About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Patmos Steak Cafe KLANG

Minggu lepas asben bawa N dan anak makan kat Patmos Steak Cafe. Cafe ni terletak di Klang. Dah lama rasanya tak jamah makanan Western. :D

Patmos Steak Cafe KLANG

Masa kami datang memang dah sedang elok. Nak kata sikit tak juga dan nak kata crowded pun tak juga. Boleh kata kami ni boleh buat pilihan lah nak duduk meja yang mana satu.

Patmos Steak Cafe KLANG

The menu.. Menu dia best sebab tak banyak dan tak sikit. Okaylah semua ada, tinggal nak pilih aje :D

Patmos Steak Cafe KLANG

Malam tu Asyraf order makan favourite dia, Fries dan juga air tembikai. Asben memang sedari hari sebelum tu mengidam nak makan steak. So dia order Rib Eye Stick set dan sky juice. N order Golden Mushroom Chicken Chop and milo ice.

Patmos Steak Cafe KLANG

Kat situ ada juga derang letak otak-otak, asben amik satu nak rasa.

Patmos Steak Cafe KLANG

Asyraf punya order :D

Patmos Steak Cafe KLANG

N punya.. nom nommm

Patmos Steak Cafe KLANG

Asben punya steak siap ada baked bean, mash potato, coselaw and burn bread :D

Overall food dia okaylah expecially asyraf punya fries sebab portion dia memang banyak sampai ayah dia kena habiskan.. hehe Asben punya steak pun okay kot sebab asben tak complain apa apa.. Tapi N punya chicken chop so so lah sebab bread crumb dan skin dia tebal dan isi conet. But no complain with that kind of price. Kalau nak menepati selera silalah pergi ke secret recipe dan order chicken cordon bleu.. Yang itu memang marveles dan puas hati tapi pulus kena tambah sikit la :D

Environment kat sini menyenangkan sebab jarak antara meja tak terlalu rapat. So rasa lebih privacy. Kawasan persekitaran pun tak kotor dan menyakitkan mata. Kira okay la..

Kemudahan parking memang senang. Parking betul betul depan restoran. Mungkin kami pun sampai awal, masih ramai yang tak keluar lagi untuk dinner.


Patmos Steak Cafe KLANG

Muka puas hati dapat makan fries.. Suka ngat dia

Total damage RM39.50

Fries RM4.90
Golden Mushroom Chicken Chop RM8.90
Rib Eye Steak RM19.90
Milo ice RM2.30
Watermelon Juice RM3.50

Saturday, September 3, 2016

Birthday party..

Semalam macam biasa, ada birthday party kat tempat kerja. Ni untuk birthday boys and girls dari bulan may sampai august tahun 2016. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Jamuan bermula awal seperti yang dirancang. Kali ni majlis meriah sikit dengan kehadiran bos yang menyampaikan hadiah. Food pun sedap sedap. Semuanya dimasak dengan penuh kasih sayang oleh chef chef yang terlibat.

Syukur dengan rezeki depan mata, semoga company dilimpahi dan dimurahkan rezeki supaya ianya dapat dikongsi dengan semua orang..

Terima kasih bos sebab sentiasa menganjurkan birthday party dan juga terima kasih chef makanan semua marveles. Sedap ngat sampai tak larat nak bangun ngemas.. huhu

Food of the day - beef lasagna, roast lamb, cheese wedges, roti arab kuah kari, sandwiches, chocolate cake, choux paste and fruits... yum yum

Wednesday, July 20, 2016

Salads craving..

Lepas raya ni syukur sangat sebab selera untuk makan nasi dah ada. Macam automatik je taste bud ni. Habis puasa kembali cari nasi 😃.. Tapi sejak dua menjak ni N ada selera tambahan. I am craving for salads. Bayangkan lepas makan nasi kat office N boleh teringat- ingat salad yg beli hari sebelumnya. Pastu bila dah dinner kat rumah, boleh pula sambung salad.

Today N decide to have salad for lunch. Siap beli thousand island untuk mix dengan kewpie roasted sesame dressing.

Then lepas tu sambung pula cecah japanase cucumber dgn sesame dressing as an after lunch snake... yum yumm... gila puas hati

Friday, October 9, 2015

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Hari ni nak share satu tempat makan yang best. Baru buka dekat tempat kerja N. Sebelum ni dah pernah cuba kat area Shah Alam tapi mungkin masa tu kuah dia tak berapa nak urmm sangat. So, first experience memang tak syok tapi bila officemate dah ajak, gagahkan diri la juga untuk cuba branch lain.

