About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Sunday, March 20, 2011

Bertulis dan Bercetak??

Arini isi borang keje.. pastu bila baca part kemahiran menaip dan trengkas, rupa2nye N baru tersedar yang N dah salah baca. kemahiran menaip tu ada 2 kategori iaitu bertulis dan bercetak. so yang semalam tu N wat typing testspeed tu hanya untuk bercetak so yang bertulis cane???? huhu.. N rasa N akan skip la part tuh coz tak relate pun ngan keje yang N apply. Sok nak anta dah borang, Wish me luck ya :)

Saturday, March 19, 2011

Berapa tangkas u oll menaip??

Nak isi borang keje, tapi bila sampai part kebolehan menaip terus jer N macam?? haa.. adei perlu ke? pastu kat sebelah dia kebolehan trengkas. lagi lar N macam haaaaa?? dalam jawatan yang diminta tak cakap pun pasal kene ada kebolehan menaip. so, cane nak wat? N masih buntu. N rasa cukup la N isi bahagian kebolehan menaip memandangkan N pun dah menge'test' kebolehan N untuk menaip :).   Kat bawah ni result yang N dapat, ni pun setelah mencuba banyak kali, rasa nak geget2 jer jarik ni huhu :P.. hehe.. not that good :(

Untuk ketangkasan menaip ni N uji dalam bahasa inggeris dan melayu. terdapat perbandingan untuk kedua2 bahasa coz result untuk setiap bahasa adalah berlainan sama sekali..

Untuk Bahasa Inggeris:

You reached 162 points, so you achieved position 450270 of 1206027 on the ranking list

You type 205 characters per minute
You have 39 correct words and
you have 0 wrong words

39 words

Untuk Bahasa Melayu:


Kamu mencapai 211 markah, jadi kamu berada di posisi 4439 dari 25614 dalam senarai kedudukan

Kamu menaip 252 aksara seminit
you mendapat 39 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah


39 perkataan

Haa.. sapa2 yang nak uji ketangkasan menaip boleh la klik link kat atas yer.

Tuesday, March 15, 2011

Kanak-kanak + Imaginasi

3 minggu lepas N berkunjung ke rumah mak teh untuk menjamu hidangan tengah hari.. Sedang N mencari-cari barang dalam beg, salah seorang anak buah N yang sedang bermain menegur N:

Anak buah: kite orang tengah main fesyen2

Adiknya: .. (menyikat kepala teddy bear)

N: ?? (make-over kot) Ohh ye ker, ingatkan main doktor2 tadi. (mmg cam main doktor2, siap ada patung teddy bear besar terlentang lagik kat depan derang)

Anak buah: .. (Sengih2).. Nanti nak make-up dia (teddy bear)

Adiknya: .. (masih menyikat kepala teddy bear, seolah-olah ada rambut)

N: ?? Urm (masih musykil tengok adiknya sikat kepala teddy bear yang hanya ada bulu yang tak sampai 2 cm pun) .. Tapi teddy bear tu takder rambut? (Saja nak menyakat derang.. kuikui)

Anak buah: ?? (terkesima kejap) hehe.. a'ah dia takder rambut.. hehe

Hahahaaa.. bila N ingat2 balik situasi ni rasa macam kelakar plak walaupun dialog antara kami hanyalah ciput taik kambing  :) .. Seronoknya jadik kanak2.. penuh ngan imaginasi.. Teddy bear yang takder rambut pun leh ada rambut.. 

rasa macam cepat jer masa berlalu.. rasa macam baru jer semalam-semalam N bercakap ngan angin.. (jangan terkejut ya, N pernah bercakap ngan angin masa N kecik2 dulu). alik-alik je N dah besar panjang :P

Saturday, March 12, 2011

Kapas Putih Wedding

Hi.. Oleh kerana sekarang ni N memang tengah buat persiapan perkahwinan so N decide untuk wat lagi satu blog yang berasingan yang mana N memang khaskan untuk Perkahwinan sahaja..

anyway, this is my new born Kapas Putih Wedding Blog :D

Friday, March 11, 2011

Wallpaper

morning morning..

malasnya rasa nak wat keje pagi nih. tapi rasa rajin nak carik wallpaper nge hehe ;P

okay, ingatkan nak carik wallpaper kaler hijau ataupun warna warni, konon2 dapat la cuci mata tiap kali ngadap pc wat keje, tapi tetiba teringat chobits.. anime favourite N, she is so cute and special persocom. ni wallpaper yang N nak wat untuk dekstop N:


haa tengok2, cute kan.. :) suka2

this wallpaper N grab from http://www.animewapers.com. do check this link for other anime wallpaper :D

chobits?? persocom??

