About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label MERDEKA. Show all posts
Showing posts with label MERDEKA. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Berita merdeka frame photoshot

Alolo... Masa Merdeka yang lepas.. huhu cerita dah lapuk, baru terperasan terduduk dalam draft.

Merdeka N tak pergi mana pun dan bangun siang pun lambat sampai tak sempat nak tengok permulaan perbarisan dalam TV. Tapi kami sempat berjalan pergi SACC Mall. Dan yang pastinya setiap mall dalam Malaysia ni kalau takder signature sesuatu event tu memang tak sah.. Jadi masa kami pergi SACC Mall, derang ada letak frame besar Berita Merdeka

Berita merdeka frame photoshot

Baby Asy posing depan frame.

Berita merdeka frame photoshot

Baby Asy dan juga Maktok..

Berita merdeka frame photoshot

Dan tak lupa tuan tanah yang sentiasa bersemangat Merdeka tak mahu ketinggalan :D

.. Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia..

N harap kita semua akan sentiasa kekal aman dan makmur :D

Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka yang ke 57

Haii you all.. Di kesempatan ni N nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia..


N sangat berbangga jadi anak Malaysia. Malaysia sangatlah aman dan damai.. Bersyukur sangat kerana N dilahirkan di Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Semuanya dapat hidup dengan harmoni dan menerapkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain :D

N sayang Malaysia dan you all pun patut sayang Malaysia juga kerana:

Malaysia Merdeka daripada cengkaman kuku besi penjajah-penjajah terdahulu..

Malaysia Merdeka daripada peperangan yang mana masih berlaku sekarang di Negara lain hingga menggadaikan banyak nyawa dan memusnahkan keseluruhan bandar, negeri atau negara.. Tetapi Malaysia tak lupa pada mereka yang mengalami bencana tersebut dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Baik sungguh Malaysia, N sangat bangga.

Malaysia masih selamat daripada bencana alam seperti ombak yang melampau hingga meragut beribu-ribu nyawa dan memusnahkan pembangunan.  Tetapi Malaysia tak lupa pada mereka yang mengalami bencana tersebut dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Baik sungguh Malaysia, N sangat bangga.

Malaysia masih selamat daripada bencana alam seperti letusan dan limpahan gunung berapi yang memusnahkan harta benda.

Malaysia masih selamat dari bencana alam seperti puting beliung yang melampau hingga menerbangkan semua yang ada disekelilingnya termasuklah manusia, kenderaan dan juga perumahan.

Malaysia masih dapat bertahan sehingga sekarang walaupun telah menerima banyak dugaan oleh anasir-anasir luar yang sama sekali tidak senang dengan Malaysia. Malaysia kini sangat popular di mata dunia. Ada yang pandang serong dan melontarkan pelbagai fitnah semata-mata nak jatuhkan Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama masih ada juga yang menghulurkan bantuan kerana yakin dengan Malaysia.. Kalau orang luar boleh yakin dengan Malaysia, kita sebagai rakyat yang mendiami Bumi Malaysia apatah lagi, ayuh bangkit dengan yakin dan berbanggalah kerana jadi anak Malaysia.

Malaysia, Malaysia, Malaysia..

Malaysia boleh!!!!!!

N sangat bersyukur dan sentiasa berdoa supaya Malaysia akan kekal kesejahteraan hingga akhir zaman. :D