About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, August 30, 2013

Susu Tepung..

Lagi baik dari susu pekat manis..

Sebabnya susu pekat manis mengandungi banyak kandungan gula yang mana tak elok untuk pesakit diabetes dan menggalakkan obesiti.
Sila klik sini kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan susu pekat manis.


Tapi macam mana pula dengan susu tepung VS susu cair/ kotak??

Masa blogwalking N jumpa satu blog ni cerita pasal kebaikan guna susu cair kotak berbanding susu tepung. So saper nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik sini yer..

Thursday, August 29, 2013

Restoran Kolam Pancing S24, SA

Kelmarin N dinner kat Restoran Kolam Pancing Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

Ini kali kedua N makan kat sana. N tak gemar sebenarnya sebab masa first time makan N tak puas hati dengan makanan kat situ.

Tapi oleh kerana Encik asben selalu lepaking kat kolam tu so dia kata hanya ada certain menu yang sedap.

Asben suggest Nasi goreng cendawan, so N pun order la. Dan tak lupa Tauhu bakar. Sebelum ni datang n tengok dalam gambar macam sedap.

So dalam hati mmg dah cadang kalau next time datang nak order tauhu bakar.

kolam pancing seksyen 24

Asben pula order lai chee kang dan kerang rebus.

Overall makanan yang N dapat mmg sedap. Tauhu bakar sedap, nasi goreng cendawan pun sama..

shah alam Selangor makan makan

Tuesday, August 27, 2013

CIBO Restaurant Kelana Jaya

Today I went to CIBO Restaurant Kelana Jaya for lunch, situated on the same shoplot row with Bank Islam and in front of Maybank.


We are lucky enough to get special parking in front of the restaurant.


Mine is the hot one :D

Peach Tea RM5.90 (Free)

We took combo dishes plus free drinks.


CIBO fried rice + plain soup + hot peach tea = RM9.80
nasi goreng ni sedap, marveles

Roasted chicken fried rice + plain soup + ice lemon tea = RM9.80
yang ini tak dapat rasa sebab jauh sangat platenya

BBQ chicken with rice + plain soup + hot peach tea = RM10.90
N order yang ini, sedap dan puas hati :D

All price include 10% service charge


Fried meehoon = RM 9.80
agak manis sikit, terlebih gula agaknya

Kuew Teow Ladna = RM 9.80
tawar dan kena makan dengan cili jeruk untuk tambah rasa

All price include 10% service charge

My evaluation on CIBO restaurant:

Food : Excellent (mine yummy)
Price : Excellent and economic (because of free drinks)
Environment : Comfortable (kerusi berspan, comfy)
Service : Good
Tableware : Flatware okay tapi plate dia sumbing sampaikan tergigit serpihan sumbing tu.. huhu

Our first day of raya scrappy

N masih dalam keadaan mood raya.. So here is our first day or raya scrap..

Scrapping using shabby princes template

Picture of N n Asyraf inside the car and we are on our way to Gombak..

As usual pictures alway being taken inside the car.

Sebabnya samsung galaxy young yang N guna sekarang ni takder built in flash.

So bila guna indoor gambar tak cantik dan gelap. Noise banyak sangat dan gambar kabur.

Rasa macam rindu kat HP sony C905 N yang lama tu. huhu

Tapi kalau switch back, tak bley nak connect wifi pula :( 

Monday, August 26, 2013

Favourite bread ever!!


This is my favourite bread.. Suppose N wanna eat something else yesterday

But change my mind and buy this soft and nyum nyumm bread

As usual Gardenia Roti Jagung (or chocolate) and Gardenia Twiggies Chocolate.

Asy and husband also like this bread..

Nyum nyum..

Thursday, August 22, 2013

My Breakfast..

Heyy all.. Bila dah habis Ramadhan ni mesti tak tahu nak makan apa sebab dah biasa tak makan di siang hari.

N start kerja hari Selasa 14 august 2013. Dan sure takder orang yang nak jual nasi lemak. Semua peniaga pun masih lagi bercuti.

So for the first and second day bekerja memang macam puasa je.

Then the next day pergi Giant beli Corn Flakes. So bila dah ada corn flake tak perlu lagi nak menggagau carik breakfast di pagi hari plus bley jimat and diet. Stock sekotak leh tahan seminggu ke dua minggu. Banyak leh jimat tu $$$

scrapbook template from shabby princess

Dah lama nak mula balik scrapbooking. Tapi takder masa.