hahh.. tau tak apa mendenye tu.. okay2, N rasa ramai yang tak tau apakah itu chobit. chobits ni merupakan salah satu anime buatan Jepun. ceritanya sangat unik dan sangat menarik kerana animasi dan gambaran yang dipaparkan dalam chobits semua pun cantik-cantik dan tidak kaku.

pengenalan: persocom ataupun nama panjangnya personal computer. persocom dibuat dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz. tetapi kebanyakan orang lebih gemarkan bentuk yang berupa seakan2 manusia. yang paling menariknya pasal persocom ni, ianya bley wat apa sahaja yang telah dipogramkan di dalam database termasuklah membuat kerja2 rumah, bekerja ataupun sebagai peneman manusia.. ?? pelikkan tapi benar

tapi apa kaitan ngan chobit plak kan. okay, chobit ni plak merupakan satu persocom yang istimewa dan merupakan satu lagenda iaitu ianye bukan sahaja satu alat elektronik yang bijak tetapi ianya juga mempunyai perasaan dan bertindak mengikut kehendak sendiri tanpa dimasukkan apa2 pogram ke dalam data basenya.

haa.. kalu nak tau citer yang selanjutnya bley la g tengok kat Youtube.. taip jer chobit, ada versi jepun dan english.. but N like the english language version coz tak payah nak terkejar2 nak baca subtitle ;P

Thursday, March 3, 2011

HIV test

haahh!!  setelah sekian lama akhirnya berjaya juga N bersama MR tunang pergi buat HIV test. ngan schedule keje kami yang full memang susah tul, kalu N free pun MR tunang xfree, kalu MR tunang free N plak xfree..

dengan tambah beban checklist wedding lagi nak kene pikir huhu.. rasa macam nak bawa keluar otak jap n pastu nak relak jer.. tak mau pikir apa2.. tapi boleh ker, tolonglah lempang dan sedarkan N dari imaginasi  ini.. :P

okay2, memandangkan tempoh hari kami penin pala pikir pasal HIV test MR tunang cadangkan ari Khamis (arini) wat HIV test kat Shah Alam jer memandangkan N pun dah start cuti n dia pun xder kelas.

N iyerkan aje walaupun N rasa macam tak nak.. dah nama pun cuti so tak nak la kuar coz bnyak lagi keje nak buat.. tapi >>

N senyap2 call Klinik KJ dan tanya pasal HIV test.. ngehehe.. boleh nampak kan macam mana perangai N yang kurang sabar ini.. nak tunggu ari kamis memang la berjanggut lamanya N rasa. "D hehe bley tumbuh janggut ker..

Perbualan antara N dan klinik

N: HIV test bla bla
reception: tit tit tit (sambungan ke HIV department)
N: Macam mana nak buat HIV test
Sarina: kene bagi nama dulu dan HIV test dari pukul 2-4pm daerah petaling.
N: urm daerah petaling?? daerah petaling tu macam mana.
Sarina: Daerah petaling tu macam dekat petaling jaya, Shah alam, Subang..
N: Ohh kirenya semua kawasan daerah petaling kul 2 - 4 la yer?? (kalu wat kat Shah alam tak ker susah coz MR tunang nak wat awal pagi)
Sarina: a'ah.
N: kalu macam tu sempat lagi la kalu nak pergi ni. (baru pukul 3.45pm, xpaham kenapa musti ada sesi dari jam brape ke jam brape)
Sarina: tak boleh. kene bagi nama untuk apoinment coz untuk HIV test arini dah tutup. kami pun ambil permohonan yang terhad saja.
N: ohh, kalu macam tu berapa orang satu hari?
Sarina: 40 orang
N: (urm ramai gak..) selalunya penuh ker?
Sarina: selalunya tak penuh pun tapi kene bagi nama awal, satu hari sebelum nak datang.
N: (??) ohh okay, kalu macam tu nanti saya bagi nama pagi la sebelum saya nak pergi, boleh kan.. (dia dah cakap satu ari sebelum tapi N memang tak paham bahasa.. tsk tsk apa la N ni)
Sarina: boleh2.. (N rasa sarina ni pun tak larat nak layan N dah huhu cian dia)
N: okay, kalu macam tu dengan siapa saya bercakap?
Sarina: Sarina.
N: okay, terima kasih sarina, bye..