Dan syukur alhamdullillah, memang betul officemate cakap, mungkin masa N pergi tu kena kuah yang tak sedap. Bad day la gitu. Anyway, meh sini nak share gambar sekeping dua tiga empat lima :D


 The menu..
Lunch at Mee Tarik Restaurant

Ni mungkin specialty mee dia :D

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Inside the menu

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Mee yang N order.. Lamen Soup with Vegetables. Dalam gambar menu tu macam tak pedas kan. Tapi bila hantar, tengok permukaan soup tu pun dah seram. Pedas tapi memang sedap :D. Thumb up. Tak sama langsung macam yang N makan first time ritu.

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Ni officemate punya order. Ada cendawan telinga, ni pun sedap juga

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Yang ini pun boleh tahan, apa ntah nama dia, xingat.

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Anyway, that all for this afternoon, perut sangat kenyang sebab portion dia satu mangkuk besar. Sangat sesuai untuk orang yang betul-betul tengah kebuluran. Agak makan masa nak habis. Lagi-lagi bila order yang jenis berkuah banyak macam lamen mee yang N order.

Memang sangat puas hati dengan portion, taste dan harganya. Boleh datang lagi tempat ni :D 

Thursday, October 8, 2015

Evening with Spaghetti Carbonara :D

Evening all..

What a hectic month!! Sampaikan nak buka blog and blogwalking pun tak sempat. Macam-macam jadik dalam beberapa bulan ni. Fiuh!! Sekarang pun masih curi masa. Dah last minute nak balik baru berpeluang nak buka n update blog..

Anyway N baru je habis makan Spaghetti Carbonara and N memang sangat teruja untuk share apa yang N makan.

Well, feast your eyes.. :D

Spaghetti Carbonara

Spaghetti Carbonara


Wink wink!! Nak punch out dah... Hopefully esok esok ada masa untuk new entry :D

Friday, August 14, 2015

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Salam Jumaat.. :D

Siapa suka makan sayur or salad? Angkat kening sikit.. hehe

Well, N dan mertua memang salad and vege lover. Sesuai bersama kan. Wink wink. Kat rumah memang sentiasa ada stok sayur. Sebabnya N memang suka beli dan makan sayur. Tapi baru-baru ni N ada beli lettuce kat Hero Market. Kebetulan sekarang dah ada budget aka clearance corner. Memang seronok la N membelek sayur kat situ.

Lettuce yang N amik tu kalau tak silap original price dalam RM4 lebih. Dalamnya ada 5 pokok lettuce sederhana besarnya. Banyak juga tu dan harga clearance RM0.99. Satu pokok 20 sen. Berbaloi baloi. Dan kondisi dia masih superb.

Pastu ada carrot, murah juga. Tengok kondisi luar kotor kotor sikit tapi N percaya isi dalam masih elok dan keras. Macam mana N tahu, haaa.. Senang je, picit picit je carrot tu. Kalau lembik sikit pun selalunya N amik juga sebab balik terus boleh buat juice carrot.. yummy

Tapi masa tu N amik lettuce je sebab stok carrot masih ada, N dah borong kat bahagian clearance stock Tesco seminggu lepas. N memang suka beli carrot. Macam-macam boleh buat dengan carrot ni. Kelmarin ada orang datang rumah, jadi N minta mak bancuhkan cucur carrot. Balik kerja terus goreng dan hidang. Habis licin, hidangan macam ni bagus untuk orang yang tak makan sayur.

Okay, ni semalam punya cerita. Memandangkan kelas N dah setkan dari pagi sampai petang. So, kat rumah N dah prepare makan untuk breakfast, lunch and hi-tea. Tara... ni lah meal N satu hari kat office. Tiga kali mengulang makan.

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Ni lah lettuce RM0.99. Cantik dan masih segar lagi.

N makan dengan scramble egg, roti dan juga fried potatoes..

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Pastu gaul dengan sos.. ushhh yummy :D

Thursday, February 5, 2015

Slices of bread with spread of pineapple jam to kick my day!!

Haii.. hai.. Salam pagi semua. Sejak dua menjak ni malas betul N nak berblog. Asal buka blog je duk mengadap dashboard tak sudah. Blog pun dah jarang sekali ada entry baru. Bukan takder cerita, cumanya takder semangat nak menulis. Tetiba je perasaan berblog dah ke laut. Cuba juga blogwalking pasal kes macam N ni. Memang jumpa beberapa blog. Dah habis baca barulah ada rasa semangat sikit nak berblog. Jadi pagi ni kembalilah mood edit gambar untuk jadi penyeri dalam entry :D.