So, bila dah ada masa inilah hasilnya.. Bese-bese jer. Masih nak belajar susun-susun.

Itupun guna photo editor Photoscape je. Nak guna photoshop tak reti lah pula.

Kat atas ialah scrapbook yang kedua. Yang pertama N scrapbook pic anak dengan menggunakan template yang sama. Anyway, esok N akan upload.

Akhirnya tercapai juga nak buat scrapbook ala-ala design yang crowded macam kat atas.

Selalu kalau edit gambar musti nampak banyak kosong and tak banyak benda. Konon nampak clean and clear lah katakan.

So kali ni memang N penuhkan segala ruang yang ada.. Selalu tengok orang lain buat nampak cam cantik je.

Thursday, August 15, 2013

50 cent bullet train ride


Babies is so naif and innocent..

Mempunyai hati yang suci lagi bersih

Why??

Because if you give them RM1 juta tak tentu lagi diaorang akan tersenyum lebar dan gembira..

But if u put them inside the bullet train / car / aeroplane and etc which cost you only RM0.50..

Cheap and affordable right??

Here you go.. their eyes will dazzling, happy and joy.

And most important, their priceless smile..

There are not thinking about money but they just need attention and care from people surrounding.

It is worth to let them know that we love them so much and appreciate by giving them some threats.

Asyraf love the ride so much and enjoy till the machine stop. 

And N also enjoy capture and video him on the ride..

It will be a priceless moment to share when he grow up..

Wednesday, August 14, 2013

Satu hari di hari raya

Yee haaa... Pekabor semua. Dah puas makan ketupat lemang you all??

N sebenarnya masih tak puas lagi nak beraya makan ketupat lemang

Dan suka or tak hari ni N dah start bekerja. 

Oleh kerana ramai yang masih bercuti dan kebanyakan kerja dah disiapkan sebelum raya so N ada banyak masa untuk bersenang lenang.

Okay tanpa buang masa N nak imbau kembali hari pertama raya..


Raya kali ni warna pilihan encik husband warna ungu sebab husband dan N dah ada baju ungu.. (baju nikah)

So untuk budak kecik sorang tu N shopping baju melayu dia kat PKNS.

Kalau raya tahun lepas baju melayu biru dia N beli kat booth luar SACC, around rm40 something.

Tapi kali ni kat dalam PKNS rege RM50.00..

Dah macam baju orang besar okay tapi bayar pejam mata je sebab tgk kualiti kain dia pun ok.

Dan N sememangnya seronok mencuci mata tapi lagi seronok kalau dapat beli.

Banyak betul design yang berkenan di hati tapi N bawa bersabar je la.

Lagi pula time N pergi tu dalam pukul 9 stgh penjual pun pakat borong barang masing2..

Bikin hati N tak keruan.. huhu.. bila dah sampai rumah rasa menyesal pula tak beli

Ada yang siap let go baju kurung cotton lembut 2 pasang RM50 jer dan ada juga jual kain sembahyang 3 pasang RM100 jer.. Huhuhu

Tapi apa-apa pun kena abaikan semua tu. Tak payah nak penuhkan almari baju dah..


So keesokan hari (hari raya pertama) Husband and pak mertua g semayang raya. me, asyraf and mak mertua kat rumah siap-siap.

Sebelum beraya rumah mama we all bersalam-salaman dulu kat rumah.

Sampai rumah mama aktiviti bermula .. tangkap gambar, makan-makan, salam-salam dan terus pergi rumah kedua kat shah alam juga then baru we head to Sabak Bernam kampung Pak mertua.

Memang hari yang memenatkan sebab perjalanan yang jauh mengambil masa selama tiga jam.

Sempat beraya empat buah rumah jer. Mak mertua cakap kalau ada banyak masa, banyak rumah dapat pergi.

N tak pernah ada kampung, so bila pergi sana dapat la merasa kemeriahannya.

Orang kampung ni untung, tanah bukan main besar, rumah pun besar..

Tapi sayangnya bilik air kat luar.. huhu

Mak mertua cakap derang bukan takder duit. Duit berkepuk-kepuk tapi  mungkin dah terbiasa dengan keadaan macam tu, so tak der rasa nak buat renovation.

