About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, November 26, 2015

Third Photobook purchase at Groupon RM0

This is my current project using old pictures from August 2015 collection. I got it from Groupon and its free yeayyy!!! Each of the registered member allow to purchase only one of this RM0 photobook, unless if you have more than one account then u can get another one for each account.

Early of August 2015..

Photobook

This is first 7 pages from 40 pages of the photobook that i manage to edit. Well, I have another four months left to redeem this photobook.

Photobook

Looking forward and quite excited to finish up this August 2015 edition. Wish me best of luck yaa!!! :D

Thursday, November 12, 2015

November 2015 Daily Journal

Pejam celik pejam celik, sebulan dah berlalu. Untuk bulan October 2015, N berjaya memenuhi setiap muka surat yang ada. Jadi bila dah siap satu bulan punya journal, semangat tu lagi berkobar untuk buat second journal. Untuk bulan November ni, N gunakan kertas yang lagi tebal untuk buku journal.

December Daily Journal

Awal-awal bulan dah busy, jadi start journaling pun lambat juga. Untuk yang latest dah terisi, cuma yang awal-awal bulan masih belum tulis apa-apa. Tapi dah take note activity siap-siap dalam note HP.

December Daily Journal

Antara beberapa helai yang dah siap deco. Suka sangat stamp arrow and mushy love

December Daily Journal

Ni colored paper element yang N guna pakai untuk deco daily journal bulan november 2015 :D. Ambik masa beberapa hari la juga nak buat template element ni. Akhirnya siap. Result memang memuaskan hati.

December Daily Journal

Anyway, wish me luck for this second journal. Semoga N dapat mengharung segala kesibukan dan mencatat segala kenangan suka duka sehari-hari..

Monday, October 26, 2015

My first photobook from photobook worldwide

Pagi tadi N dapat package dari photobook worldwide. Sebenarnya package tu dah sampai Jumaat pagi minggu lepas. Tapi memandangkan N estimate minggu ni baru sampai so takdelah N nak g cek kat receiptionist. Tak sangka pula service nya sangat laju. Rasanya baru je bayar. Anyway, N sangat puas hati dengan service dah hasilnya..

Jom tour sekejap photobook N ni. Cover page ni N scrapbook and edit gune Photoscape. Ni sebenarnya N punya dekstop background.

My first photobook from photobook worldwide

Then, back cover gambar Asy dan dear asben.. And this photobook are from May 2015 activities which is a May 2015 Edition.

My first photobook from photobook worldwide

Kuih favourite N pun ada dalam ni.. Mertua punya specialty :D yummy

My first photobook from photobook worldwide

My favourite belongings :D

My first photobook from photobook worldwide

Wedding events with family

My first photobook from photobook worldwide

Cuti-cuti at Gambang resort

My first photobook from photobook worldwide

My first photobook from photobook worldwide

Macam-macam aktiviti from month of May 2015

My first photobook from photobook worldwide

N sangat puas hati dengan texture and quality of paper they use. Anyway, photobook ni harga RM10 without postage and purchase through GROUPON. (RM10.60+RM8.48 POSTAGE=RM19.08)

Tuesday, October 20, 2015

Handmade rubber stamp

Harini dah hari yang ke - 20 N berjurnal. Alhamdullillah N masih keep track dan berharap cukup bulan, jurnal untuk bulan october 2015 ni lengkap terisi :D

Well, kat sini N nak share beberapa design stamping yang N guna pakai dalam daily journal bulan October ni. Seronok sangat tengok dalam youtube otai-otai scrapbooker guna acrylic stamping. Memandangkan N tak tahu mana nak cari, jadi N search la DIY stamp.

Ni beberapa design yang N buat sendiri guna pemadam :D. Hasilnya memang sangat puas hati..

1. Mushy love
2. Double arc

Handmade rubber stamp

2. Double arc

Handmade rubber stamp

3. Arrow

Handmade rubber stamp

4. Hard love

Handmade rubber stamp

Beberapa hari lepas buat stamp sendiri, N terjumpa acrylic stamp dekat kedai buku popular dan N grab satu set.

Statement stamp type : Enjoy every moment here and now

Scrapbook rubber stamp

Statement stamp type : Life too short to wait

Scrapbook rubber stamp

Design stamp type : Flowers and butterfly

Scrapbook rubber stamp

Tuesday, October 13, 2015

Daily Journal Addiction - Hobi baru

Petang u all.. Nak nak dekat balik rumah baru sempat buka blog. Well, sekarang ni N tengah menyibukkan diri dengan hobi baru. Daily journal. Sebenarnya dah banyak kali nak cuba buat, tapi macam tak reti nak mula. Tapi pernah la juga N try, pastu terbengkalai sebab sangat sibuk dan tak terupdate.

Jadi kali ni, N rasa semangat tu dah ada dan dah get ready untuk  cuba habiskan satu bulan punya daily journal. Daily journal N biasa-biasa je. Takder la sehebat daily journal yang macam omputih buat tu.. Derang memang guna embellishment template yang tebal or beli. Best je usha usha tutorial derang dalam youtube. 

Cuci mata sikit.. Ni cover daily journal bulan October 2015 :D

Daily Journal Addiction - Hobi baru

Beberapa hari yang dah siap.. Masa baru nak mula memang rasa susah. Tapi lama-lama makin seronok pula.