Okay, today i'm having slices of bread with pineapple jam to kick my ''tired to be'' day. Hari ni ada test praktikal from 11 am - 5 pm and can imagine what am i going to be at the end of the working hours.. Toyee je nanti :(

Bread with Pineapple Jam

Slices of bread will help my day.. Bran and WheatGerm from Gardenia RM2.40 . 

I love fiber bread because it has texture and good for our digestion :D

Bread with Pineapple Jam

Jem nenas / Pineapple jam from Lady's Choice.. Promo price at Giant RM2.50 from RM4++

N tak suka jem nenas sebenarnya, tapi cuba je beli sebab ada discount hari tu. Lagipun brand Lady's Choice kan, well known brand. Mestilah sedap --- dengan harapan di dada.. :P

Bread with Pineapple Jam

Siap ada Butter knife lagi. Dah kata cikgu fnb haruslah ada. Saja je snap this, tempting kan tengok jem nenas tu walaupun N tak suka..

Bread with Pineapple Jam

Slices of fiber bread with a lightly spread of Pineapple Jam..

Dah siap.. N calit nipis je jem nenas ni sebab jem kan manis. N pula memang tak gemar manis-manis sangat kecuali coklat, tu pun dark chocolate. Tak suka jem nenas, tapi bila dah calit ke roti.. Nyum nyum.. sedap la pula. Kalau kasi bakar roti tu, calit butter sekali gerenti berkeping-keping N telan :D

Thursday, January 22, 2015

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Resepi lobak merah goreng tepung ataupun N panggil carrot fries.

Untuk buat lobak merah goreng tepung @ carrot fries perlulah ada bahan utama iaitu lobak merah @ carrot yang dipotong panjang macam frozen fries yang kita beli kat pasaraya. Ketebalan dan kebesaran bergantung pada you all.

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan kedua adalah sebiji telur. Pecah telur dan anginkan dia dengan mengacau menggunakan garfu :D. N letak satu camca air biasa. Fungsi untuk menggebukan telur tersebut.. Sebenarnya untuk gebukan telur dadar, tapi N hentam masuk juga untuk buat lobak merah goreng tepung @ carrot fries ni.

Kalau tak cukup sebiji telur baru pecah telur yang baru. N guna sebiji telur ni untuk tiga bakul lobak merah kat atas. Sebakul lobak merah sekali masak. Jadi N masak tiga kali baru siap :D

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan terakhir adalah campuran tepung Kentucky dan juga tepung beras. N guna dua tepung sebab tepung kentucky ni agak masin dan lagi satu fungsi tepung beras adalah untuk rangupkan lobak merah goreng tepung @ carrot fries ni. Tapi rangup lepas masak je la, dah lama-lama terbiar jadik lembik la dia..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Siapa yang tak tahu tepung Kentucky, nilah rupanya ye kawan-kawan. Boleh jumpa tepung ni kat semua pasaraya. Tapi tepung Kentucky ni banyak brand. Yang N guna ni Kentucky flour brand berpadu. Kalau nak guna brand lain pun boleh cumanya N tak tahu brand lain masin ke tak..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Tiga bahan utama dah siap.. Seterusnya..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan:

Hirisan panjang lobak merah
Sebiji telur
Tepung Kentucky + Tepung beras

Penyediaan:

1. Celupkan lobak merah ke dalam telur. Gaulkan sehingga keseluruhan lobak merah  diselaputi dengan telur.

2. Toskan lobak merah tersebut dan masukkan ke dalam tepung kentucky dan tepung beras. Gaulkan hingga keseluruhan batang lobak merah diselaputih dengan tepung.

3. Masak menggunakan minyak dalam dan api kena buka besar macam you all goreng fries. Angkat bila dah keemasan. Nak goreng lama boleh nak goreng sekejap pun boleh. Kalau sekejap rasa lobak merah tu tetap ada tetapi bila goreng lama rasanya seperti ubi keledek sebab lobak merah kan manis bila dimasak. Tapi disarankan jangan terlalu lama sebab takut khasiatnya hilang :D

Tips:

Fungsi toskan lobak merah dari telur adalah untuk mengelakkan tepung basah. Sebab bila basah susah nak gaul dan perlu tambah lagi tepung. Melainkan kalau you all nak kerak lebih macam pisang goreng boleh je buat macam ni, takpun buat je batter tepung terus.