Dua buah rumah kampung yang N pergi memang penuh ngan sanak saudara dan memang terserlah ketidakselesaan di mata N.

Memang tak dinafikan yang cuaca pada hari raya memang panas terik.. rumah pula penuh ngan saudara mara.. dan bilik air ada satu jer dan berada di luar rumah

Nasib baik balik hari.. Fiuhh

Next rumah ialah bestfriend mak mertua. Agak selesa sebab makcik tu usahakan homestay. Setiap anak ada bilik masing2..

Dah beraya sakan we all gerak balik.. sampai rumah malam and terus tidooo..

Hari yang sangat hectic

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri

Ohh ohh balik kampung.. 3x

Hati girang...

Di hari yang mulia ini N nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dan ingin memohon kemaafan kiranya ada tersalah dan tersilap bahasa.

Selamat Hari Raya

Puasa dah berakhir. Hati terasa sedikit sayu..

Tapi pada hari yang mulia ni tak usahlah kita bersedih, kita sepatutnya berbangga yang kita telah berjaya menempuh dan berjuang selama sebulan.

Oleh itu marilah kita meraikan kemenangan kita hari ini.. 

Yeahhhh!!! Dah semayang raya.. Mari kita enjoyyy!!!!

Serang ketupat.. serang lemangg...... Makan sampai kembung..

Wednesday, August 7, 2013

Maria Elena

Semalam N citer pasal Nadia Syamila. Dan mengingatkan N pada Maria Elena.

Kenal tak?? Haa kalau tak kenal cuba la type Maria Elena dalam youtube.

N memang suka tengok video-video Maria Elena ni. Sangat bersahaja dan sempoi.

Persamaan antara video Maria Elena dan juga Nadia Syamila ialah mereka menggunakan Bahasa Inggeris.


Perbezaannya pula:

Nadia Syamila : Video berbentuk motivasi dan dakwah

Maria Elena : Lebih sempoi, bersahaja dan pelbagai jenis topik. Banyak lakonan yang ditonjolkan dalam video.

Maria Elena ni ada blog dan nama blog pun pelik macam orangnya.. peliks.blogspot.com

Persiapan Hari Raya

Untuk last day puasa ni jom kita cek persiapan hari raya..


Perkara-perkara penting  yang perlu diambil kira sebelum sambutan hari raya:

Tiket @ service kereta: 

Sesiapa yang balik kampung beraya pastikan tiket dah beli awal-awal dan dilipat kemas dalam beg duit. Kenapa nak kena simpan dalam beg duit. Haaa penting ni sebab kalau simpan kat tempat lain takut terlupa dan tak jumpa. Dan bila tak jumpa tak dapatlah balik kampung huhuhuuu..

Kalau balik kampung naik kenderaan sendiri pula kena pastikan kenderaan tersebut di servis dahulu untuk mengelakkan perkara yang tak dingini terjadi. Dan lagi satu pastikan minyak diisi penuh dan ada tayar spare dalam but untuk digunakan semasa kecemasan. Kebanyakan workshop akan tutup pada hari raya so kena pastikan dalam but pun ada peralatan untuk tukar tayar dan manual tukar tayar. :D

Home Deco @ Security

Untuk home deco ianya boleh dilakukan seawal seminggu sebelum raya. Jangan buat last minute sebab nanti kelam kabut. Kalau boleh bila dah nak raya tu boleh lah ke masjid untuk tunaikan tarawih takpun buat kuih raya.

Sesiapa yang balik kampung tak perlu buat home deco tapi apa yang perlu ditekankan ialah home security. Nak kena upah pak guard ke..?? Haa tak payah la sampai upah pak guard. Kalau boleh sebelum nak pulang ke kampung pastikan jiran-jiran tetangga tahu yang kita nak balik kampung. Dan bila keluar dari rumah pastikan semua tingkap, pintu dan pagar ditutup rapi dan dikunci. Pastikan juga tiada peralatan  berharga di luar rumah yang mana boleh mengundang perhatian pencuri.. 

Duit Raya

Kalau boleh sebelum raya tu simpan la duit kecik-kecik untuk diletakkan dalam sampul raya. Sebab kalau nak tukar last minute kat bank sure nya bank pun tak der duit kecik nak bagi tukar. Dan untuk mengelakkan keluar duit yang banyak untuk duit raya amalkan la bila dapat paket raya, terus jer letak duit yang ada dalam sampul. So pada hari raya takder la rasa beban sangat. Kalau nak keluar sedebuk kan macam banyak je.

