About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Showing posts with label GIVE AWAY. Show all posts
Showing posts with label GIVE AWAY. Show all posts

Monday, January 12, 2015

1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

Wow kak farah buat giveaway, haruslah join


Nyatakan apa-apa sahaja perkara mengenai www.bubblynotes.com atau Farah ke atau Ash ke

www.bubblynotes

Banyak sangat jenis info yang boleh dibaca dalam blog ni. Ada tips, penjagaan dan kehidupan. Daripada penjagaan diri sendiri buat kaum wanita hinggalah hal anak-anak. Memang terbaik.. Tapi lagi terbaik kalau ada label especially untuk tips yang dibuat :D

Farah

Akak Farah ni memang N kenal sebagai penulis kepada blog bubblynotes. Kekadang N rasa sangatlah pelik. Akak Farah ni punyai masa yang sangat banyak untuk menulis. Setiap masa mesti ada entry yang baru dan setiap entry panjang berjela. Ada je benda yang nak dibebelkan. Tapi yang bestnya walaupun akak Farah cakap dia bebel tapi bagi N bebel dia tu merupakan info yang sangat berguna kepada N mahupun pembaca. Memang bebel berisi, bukannya bebel kosong. Memang N suka. Pastu bila pergi mana-mana blog mesti terserempak terbaca comment dari akak farah. Kekadang tu tersenarai dalam top commentar.

Akak Farah, macam mana akak ada banyak masa untuk tulis entry dan blogwalking??? Peliklah N, confius dengan diri sendiri.. Adakah N takder masa ataupun malas?? Aduh!!! Buat satu entry tips masa berblogging boleh??

Ash

Akak Farah ni memang banyak sangat cerita pasal Ash, sama macam Abg Ben Ashaari. Kalau update tu muka anak je yang terpampang dulu. Nama anak akak Farah sama cam nama anak N, cuma yang lain ejaan je. Panggilan pendek anak N Asy = Asyraf.. Ehh tetibe lak off topic.. hehhe

Tuesday, December 30, 2014

Mini Topup Giveaway by Kapas Putih

First time N nak buat mini topup giveaway. Harap-harap ramai la yang sudi untuk turut serta :D

Mini Topup Giveaway by Kapas Putih
{ banner }

Syarat senang:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen
Tolong skroll sampai bawah dan habiskan tayangan video maybank blogbuster N, boleh kan?

1 top referral = topup RM5

1 randomly lucky blogger = topup RM5

Segmen ni berakhir pada bila-bila masa sahaja.. :D

-------------------------------

Segmen yang sedang berlangsung:

Monday, December 29, 2014

Simple GA: Friendship fridge magnet.

Jom join ramai-ramai :D


N nak fridge magnet ni ye kak dr ikin :D

TAMAT 11.59 PM - 31/12/14

Wednesday, December 24, 2014

Mini Giveaway #1

wow.. syeeda nak bagi tudung.. saper nak moh join ramai-ramai :D


klik banner untuk join

Wednesday, December 10, 2014

Dah dapat Keychain Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Petang semua.. 

Sebelum ni N ada post pasal N dapat Keychain Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip kan.. Sebenarnya keychain ni N dapat pada hari yang sama N dapat Owl Hand Phone Pouch Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA.

Cumanya masa nak amik bungkusan Owl HP Pouch, N tak perasan yang masih ada lagi satu bungkusan untuk N, Dah seminggu gitu bila N godek tempat surat kat office ni, barulah terperasan. Reception kata memang ada dua, dia pun ingat N dah amik dua-dua..

Bila buka.... 

Dah dapat Keychain Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

TAHNIAH :D
Sudi-sudikan terima souvenir tak seberapa ni. Thank you sudi join segmen. Next segmen join lagi ye. Let me know kalau hadiah dah sampai. Tak perlu entry khas pun... just let me know :D..
-CT-

Siap ada short note lagi. Mekasih Siti bagi Keychain kat N. Siti kata tak payah buat entry khas, tapi kalau dah nama pun blogger. Tangan ni gatal je nak bagitau kat satu dunia.. hehe

Dah dapat Keychain Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Keychain from Siti Yang Menaip
Owl Hand Phone Pouch from BBWANA & ADIENIA.

Thanks both of you...

Thursday, November 27, 2014

Owl Hand Phone Pouch dah dapat!!

Sebelum ni kan N ada war-warkan pasal Owl Hand Phone Pouch dari Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA.. So sejak dari blogger tu post giveaway ni, N buat dunno je walaupun dalam hati ni tak sabar nak dapat. Selalunya kalau post biasa memang lambat sampai, jadi takmo la menaruh harapan yang tinggi gamaknya..