Bila nak goreng fries memang guna minyak dalam atau minyak yang banyak supaya ianya masak sekata dan cepat masak.

Peringatan: Selepas masak minyak yang digunakan akan menjadi kelabu disebabkan oleh penggunaan tepung. Jadi kalau rasa macam sayang, buat macam N. Guna minyak yang sikit tapi kena masak banyak round la :D

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Tadaaaa.. Hasilnya.. Inilah lobak merah goreng tepung @ carrot fries.

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Lobak merah goreng tepung @ carrot fries sedap dimakan ketika panas. Nak cicah dengan sauce boleh dan nak makan macam tu pun boleh. Dua-dua pun sedap :D

Selamat mencuba ye kawan-kawan.. Sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa yang tak makan lobak merah @ carrot.

-----------------------------------------------

Entri yang berkaitan:

Thursday, January 15, 2015

Carrot maniac!!

N tak tahu nak bawa balik macam mana kejap lagi. Dah tentu mertua N akan menunjukkan reaksi yang terkejut-kejut.. Mana taknya, weekend baru-baru ni kami dah beli carrot. Kelmarin N tambah lagi stok dalam 4 kilo lebih dan hari ni 3.5 kilo / RM4.42


Last sale for carrot today at Giant RM1.38 / kg

Carrot murah sangat. N geram betul sebab banyak benda boleh buat guna carrot ni.Weekend baru ni siap buat scramble egg + grated carrot + onion slice. Then buat pula Carrot Juice asam boy dan Carrot fries.

Semalam tambah sekali kobis dan malam N buat carrot juice lagi dan kubis gulung berintikan carrot juga. Nanti ada masa N post ye kubis gulung versi N :D

Tuesday, January 13, 2015

Carrot sales!!! Apa boleh buat dengan carrot?

Yo!!!.. Sorry you all, jari N masih kuat bercakap pasal carrot. Rasanya beberapa hari ni N akan jadi carrot maniac!! hohoo..

Anyway, semalam masa pergi Aeon N masih tengok bahagian sayur. Manalah tahu ada keajaiban harga sayur carrot murah.. Tapi takder pun. Yang sempat rembat Dynamo 4.4 liter RM20 dan pencuci muka eversoft 170 ml RM11.00. Murah dah tu harganya.

Tapi masa belek paper tadi, tengok giant ada buat sales carrot sama macam weekend baru-baru ni. Waduh!! Mencabar iman sungguh!!

Carrot sales!!! Apa boleh buat dengan carrot?
Kobis pun murah juga.. Buat ulam makan dengan nasi memang layan

Dah tentu la N akan ke Giant waktu lunch kejap lagi untuk rembat carrot banyak-banyak. Tak rugi beli banyak sebab banyak benda yang boleh dibuat dari carrot ni selain dimasukkan dalam masakan sayur. 

Antaranya:

- Carrot cake
- Carrot popia
- Carrot dice (frozen)
- Carrot scramble egg
- Carrot fritters / cucur / jemput

Semua dah buat kecuali tak pernah lagi frozenkan dan buat cucur. Mungkin lepas ni N nak frozenkan so that boleh jadi bahan untuk buat nasi goreng dan juga buat jemput-jemput carrot.

Carrot Juice Asam Boy

Tak habis lagi ke cerita pasal carrot ni.. Huhu.. memandangkan carrot murah hujung minggu, banyak benda yang boleh dibuat guna carrot ni.

Sebelum N buat carrot fries, N dah blend dulu carrot tu buat juice.. Masukkan dalam peti ais kasi sejuk dan masukkan assam boy sekali. Satu mug besar tu cukup sebiji asam boy.

Carrot Juice Asam Boy

Kalau carrot saja ditambah dengan susu pekat manis rasanya hanya manis (sesuai minum kalau ditapis) tapi kalau rendamkan asam boy. Rasanya lagi mengancam sebab ada rasa masam, masin dan manis.

Tips kesihatan:
Jangan tapis juice carrot ni sebab seratnya bagus untuk melawas dan kalau letak asam boy you all akan layan minum seratnya sekali, kalau dibuang sangatlah rugi.. Kalau tak percaya cubalah buat

Monday, January 12, 2015

Ayam salut tepung plus carrot fries

Bila carrot murah weekend baru-baru ni, N pelbagaikan hidangan makanan kat rumah.. Ececeh.. Bunyik yer macam selalu masak je kat umah.. Ohok ohokkk buekk

Hehe.. Terus terang N jarang masak, kesian mertuaku dapat menantu cenggini.. Ampun mak.

