasa.

Tapi takper la, kita buang jauh2 rasa sedih tu. Jom kita pergi part yang happy sikit yer.

Well, semua orang dah dapat gaji kan. So, jom kita serang METROJAYA MEGA RAYA SALE.


Actually saledah start hari rabu till tomorrow kat tempat biasa iaitu STADIUM MALAWATI SHAH ALAM, yang terletak di seksyen 13 tu :D

N nak beli eyeliner, last time N ada beli brand lancolm, RM10 jer, eyeliner dia lembut. Rasa macam nak pegi hari ni, nak beli lagi coz yang dulu beli tu dah pendek ar.

Anyway, kat site shoppingnsales  ni ada citer dari orang2 yang baru jer pergi sana. Ramai yang cakap harga perfume kali ni sangat murah. Check it out ya :D

Happy shopping..

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


Friends forever :D

As we go on,
We remember,
All the time we had together,
And as our life change,
Come whatever,
We will still be,
Friends forever.

Lelaki lebih mendapat impak apabila putus cinta..

Kelmarin N pergi potong rambut ngan Mr Baby.. haha. kelakar kan bunyi.. tetiba jer panggil husband dalam blog dengan nama baby, tak pernah2.. ngeh ngeh.. gara2 terbaca paper metro yang mana berita first page tu menceritakan pasal mak nyah yang dipanggil Baby. Cute betul kan bila laki2 ni kita panggil Baby..

Okay, tersasul plak cerita menda lain. Kita masuk balik tajuk tadi yer. Lepas N dah potong rambut, tiba lah giliran Mr Baby plak. N pun bersenang lenang lah atas sofa sambil baca Maskulin Magazine. Actually, N memang dari dulu suka sangat baca magazine ni, tapi tak pernah beli pun. ngeh ngeh

Seronok juga tengok2 magazine orang laki ni coz kalu tengok iklan2 dalam magazine ni memang ngalahkan pompuan lar. Siap ada segala bagai produk, termasuklah sun block perlindungan untuk kulit :D. N tak berapa  kisah sangat kalau laki suka pakai produk2 kecantikan coz memang segelintir kawan laki N pun memang titik beratkan hal2 macam ni. Lagipun tak salah kan..

Tengah2 belek magazine ni N terjumpa satu article yang agak menarik. Tak berapa nak ingat tajuk yang sebenar tapi lebih kurang macam ni la: Kaum lelaki lebih mendapat impak/tertekan berbanding wanita apabila putus cinta..


Masa baca tu rasa macam musykil juga. Ayat tu seolah-olah mengatakan yang wanita ni macam tak tertekan jer bila putus cinta.

Berdasarkan apa yang N masih ingat, lelaki mendapat impak yang lebih berbanding wanita apabila putus cinta kerana lelaki menjadikan wanita sebagai sumber inspirasi untuk meluahkan kasih sayang berbanding wanita yang lebih mengutamakan keluarga.

Pada pendapat N la, sebenarnya menda ni terpulang la kepada individu tu kan.. Tapi tak bermaksud nak bangkang Fakta yang N baca ni.. Yurp, ianya satu FAKTA yang telah dikaji selidik, bukannya andaian sesiapa.

Artikel ni juga ada sediakan TIPS SELEPAS PUTUS CINTA:

1. Paling penting, Bantu diri sendiri untuk mengatasi masalah ni kerana orang lain boleh mendengar tapi kalu nak bantu memang susah sangat2. Cuba relakskan diri seperti berkunjung ke Spa. Semoga urutan dan juga proses2 yang you all lakukan kat spa dapat kurangkan impak putus cinta tu.

2. Jangan dengar cerita dari kawan2 yang boleh mendatangkan kesan negatif (pasal SI DIA). Seperti perkara2 yang boleh melemahkan jantung ataupun membuatkan you all lagi bertambah2 kecewa dan super sakit hati ..

3. Rapatkan diri dengan rakan2 ataupun keluarga. Mengadulah segala perasaan you all kat mereka2 ni, memang pastinya mereka akan sentiasa menyokong you all.

4. Terima la kenyataan yang you all berdua memang betul2 dah takder jodoh. Cari la orang lain, cuba call kawan2 lama yang dah lama tak contact tu. Kalu ada yang masih single boleh la usha2 kay.

5. Lakukan perubahan seperti mencantikkan diri. Ini penting terutamanya untuk menaikkan keyakinan diri.

6. Luangkan masa dengan hobi2 yang sedia ada contohnya membaca, bercucuk tanam, menghias rumah, memancing, ubahsuai kereta, memasak, blogging, dan lain2..

7. Lakukan aktiviti sukan yang digemari seperti main bola sepak, takraw, badminton, berbasikal, berenang dll.

N tulis apa yang N ingat jer kay dan ada yang N tambah2 skit hehhe.. :D
Selamat membaca..

Wednesday, July 27, 2011

Ana Lulu TV3


Tak dapat nak tengok cerita Ana Lulu malam tadi. sedih.. setelah berminggu2 N miss tengok cerita ni gara2 balik kerja lambat, baru minggu lepas N berkesempatan tengok. Tapi tup tup malam tadi tak dapat tengok walaupun dah balik umah awal.

Lagi bertambah2 sedih bila malam tadi tak dapat tidur dengan lena disebabkan cuaca yang yang panas. Angin kipas ada tetapi badan masih terasa bahang walaupun N bangun mandi kul 2.30 pagi.

Sekarang bahang dah hilang tapi hati masih panas sebab tak tahu nak tengok cerita Ana Lulu yang lepas kat mana.. T.T

** Looking forward to have my own TV and of course remote as well :D

Tuesday, July 26, 2011

Tues pre-loved day

You all suka bundle tak? Oleh kerana N sangat lah teruja dengan baju-baju preloved ataupun bundle so N ada beberapa site preloved yang N nak share ngan you all semua. 

Tapi untuk hari ni satu site jer dulu kay, N ni bukannya shopping review blog, cuma sekadar nak bagi you all teruja dengan baju yang cantik mantik :D

Beautiful Bundle Dress - Dress Kami Blogshop

Blog preloved yang N suka jenguk ialah blogshop Dress Kami. Banyak sangat dress yang cantik2 kat sini. Harga2 baju kat dalam blogshop ni memang berpatutan. Meh kita layan latest preloved blogshop tu >> kebanyakannya semua dah sold out

  

 

 

 

 

Haa.. cantik2 kan, tapi yang cantik semua dah sold out. Anyway, kalau you all nak beli pastikan you all tahu bile derang akan update blog dengan stok baru. kalu tak memang dapat tengok jer la :P