Pagi tadi ada officemate bagitau dia ada nampak bungkusan untuk N. Cepat-cepat N tengok, excited sangat. Bila buka je... Tada...

Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA

N suka sangat dengan Owl Hand Phone Pouch ni.. N memang suka owl...

Mekasih banyak-banyak BBWANA & ADIENIA :D

Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA

Ni bahagian dalam.. Span dan baldu nipis. Mesti selesa HP N lepas ni :D

Simple Giveaway by BBWANA & ADIENIA

Mekasih lagi sekali.. setem tu akan disimpan dalam koleksi N, Note dan sampul N akan gunapakai dan jadi bahan cerita untuk daily scrapbook journal N.. Selamat dah satu hari punya jurnal, tak payah nak pikir nak pakai apa. Recycle je

Ada masa nanti N akan cerita perkembangan jurnal scrapbook N yaa :D

Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

hai semua blogger! 

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro)

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah. 
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni, 
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah! 
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer! 
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.

Thursday, November 20, 2014

Keychain - Sarawak's Shopping Hauls Giveaway

Haii morning all... ceria rasa pagi ni bila baca comment dari owner giveaway.. Beberapa hari sudah N ada join Sarawak's Shopping Hauls Giveaway

Bila cek nama pemenang, blog kapas putih termasuk sekali.... seronok. Kelmarin dapat Owl Handphone Pouch by BBWANA, hari ni dapat keychain pula daripada Siti Yang Menaip.

Keychain - Sarawak's Shopping Hauls Giveaway

Thanks Siti.. Happy sangat dapat keychain Sarawak :D.. Ni yang naikkan semangat untuk join giveaway lagi di masa akan datang.

Tuesday, November 18, 2014

Lucky me - Owl Handphone Pouch by BBWANA ADIENIA

Hai you all.. Rabu lepas, N ada join segmen kat bawah ni..



And guess what??

Antara banyak-banyak segmen N join, baru kali ke dua ni N bertuah.. Terharunya rasa. Macam nak joget-joget kat tengah-tengah office ni.. hehe. Sebelum ni pernah juga dapat jadi yang bertuah tapi oleh kerana hari lapor diri untuk dapatkan hadiah dibuat hujung minggu dan hujung minggulah hari my day off without Internet, so N mampu tersenyum kelat je.. But this time, happy sangat..

Opss, bila cakap pasal hadiah ni. N teringat yang N pernah dapat satu lagi hadiah daripada blogger sebelum ni. Hadiah tu dah sampai rumah sebulan or dua bulan yang lalu tapi masih tak berkesempatan nak review dan tak buka pun lagi sampulnya.. Mungkin minggu depan N akan review.

Okay, jom tengok owl handphone pouch yang bakal jatuh ke dalam tangan N ni:


Cute kan.. Mekasih owner blog wana yang menganjurkan giveaway ni..

Thursday, November 13, 2014

Wednesday, November 12, 2014

SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA


SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

klik banner untuk join :D

tarikh tamat 16 november 2014.. Wish me luck yaa :D

Wednesday, October 15, 2014

Pemenang Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Congrate kepada pemenang yang dapat giveaway sponsored by me, Kapas Putih.

Pemenang Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Tapi, N minta maaf la banyak-banyak ye pada pemenang di atas kelewatan watermark ni. Jadual kelas N untuk sesi baru memang sangat padat.. Nak buat pun curi-curi masa.

Watermark N akan email, harap you all suka..

------------------------------------

Thursday, September 4, 2014

2nd Giveaway by Miminadam

Giveaway on the way!!


Dah lama rasanya tak join giveaway.. Kalau you all nak join klik batch kat atas :D

Monday, August 18, 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Jom join ramai-ramai


klik banner kat atas kalau nak join..

Giveaway yang sangat senang, serius senang:

1. Follow empunya blog
2. Buat entry
3. Tinggalkan link kat entry giveaway

Empunya giveaway nak cari 20 orang yang bertuah untuk menerima buah tangan dari Penang :D

Wish me luck yaa..

----------------------------------------------------

Apa yang menarik kat Penang:

Friday, August 8, 2014

Sumbangan watermark untuk Giveaway

Bermulanya beberapa hari yang lalu, blogger Maria Firdz ada menganjurkan Mega  Giveaway Anak Merdeka Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan. Banyak hadiah yang menanti para peserta. Dan dengan rasa bangganya N telah menjadi salah seorang penyumbang hadiah giveaway. Sengih sampai telinga.. 

Tapi hadiah dari N tak mewah ataupun besar mana pun. Ianya juga bukan dalam bentuk wang ringgit. Untuk menyokong giveaway ni N sumbangkan kreativiti N, iaitu watermark

Oleh kerana sebelum ni N ada menganjurkan SEGMEN: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com , yang mana mengumpul seramai 20 peserta. Jadi untuk melebarkan sayap dan mengembangkan kreativiti terpendam N tampilkan diri untuk menyumbang.. Hehehe.. ayat macam skema je, tertiba bersemangat waja..