Sekali sekali bila terasa nak masak, ada je bende luar biasa N nak buat. Selaku mertuaku yang sporting, dia layankan aje apa yang menantu dia nak buat. Siap planning dengan mak lagi sebelum nak tambahkan barang dari mydin dan giant.

Ingatkan nak beli la lagi carrot yang baru dibeli hari sebelum tu, tapi bila tengok je bin dah licin. Tinggal je beberapa batang yang tak semenggah mana rupa yer. Dah tahu letak harga murah, minta tolong la refill.. huhu.. Nyesal tak beli bebanyak kelmarin. RM1.3++ per kilo.. Murah sangat dah tu. N amik satu kilo lebih harga baru RM1.5++.

Ayam salut tepung plus carrot fries

Oleh kerana banyak carrot dalam peti, N buat carrot fries. Sedap sangat, rasanya macam makan keledek goreng.

Recipe carrot fries:

1. Potong carrot panjang-panjang.
2. Celup dalam telur
3. Salutkan dengan tepung Kentucky plus tepung beras.
4. Goreng hingga keemasan dan angkat :D

Ayam salut tepung plus carrot fries

Mak pula siapkan fries frozen dan ayam salut tepung.. Ayam salut tepung request from N. Konon-konon kepingin nak makan ayam penyet. Tapi bezanya ayam ni tak penyet la. Mak siap buat sambal cili ala-ala kat ayam penyet tu. Kasi letak cili padi sekali. Racik sekali kobis halus-halus. Makan dengan nasi memang layan. Pedas dia memang terangkat siap menangis keluar air mata. Air hidung pun berlumba-lumba nak keluar juga.. huuhu

Mak kata nanti lain kali kita buat ayam penyet betul-betul.. Tapi bukan penyekkan ayam tu. Maksudnya nak tambah lagi la bahan lain cam timun dan tempe goreng.

Hurmm okay mak, setuju sangat.. Pasni kita tak payah g ayam penyet lagi ye mak.. maknya sambal cili pun power cam ayam penyet. Ayam pun dah boleh buat, salut tepung aje, sedap dan lazat

Lunch bekal Ayam tak penyet

Harini untuk lunch bawa bekal ayam tak penyet.. Kenapa tak penyet sebab ayam tu tak dilenyekkan pun :P

Lunch bekal Ayam tak penyet

Ni adalah left over malam tadi. Buat ayam penyet sendiri je. Ayam tu celup tepung.

Recipe Ayam salut tepung senang:

1. Beli fillet chicken
2. Celup dalam telur
3. Salut dengan tepung.
Tepung Kentucky / Bestari / atau lain-lain
4. Goreng minyak dalam

Bahan lain ayam tak penyet:

1. Nasi
2. Ayam goreng/ berempah atau salut tepung
3. Sambal cili
4. Hirisan kobis

Bahan lain yang patut ada:

5. Tempe goreng
6. Tauhu goreng

Memang berbaloi buat sendiri.. Puas hati :D

Apple Asam Boy - Breakfast

Kalau semua duk kecoh pasal mangga asam boy, N pula sibuk dengan buah apple asam boy. N ni jarang beli mangga muda. Selalu makan bila orang bagi. Jadi oleh kerana dah lama tak dapat buah mangga, N pun gantikan dengan buah apple fuji (rasa macam rugi nak beli mangga muda :P). Dah potong terus masukkan asam boy. Tutup bekas dan goncangkan.

Lebihan makan malam tadi N bawa bekal ke office. Asam boynya tak masukkan sekali sebab dah cukup rasa. Mertua cakap kalau dapat apple hijau lagi sedap sebab apple hijau rasanya masam ala-ala macam mangga gitu. Takperlah mak, nanti N beli apple hijau ye :D

Apple Asam Boy - Breakfast

Makan sekali dengan breakfast pagi ni fries dan ayam left over malam tadi :D

asam boy

Asam boy yang N guna pakai untuk apple asam boy ni warnanya putih. Kalau yang merah kata orang kedai tu rasanya masam masin. Yang putih ni masam, masin dan manis.

