About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, September 27, 2013

Lapuk Journey: Murni Discovery

Lapuk Journey masih tak habis lagi.. Bersambung... Layan

3 september 2013

Awal bulan September N pergi  SS2 PJ sebab nak order bag untuk cenderahati majlis sambutan raya.

Dah alang-alang ada kat sana N dan juga office mate amik kesempatan makan kat Murni Discovery

Sebelum ni makan yang buffet lunch aje. So kali ni N order ala carte pula. Member-member semua cakap sedap baik ala carte or buffet.

Nasi goreng pattaya dan nasi goreng tomyam

N order barli suam dan nasi goreng pattaya. Member pula order air kedondong and nasi goreng tomyan seafood.

Makanan N sedap tapi tak der isi ayam or daging. Udang seketul je. Walhal kalau makan kat tempat lain macam-macam ada. Tapi N okay lagi sebab member sorang ni agak tak puas hati plus dia nyer mussel yang gedabak saiznya macam dah tak fresh. Nasib baiklah air kedondongnya sedap..

Anyway, sedap or tak satu-satu makanan tu bergantung kepada tukang masak.. Tapi kalau nak lagi sedap masaklah sendiri, kalau reti masaklah.. :P

Google Chrome Theme Game..

Jom kita ceriakan pagi dengan bermain game dari google chrome theme..

Selalunya game ni untuk budak-budak yang sambut birthday.

Kalau real game kene tutup mata, pegang pemukul dan pukul beg beraneka bentuk yang mengandungi gula-gula.

Tapi untuk versi maya ni, orang besar pun boleh main dan hanya tekan space bar aje untuk pukul :D 

Enjoy!!

Huruf-huruf yang comel

Dapat 125 biji sweets.. Penuh satu balang wooo...

Game ni valid untuk satu hari je kalau tak silap N. Jangan lepaskan peluang :D

** Cute sangat huruf-huruf tu, rasa macam nak geget.. grrrRRrr

Tuesday, September 24, 2013

Lapuk journey: Merdeka Day

Semalam N ada mention nak cerita aktiviti2 yang buatkan N sangat2 super duper busy dalam masa 3 minggu yang lepas kan ..

So N will start on Merdeka Day Journey..

Anyway, N nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia

Memang agak lewat ucapan N ni tapi ingatan untuk kemerdekaan bukan sahaja pada hari merdeka, tapi hari-hari pun kita kena ingat :D..

Pada tiga or empat tahun lepas setiap kali merdeka N akan bangun awal pagi ngadap TV or pergi keluar tengok perarakan. Tapi sejak dah kahwin, tak merasa la semua tu memandangkan Cik Asben tak suka nak pergi tempat2 crowded macam tu.

So, pagi merdeka kali ni N, Makmertua dan anak pergi jalan kaki ke padang berhampiran dengan rumah sebab nak tengok perarakan budak-budak tadika Priya Seksyen 17 Shah Alam.

Salah seorang student tadika tu adalah anak jagaan mak mertua sebelum ni. 


Tak sempat lak nak snap pic budak tadika. Yang ada ni budak kecik yang sangat lasak. Macam budak besar nak main mainan yang ada kat padang tu.

Sebelum berarak budak2 ni semua berkumpul kat padang dulu. Breakfast dulu. Baik betul la teacher2 tu sampaikan Asy pun dapat air kotak, nudget n cekedis.

Mak mertua mmg suka sangat sampai cakap kalau ada duit nanti nak anta Asy pergi masuk tadika tu jugak. Lagi lima tahun tu, bley kumpul duit dari sekarang

Pas semua dah makan derang start berarak dan kami pun menuju ke rumah nenek anak jagaan makmertua. Ada rewang sikit untuk kenduri.

Stay sampai petang kat sana. Sebenarnya Hari merdeka ni N nak attend kenduri kawen bff N kat Klang. Tapi memandangkan N ada sedikit kesulitan so terpaksa batalkan niat.

Lebih kurang jam lima lebih N gerak balik rumah dan bersiap sbb cousin ada buat open house.

** On da way g umah cousin kat Batu Cave :D

Bukan main semangat budak cenonet ni kibarkan bendera Malaysia dalam kereta.

Dah sampai umah cousin, rambang mata N sebab banyak sangat makanan.. I loike :D

Lepas makan semua berkumpul untuk majlis tahlil..


Menu

Appetizer
Vege Salads

Main course
Satay ayam n daging : udang cucuk : kambing bakar : BBQ item : nasi impit : rendang : nasi goreng : 

Dessert
Assorted cakes : Cheesecake : Kek lapis

Sebenarnya banyak lagi tapi N lupa dah :P

Okay ini aje cerita untuk merdeka day.. Cerita lapuk yang lain will be released soon :D

Have a nice day!! Chill..

Monday, September 23, 2013

Dear all im back

Dah tiga minggu since my last post.. Tak sangka masa cepat betul berlalu.


Memang sangat-sangat sibuk sampai tak sempat nak update blog

Banyak sangat aktiviti yang terisi

Kalau boleh semuanya nak share kat blog ni tapi tak tahu mana nak mula dulu..

Anyway, N akan start cerita next post :D