Kepada you all yang nak support mahupun nak hadiah moh jom Mega  Giveaway Anak Merdeka Malaysia ni ramai-ramai :D


Wednesday, July 9, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Raya giveaway RM300 by nile.com.my.. Siapa tak join rugi wooo... Klik banner nile.com.my kat bawah kalau nak shopping baju raya :D


HADIAH:
2 pemenang RM300 tunai
4 pemenang RM100 tunai

Kalau N terpilih sebagai pemenang N akan belanja:
RM100 = Keperluan raya anak
RM100 = Keperluan raya sendiri
RM100 = Duit raya

Nak join contest tekan sini.
Nak tengok senarai peserta dan result pula klik sini

Wednesday, June 25, 2014

Rahsia follower bertambah-tambah dalam masa sebulan ni

Hai semua, selamat tengah hari. Dah makan, dah kenyang?? Kalau udah, jom kita blogwalking yer melawat kawan-kawan maya.. Sejak kebelakangan ni N banyak join segmen, giveaway dan juga contest. Dan memang tak boleh dinafikan kesannya ke atas blog, blog Kapas Putih makin meriah.. clap clap clap.. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri :D

Follower pun tak payah cakaplah.. Seingat N, sebelum ni follower N memang tak ramai lebih kurang 130 something la gitu. Tapi tuptup dah nak dekat sebulan lebih macam sekarang ni dah cecah 189. Banyak kan. Datang dari mana tu?? Haa kat atas N dah sebut kan. Meh ulang balik. 

Rahsia follower N bertambah-tambah dalam masa sebulan ni adalah kerana penyertaan segmen, giveaway dan juga contest dari blog lain. Dan tak lupa juga segmen yang N buat juga untuk para pelawat Kapas Putih. Sungguh tak sangka hebatnya penangan segmen, giveaway dan contest ni. Selain dari tu penyertaan ni juga boleh mengeratkan silaturahim dan hubungan dengan rakan-rakan maya.

Check this out.. comment yang sangat menarik perhatian N, amik dari sitiyangmenaip.blogspot.com

Rahsia follower bertambah-tambah dalam masa sebulan ni

Masa tengah kunjung balas segmen N terbaca la comment conversation between pelawat dan empunya blog. Kisahnya lebih kurang sama dengan N. Tujuan nak masuk segmen, giveaway dan contest sebab nak hadiah.. hehe.. Lumrah lahkan, siapa takmo barang free aka hadiah. Ada satu segmen ni (comment di atas dalam entry segmen yang N maksudkan), tertanya-tanya la juga apa hadiahnya sebab empunya diri yang wat segmen tak bagitau apa yang peserta akan dapat. Kalau dulu-dulu, tak tau hadiah apa, malas nak join.. Tapi sekarang ni walaupun tertanya-tanya, N tetap akan join.

Kenapa N join?? Sebabnya N dah nampak kehebatan hubungan dan juga kesannya ke atas blog, trafik blog, comment box dan tak lupa juga follower..

Walaupun satu-satu segmen tu takder hadiah fizikal mahupun balasan dari pembuat segmen tapi dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh blog lain dah membolehkan kita menerima hadiah daripada pengunjung blogger tersebut dan juga peserta yang menyertai.. Apa hadiahnya?? Ianya sebuah kunjungan mesra untuk meriahkan lagi aktiviti dan juga mengeratkan hubungan sesama blogger. Boleh kira hadiah juga tu kan dan lagi satu tak susah pun sebab tak perlu nak gebang kat orang ramai supaya melawat blog kita :D

Bila join satu segmen, contest or giveaway.. Keesokkannya bila buka blog mesti N akan dapat kunjungan dari peserta yang menyertai ataupun menerima kunjung balas. Dan lagi best siap follow blog N. Ikhlas tau tu, N tak paksa pun diaorang tekan follow. Dan lepas tu of course la N akan kunjung balas dan follow balik. Dah memang satu kewajipan N rasa follow mollow ni.. Syiokk tau. Kalau dulu memang liat betul nak join aktiviti tapi sekarang ni ianya dah jadi sebati dengan diri.