Kuih Raya

Kuih raya boleh buat masa malam raya especially lepas balik dari tarawih takpun masa siang hari, hari minggu. Tapi kalau malas bolehlah tempah awal-awal takpun beli last minute. Selalunya kalau bernasib baik tukang jual akan offer harga kuih yang sangat super murah sebab derang nak habiskan stok yang ada.

Baju Raya

Baju raya memang sangat penting.. Kalau boleh jangan tempah sebulan awal sebab ada tukang jahit yang dah tak terima. So jalan selamat ialah hantar baju raya pada waktu bukan musim raya. Maksudnya awal 7 or 8 bulan ker kan. Takpun kalau malas sangat nak pikir malam raya tu pergi la pekan ke bandar ke untuk beli yang sudah siap. Kalau kat lembah Klang ni tempat yang famous adalah PKNS, Shah Alam dan juga Jalan Tar, KL. Malam raya memang sangat meriah dan sangat-sangat sesak.

Bill @ Loan or Finance

Last and most important ialah finance. Pastikan anda budget persiapan raya dan juga keperluan semasa dan sesudah raya. Tak boleh joli sakan sampai tak ingat dunia. Jangan lupa sewa rumah, bill elektrik air, pinjaman, kad kredit, perbelanjaan selepas raya dan lain-lain.

Tuesday, August 6, 2013

Morning inspiration..

Ramadhan. Day 28

Morning y' all. N baru jer tengok video yang dibuat oleh Nadia Syamila dekat youtube.

Actually i had no attention at all to watch her video. I dont know her and no one recommend her video.

It jus a random view and just for fun. But guest wat??

Its really fun, enjoy and inspired me a lot.. and not only me because there are lots of comment encouraging her to do more video.



Well, if you are interested to watch her video just click here okay..

Monday, August 5, 2013

malaysiaku.com

Ramadhan - day 27

Alooo.. macam tak percaya jer dah berpuasa selama 27 hari. Ada lagi tiga hari je nak raya.

Anyway, harini N nak share satu website yang menarik. Dalam website ni N jumpa banyak jenis doa.

Sebenarnya N google ''doa keluar dari kemiskinan''.

Tup-tup termasuk pula website malaysiaku.com ni.


Dalam website ni ada banyak jenis doa untuk diamalkan sehari-hari.

Dan part paling best siap boley play banyak kali untuk dengar ayat bacaan tersebut :D

Thursday, August 1, 2013

I love reading comments

Memang dah jadi tabiat setiap kali dengar lagu kat Youtube mesti nak schroll sampai bawah.

Sebelum dengar lagu lain baca dulu komen-komen tentang lagu tu.

Dan lagi bersemangat kalau lagu tu lagu favourite. Ada pernah satu masa N siap buka page komen yang sebelumnya lagi sebab nak tahu cerita.

Kalau video tu berkenaan dengan aksi-aksi comel banyak la komen yang berbentuk puji-pujian.

Kalau video tu berkenaan dengan keagamaan ada yang komen positif dan juga negatif. Masing-masing nak keluarkan pendapat sampaikan ruang komen tu dah jadi satu tempat untuk berdebat.

Video lagu pun tak kurang hebatnya. Lagi-lagi kalau lagu cinta. Ramailah orang komen macam-macam. Ada yang meluahkan perasaan

Dan N memang suka baca sebab kadang-kadang tu secara tak sengaja N akan terserempak dengan ayat-ayat yang best yang jarang kita dengar dan ianya memang masuk akal.

Contohnya macam kat bawah ni:

Bahagian komen pembaca

Komen ditulis oleh Muzzafar Selamat.. Ayatnya berbunyi:

...luka itu pedih, kecewa itu pahit tapi kenangan itu tetap mengusik hati...

Daripada ayat di atas memang tak dinafikan kebenarannya.

Sebenarnya ini baru sikit. Kalau rajin jenguk komen yang lain boleh dapat ayat yang lagi superb power dari ni :D

Bagi N tempat-tempat macam ni memang boleh digunakan untuk cari ilham di kala kekeringan idea dan untuk mengisi kebosanan.