About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Handmade rubber stamp

Harini dah hari yang ke - 20 N berjurnal. Alhamdullillah N masih keep track dan berharap cukup bulan, jurnal untuk bulan october 2015 ni lengkap terisi :D

Well, kat sini N nak share beberapa design stamping yang N guna pakai dalam daily journal bulan October ni. Seronok sangat tengok dalam youtube otai-otai scrapbooker guna acrylic stamping. Memandangkan N tak tahu mana nak cari, jadi N search la DIY stamp.

Ni beberapa design yang N buat sendiri guna pemadam :D. Hasilnya memang sangat puas hati..

1. Mushy love
2. Double arc

Handmade rubber stamp

2. Double arc

Handmade rubber stamp

3. Arrow

Handmade rubber stamp

4. Hard love

Handmade rubber stamp

Beberapa hari lepas buat stamp sendiri, N terjumpa acrylic stamp dekat kedai buku popular dan N grab satu set.

Statement stamp type : Enjoy every moment here and now

Scrapbook rubber stamp

Statement stamp type : Life too short to wait

Scrapbook rubber stamp

Design stamp type : Flowers and butterfly

Scrapbook rubber stamp

Wednesday, December 17, 2014

Baby Asy pillow case hand-sew

Weekends baru-baru ni N bertandang ke rumah mama. Dah dekat sebulan lebih sejak N naikkan katil kat bilik rumah mama, memang N tak mentido malam kat sana. Tapi disebabkan oleh mertua yang balik kampung dan N tak ikut jadi N dan Baby Asy pun balik rumah mama. 

Niat bila ada kat rumah mama, naklah jahit sarung bantal untuk Baby Asy. Tapi bila cuba jahit je benang asyik terlangkah-langkah, takmo nya melekat dengan benang bawah... Haishhh.. Bila ditanya, mama kata memang nak kena baiki mesin jahit tu.. Aloloooo.. Time rajin la mesin tu boleh sakit. Tapi kalau ikut umur, banyak juga jasa mesin jahit tu.

Jadi N paksa diri untuk jahit tangan. Sarung bantal ni N gunakan 5 helai kain perca. Sebab tulah sarung bantal ni nampak bercantum-cantum. Kita guna je apa yang ada, takmo membazir kekdahnya. Beli pun takmo sebab kena keluar duit. hehe.. Bukan kedekut, tapi nak amalkan pembelanjaan yang jimat. Kena la jimat cermat sebab next year dah ada GST..

Taraa... Bahagian hadapan bantal daripada dua helai kain perca

Baby Asy pillow case hand-sew

Bahagian belakang dari dua helai setengah kain perca..

Baby Asy pillow case hand-sew

Siap ada XXX lagi.. Saja nak bagi sedikit deco kat bantal ni. Jangan dikutilnya XXX ni sudah..

Baby Asy pillow case hand-sew

Bucu bantal yang bakal digentel dan diletakkan di hidung oleh Baby Asy.. heheh

Baby Asy pillow case hand-sew

Bantal ni tak guna lagi sebab kena basuh dulu. Hasilnya sangat memuaskan hati sebab ngam-ngam masuk bantal. Sarung bantal yang sebelum ni N buat guna cadar yang dah terkoyak agak tak memuaskan sebab agak longgar. Baby Asy pegang je bucu, bantalnya terus melurut keluar.. huhu

Nak carik lagi kain perca kat rumah untuk buat sarung bantal :D

Saturday, July 5, 2014

Buang kulit satu kotak epal dengan cepat

Perlukan tenaga kerja untuk buang kulit buah epal yang banyak.. Satu kotak buah epal pun perlukan beberapa orang untuk siapkan. Tapi kalau guna cara ni, gerenti tak payah nak minta tolong orang lain.. Tengok sampai habis :D.. sangat menarik okay sampai ternganga N bila tengok first time.. huhu


Peel an apple with power drill in few seconds.. Amazing.. Good idea hahhh!!

Wednesday, July 2, 2014

The coolest way to separate egg yolk

Sekarang ni Bulan Ramadhan, ramai betul orang yang buat kuih raya. Kadang-kadang tu terkejar-kejar nak siapkan kuih sebab banyak betul step remeh temeh kena buat. Kat bawah ni N ada tip untuk asingkan telur kuning dengan mudah. Sangat sesuai untuk kuantiti yang banyak, selain jimatkan masa cara ni juga kelihatan lebih bersih dan tak perlu kotorkan tangan. Check this out..