Friday, January 9, 2015

Chocolate is my best theraphy

and also my best friend.. Hahh!! Ko gila bestfriendkan chocolate. Malang sungguh chocolate tu

Chocolate is my best theraphy

sebab ianya akan masuk ke perut. hehe.. Yummy

Vochelle kat atas ni N beli kat Giant kelmarin. Harga RM4.25 tapi ada promotion jadi RM2.99.. Berbaloi-baloi. Dark Chocolate pula tu, memang favourite N. Kejap lagi nak pergi beli lagi

*** Konon pergi Giant nak beli sayur tapi sayur takder yang murah..

** Pastu nak beli something for baby asy kudap-kudap

* Sudahnya semua tak jumpa, N beli untuk sendiri je.. Kat atas ni dark chocolate, boleh?? :P

---------------------------------------------------

Chocolate as a bestfriend = boleh makan

Kawan as a bestfriend = tak boleh makan

Say no to kawan makan kawan :D

---------------------------------------------------

Thursday, January 8, 2015

Curry Puff for breakfast

Syukur, rezeki di awal pagi. Pagi ni office mate ada bawa karipap home made. Sebelum buka dia dah warn yang rupanya memang kiokk sebab banyak campur tangan adik dan juga anak kecik. Tapi N tak kisah sebab rasanya memang sedap. Rajin betul member sorang ni. Okay juga karipap dia, kalau N yang buat lagi teruk kot rupanya.. huhu

Curry Puff for breakfast

Burp!!!

Tetiba teringat kata-kata speaker seminar minggu lepas:

Orang cina selalu kata "kalau nak cium bau wangi bunga bangunlah pagi-pagi"

yang membawa maksud bangunlah seawal pagi untuk memperoleh rezeki.. Good quote :D

Tuesday, January 6, 2015

Cherry from Aussie..

Last week ada office mate ni baru balik dari Aussie. Melancong dengan sanak sedara semua. Mesti dia excited plus seronok memandangkan dulu dia pernah belajar kat sana. Jadi, balik sini dia bawa souvenir.. Fresh cherry  satu bekas untuk dikongsi bersama office mate yang lain.

Cherry from Aussie..

This is my very first time merasa fresh cherry. Sebelum ni kalau makan pun yang dah dijerukkan. Rasanya macam buah plum. Lagi bertambah sedap bila N masukkan dalam peti ais, sejuk..

Cherry from Aussie..

Member sorang ni siap beli barang hantaran dan doorgift lagi kat sana, katanya murah walaupun dah convert duit malaysia. Luggage tak payah cakaplah, over you all.. Tapi still berbaloi..

Ouhhh seronoknya bila dapat melancong ke luar negara. Dengar pula cerita-cerita derang lagi menyemarakkan lagi perasaan ni.. huhu

Cherry from Aussie..

Anyway you all, N dah update Janury 2015 Bloglist. Ada tiga bloglist semuanya dengan jumlah keseluruhan 49 blogger.. Thanks you all yang sudi join Segmen Bloglist Kapas Putih January 2015

kapas putih january 2015 bloglist

Happy blogwalking :D

Tuesday, December 30, 2014

Third Birthday Party

Ni birthday party celebration yang ke tiga dan terakhir buat tahun 2014. Macam biasalah, suasana jadi seperti syurga makanan seketika. Chef-chef menghidangkan makanan yang enak-enak semua :D

Third Birthday Party

Yang tak boleh blah bila ada yang simpan perut. Dari tengah hari tak makan.. Hadoii.. Sabar je la. Kalau N pula, memang diet. Tu yang tengah hari tak makan. Tapi kalau ada birthday celebration gini tak der lah N nak berdiet. Kenalah sama-sama meraikan hari yang istimewa ni.. Alasan gitu.. :P

Third Birthday Party

Macam-macam makanan tapi tak dapat nak tangkap semua. Apa yang orang diet makan yer dalam majlis tersebut??

Half plate of lasagnia
4-5 pieces of fish breaded
banana popia
sandwich chicken ham and salad
a slice of chocolate cheesecake

Punah dietku..

Third Birthday Party

Event birthday tak lengkap tanpa cake..

Chocolate Cheese Cake.. Tapi N dengar derang cakap Black Forest Cake.. Ntah la, mana-mana la

Third Birthday Party

Babies of Sept, Oct, Nov and Dec.. baby ke??

Third Birthday Party

Close up sikit buah-buahan dalam black forest. Siap ada macaroon.. N love macaroon