Keesokan harinya (hari selasa)
cadangnya nak pergi IKEA g cari gift untuk wedding tapi Receptionist yang duk sebelah N tak balik makan lagik, almaklumlah mana leh tinggalkan front ofice tu kosong tanpa orang.. last2

MR tunang cancel + N nak pergi = tak dapat pegi + tak syok :(

dah tak dapat pegi IKEA so ingat nak g HIV test, konon2 gamble jer cal tapi katanya permohonan untuk aritu da tutup :(.. padan muka N tak bernasib baik plus gatal, dah pukui 1 lebih mmg ar takder sapa nak layan.. da kata start sesi kul 2..

call lagi pukul 4.. 4 lebih.. 4 lebih lebih :P.. tak dapat.. terpaksa la bagi nama sok pagi untuk sesi sok.. walaupun rasa confident semalam coz permohonan selalunya tak penuh tapi N still risau.. huhu..

Semalam
pagi bagi nama kat Klinik n petang tu kul 3 baru sampai klinik. memandangkan N risau coz kelas MR tunang habis lewat N siap cal tanya samada bley tak nak datang kul 3.. pastu klinik cakap boleh tapi jgn lewat sangat.. nasib baik tak kene marah coz Sarina dah cakap kul 2 kene datang :P.. N bukan tak reti bahasa tapi MR tunang yang bersalah coz dia punca kami lambat.. huhhh

okay,ini prosedure untuk Poliklinik KJ bersebelahan dengan bangunan Kastam:

1. pergi kaunter pendaftaran amik no dan borang. siap cek nama lagi, so kalu u oll nak datang kene lah bagi nama siap2 kay. tolong bawa pen untuk isi borang, kalu tak jenuh ar nak tunggu pasangan habiskan isi borang dia dulu..

2. isi borang dan tunggu giliran anda

3. buat bayaran rm1 di kaunter dan borang yang telah diisi tadi perlu dihantar ke bahagian kaunter lab ambil darah dan tunggu nama dipanggil.

4. setelah nama dipanggil, tangan perlu dihulurkan dan darah akan diambil menggunakan satu picagari yang besar bersama jarum yang besar, darah yang diambil adalah sepenuh satu picagari yang besar tuh.. ??? 

erkk u oll, jangan pengsan dulu yer, N gurau2 jer hehe.. takder la sampai satu picagari, derang guna satu batang alat yang berbentuk pen dan letak atas jari tengah jer.. then, turp.. perghh mmg menusuk ar, tak tau dalam mana tapi agak sengal jugak la jari N yang comel ni.. (hehe, perasan) haa tapi part ni tak tipu kay, even ngah type ni pun still terasa lagi walaupun dah tak sakit.

5. pastu last sekali N diminta untuk duduk dan tunggu keputusan.. wahwah.. bosan giler menunggu ada la dalam satu jam.. then, nama N pun dipanggil..

N tgk kertas pengesahan tapi tak der result pun.. haa?? MR tunang?? orang lain?? siap tanya lagi kat orang tu.. pastu derang cakap macam tu jer la, mmg tak kasi coz result PnC.. urmm 

berjalan kuar dari klinik sambil kami tertanya2.. apa keputusannya??.. kami mmg tak paham.. macam2 pikir, mungkin keputusan dihantar ke rumah kot memandangkan dalam borang pengesahan tu kami kene sertakan alamat.

arini, baru sekejap tadi 
N cal Sarina dan tanya keputusan HIV test kami semalam.. katanya kalu kami dah dapat surat pengesahan tu maksudnya keputusan kami negative. kalu positive memang semalam lagi kami dipanggil untuk consultation..

Kesimpulannya result negative (-) :D..

seronok rasa, satu beban dah hilang.. so, tinggal Borang nikah jer tak isi lagi.. N tak suka betul isi borang2 nih.. huhu sesiapa tolong lah volunteer kan diri anda ''D (sambil senyum tersengih2)

Tuesday, March 1, 2011

Tersenarai dalam bloglist Anastasyea

wow.. percaya ataupun tidak blog N telah tersenarai dalam bloglist anastasyea bulan march 2011..

tak sangka plak N.. tapi yang pastinya N seronok :D (sambil senyum sampai ke telinga).

so sesaper yang rasa nak turut serta, silalah ke blog cik anas coz penyertaan masih dibuka..