The coolest way to separate egg yolk using drinking bottle

Benefit : Can be ready in a short time and more hygiene :D

Other DIY

Saturday, May 31, 2014

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY

Hari-hari cuti ni jom kita buat satu aktiviti yang sihat. Boleh buat sendiri kat rumah dengan menggunakan barang-barang terbuang. Jimat duit poket :D

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY ni dapat menghindarkan diri kita dan keluarga yang disayangi dari pelbagai jenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dalam masa yang sama boleh merapatkan silaturrahim. Bila dah siap mesti masing-masing tak sabar nak tengok keberkesanan projek ni..

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY
Eco-Friendly mosquito trap source

Arahan mudah melalui gambar:

1. Potong bahagian atas botol (suku).
2. Masukkan 200ml air suam dan larutkan 50g gula di dalamnya.
3. Bila air dah sejuk masukkan yeast roti 1/2 tsp (1g).
4. Terbalikkan bahagian atas botol yang telah dipotong ke dalam botol bahagian bawah yang berisi air tadi.
5. Balut botol tersebut dengan surat khabar atau plastik gelap.
6. Letak di tempat gelap atau di satu sudut.

Jadi bila kita dah guna perangkap nyamuk mesra alam DIY ni penggunaan spray atau ubat nyamuk boleh dikurangkan. Botol tu letak je kat ceruk-ceruk gelap sebab nyamuk ni tak suka cerah-cerah, kalau cerah nanti kantoi dan dapat pelempang.. huhu

Saturday, May 25, 2013

Birthday Gift untuk budak-budak

Pencil case for birthday gifts from Hinode RM5 shop

Last Saturday N attend birtday party budak yang mak mertua jaga. Ada dua beradik disambut sekali. Masa Mak bagitau hari sebelum tu N tak dengar. So pada hari kejadian kelam kabut lah N g carik hadiah. Takkan la nak pergi tangan kosong kan.

So, sebelum amik husband kat tempat kerja dia so N, anak dan adik ipar merangkap stroller bergerak anak pergi la ke Carrefour Aeon. Ingat nak beli set alat tulis yang N rasa memang sesuai untuk budak2. Harga RM5 jer setiap set. Dulu ada juga datang beli untuk anak buah, sebab tu la target bende yang sama jer.

Sekali masa dah sampai set tu dah takder. Rasanya masa N beli tu waktu derang nak buat clearance. Sebab tu la murah dan ramai yang beli. 

Bengang pula rasa bila tak dengar makmertua ada cakap pasal birthday party tu sebab kalau tau sehari awal boleh la N pergi beli hadiah derang kat Kaison Paradigm. Macam-macam ada dan semua pun comel-comel dengan harga yang sangat berpatutan.

Tapi bila dah last minute ni.. Aduhh.. penin dah N tak tau nak beli apa. Tengok barang2 lain memang nampak menarik tapi agak mahal pula memandangkan N pun tengah berbudget. 

So, tanpa buang masa N singgah la Hinode Shop yang ada kat sana. Memang besh dan macam2 boleh amik tapi yang tak beshnya ada barang yang lebih dari RM5.

Kata terkenal dengan satu barang RM5, ala-ala macam Daiso lah. Tapi bila tengok tag harga cecah sampai belas-belas. Huhu.. Last-last N amik dua oblong pouch or pencil case comel untuk birthday girl and boy.

Cute monkey brown pouch for handsome birthday boy and another cute bunny pink pouch for sweet birthday girl.

Berapa banyak yang N habiskan untuk kedua-dua hadiah ni:

Monkey pouch = RM5
Bunny pouch = RM5
Couple key chain = RM5
Wrapper = RM1.20
Total = RM16.20

N beli couple key chain untuk letak kat zip pouch tu. Wrapper pula beli sekeping dan potong dua. Pouch tu pun kecik jaa. Lebihan wrapper buat birthday card tempek kat pouch yang dah dibalut.

Wednesday, April 20, 2011

Wallpaper Scrapbook

Haii.. look at this screenshoot.. N scrapbook for PC wallpaper.