Haaa you all, nak eratkan silaturrahim dan tambah follower macam N?? Tapi tak tau macam mana? Meh N bagi sikit tips yaa:

> Join je mana-mana segmen yang terbaca kat mana-mana blog.
> Kalau disuruh follow, follow aje
> Kalau disuruh like, like aje
> Kalau disuruh buat statement, buat aje, hentam pun tak apa sebab gerenti empunya segmen tak marah, tapi jangan la merapu meraban dan lari dari tujuan segmen. N memang suka baca statement dari segmen, contest dan giveaway sebab serius statement semua orang tak boleh blah.. kadang-kadang tu statement up kan diri sendiri.. Sangat kelakar okay, sampai tergelak sorang-sorang.. hehe
> PENTING: Kalau disuruh follow aplikasi lain selain blog contoh Insta, FB, Twitter or etc.. Follow aje dan kalau u all takder menda alah semua tu.. Jangan risau. Buat muka tembok join dan tak perlulah nak follow dan like apa yang u all takder. Penyertaan diterima atau ditolak terpulang pada hati budi penganjur..

Haaa dah habis baca, dah faham?? Apa lagi.. Jom join segmen, giveaway dan contest. Tak menang pun tak apa, janji aktiviti dan blog meriah sentiasa. Kalau dapat hadiah, itu adalah bonus.. wink wink wink.. :D

Saturday, April 19, 2014

GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com

Selamat pagi semua dan selamat hari Ahad. Weekend macam hari ni tak pergi keluar jalan mana-mana ke. Kalau tak ke mana-mana jom la ramai-ramai kita terjah blog mamamursyid ni. Dia ada buat give away untuk readers.

Hadiah dia bukan la barang baru yang dibeli khas untuk pemenang. Tapi hadiah dia merupakan barang-barang milik sendiri yang tak pernah dipakai sebelum ni. Tapi bagi N, kalau mamamursyid nak bagi yang dah pakai pun apa salahnya sebab N memang layan barang-barang especially baju-baju bundle.

GIVE AWAY MUDAH DAN MENARIK
klik banner untuk sertai

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog mamamursyid dan instagram. DONE dah follow tapi blog saja sebab N takder Instagram.

2. Buat satu entry tajuk GA cuci lemari by mamamursyid.blogspot.com dan tempek banner + backlink. DONE

3. Jawab 2 dari 3 soklan kat bawah

3 a. Siapa nama anak saya? Ahmad Mursyid

3 b. Apa pekerjaan saya? Guru dan juga suri rumah tangga

3 c. Berapa ukur lilit jari kelingking saya? Ukuran lilit adalah comel cm... hehe

Tarikh tutup penyertaan adalah 16 May 2014

Hadiah-hadiah:

Top
Shawl
Tudung
Handsock

Friday, June 3, 2011

Give away Part 1

Jus a short update berkenaan dengan give away yang sekarang ni ramai orang buat kat blog masing-masing..

Sebenarnya N dah daftar blog sejak tahun 2007.. tak sangka dah agak lama yer tapi N buat blog N ni just sekadar diary syiok sendiri. Tak berharap pun orang lain datang baca.

Kekadang tu update kekadang tu bersawang jer blog N, tapi bermulanya tahun 2011, terdetik plak nak publish blog kepada orang ramai.. N mula draftkan semua entry2 N yang lepas, kenapa ye?? Mungkin N bley citer kemudian.

Kemudian terus bergiat aktif menulis blog dan mula menyertai kelab2 yang dikhaskan kepada blogger2. Blogwalking tu tak payah cakaplah, tiap kali online jer sure N buka dulu dashboard jenguk entry2 yang menarik dan tunggu update dari blogger yang memang N berkenan sangat :D..

Sejak N aktif update blog, N dah pandai skit ar comment2 entry blogger lain.. tak kenal pun, tapi urmm hentam jer la, tak harap pun blogger tu jenguk blog N, tapi kalu jenguk pun suka jugak.. hehe

Dari hari ke hari N berblogging walaupun syok sendiri update blog, N rasa macam makin banyak jer benda yang N tak tahu.. huhu

Contohnya macam megatag, backlink, HTML dan segala bagai code2 yang ada.. Dan tak lupa juga churp2, nuffnang, infinity, mangga dan lain2 advertisment company.. hahhh sampai sekarang pun tak tahu menda alah ni walaupun pernah terbaca pasal menda ni semua. lembab betul N ni T.T

Asal buat blogwalking jer musti terpampang pelbagai jenis iklan.. Adakah kerana ingin menambah bilangan follower dan juga pengunjung, ramai blogger2 buat Give Away?

Berbaloi ker buat Giveaway kalu semata2 nak dapat duit lebih dari Ads2 yang menaja blogger2 ni??

* Harap2 tak der blogger yang terasa dengan apa yang N tulis ni yer.. N jus tulis apa yang terlintas di dalam fikiran jer dan tak bermaksud apa2 pun.. Anyway, entry ni akan bersambung di lain masa, nantikan Give Away Part 2.. chill :D

** Sorry la yer coz bebel entry ni terpanjang pula, ingat nak buat short entry jer.. huhu