Daily Journal Addiction - Hobi baru

Kadang-kadang cantik, kadang-kadang tak kena. Tapi apa-apa pun buat daily journal ni memang fun sangat bila dah tahu macam mana nak buat.

Daily Journal Addiction - Hobi baru

N printed out embellishment amik dari internet je. Print out black n white tapi guna paper colored. Nak beli template yang sedia guna memang mahal la kan. Mampu tengok je kat Popular tu.. huhu

Daily Journal Addiction - Hobi baru

Sebelum nak mula memang banyak hari juga N buat research. Dalam beberapa minggu la juga. Dan hasilnya memang best. 

Friday, October 9, 2015

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Hari ni nak share satu tempat makan yang best. Baru buka dekat tempat kerja N. Sebelum ni dah pernah cuba kat area Shah Alam tapi mungkin masa tu kuah dia tak berapa nak urmm sangat. So, first experience memang tak syok tapi bila officemate dah ajak, gagahkan diri la juga untuk cuba branch lain.

Dan syukur alhamdullillah, memang betul officemate cakap, mungkin masa N pergi tu kena kuah yang tak sedap. Bad day la gitu. Anyway, meh sini nak share gambar sekeping dua tiga empat lima :D


 The menu..
Lunch at Mee Tarik Restaurant

Ni mungkin specialty mee dia :D

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Inside the menu

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Mee yang N order.. Lamen Soup with Vegetables. Dalam gambar menu tu macam tak pedas kan. Tapi bila hantar, tengok permukaan soup tu pun dah seram. Pedas tapi memang sedap :D. Thumb up. Tak sama langsung macam yang N makan first time ritu.

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Ni officemate punya order. Ada cendawan telinga, ni pun sedap juga

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Yang ini pun boleh tahan, apa ntah nama dia, xingat.

Lunch at Mee Tarik Restaurant

Anyway, that all for this afternoon, perut sangat kenyang sebab portion dia satu mangkuk besar. Sangat sesuai untuk orang yang betul-betul tengah kebuluran. Agak makan masa nak habis. Lagi-lagi bila order yang jenis berkuah banyak macam lamen mee yang N order.

Memang sangat puas hati dengan portion, taste dan harganya. Boleh datang lagi tempat ni :D 

Thursday, October 8, 2015

Evening with Spaghetti Carbonara :D

Evening all..

What a hectic month!! Sampaikan nak buka blog and blogwalking pun tak sempat. Macam-macam jadik dalam beberapa bulan ni. Fiuh!! Sekarang pun masih curi masa. Dah last minute nak balik baru berpeluang nak buka n update blog..

Anyway N baru je habis makan Spaghetti Carbonara and N memang sangat teruja untuk share apa yang N makan.

Well, feast your eyes.. :D

Spaghetti Carbonara

Spaghetti Carbonara


Wink wink!! Nak punch out dah... Hopefully esok esok ada masa untuk new entry :D

Wednesday, September 23, 2015

Kegilaan mommy seperti N bila ke Mom and Baby Expo

Cerita bulan lepas, dah lapuk. tapi saja nak share dengan semua orang.. Mom and baby Expo bulan August 2015 at IDCC, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Ini adalah perkara pertama yang N akan cari bila ke mana-mana mom and baby expo. Tak semua Baby expo yang provide goody bag. Yang ni merupakan Mom and Baby Expo yang kedua buat N. Organizer yang sama sebab tulah tau ada goody bag :D. Untuk dapat goody bag ni kena daftar dulu. Kalau pergi ramai-ramai satu family, semua pun boleh daftar untuk dapatkan goody bag. Tak rugi apa pun, siap dapat mug free lagi.

Set kali ni dapat woven bag, mami magazine, sample tuala wanita, sample tisu basah dan juga signature mug.

MOM AND BABY EXPO

Macam biasalah, tak sah kalau tak beli baju baby asy. Empat pasang baju dan satu seluar tidur. Harga RM5/pc dan RM20/5pcs. Sehelai RM4, murah sangat. Baju pun cantik, N beli untuk baju jalan asy.

MOM AND BABY EXPO

Tak lupa seluar tiga suku yang punya cawat rendah untuk kegunaan waktu malam. Selesa dipakai. RM3/pc. N beli lima helai berlainan warna.

MOM AND BABY EXPO

Last sekali N beli botol susu Avent. Ada banyak booth yang jual botol Avent ni tapi N bernasib baik sebab terjumpa booth yang jual murah. Set kat bawah ni RM25/bottle. Ada yang lagi murah botol biasa takder kaler RM20/bottle. Tapi yang tu dah habis stok.

N beli dua botol terus untuk baby asy. Punyalah happy sampai N terlepas pandang. N tak cek pun botol tu jenis macam mana. Konon sebab teruja sangat murah. Bila balik kakak tegur la pasal ring dalam botol. N pun macam... hurmmm.. lor. classic pun ada ring ke???

N punyalah nak avoid avent yang ada ring kat dalam tu sebab susah nak basuh nanti. Nak kene bersihkan ring satu hal. Tapi dah beli.. takperlah. redha je, kena rajin je la nanti.

First time beli botol yang colored macam ni. Cantik. Lagi satu warna pink. Tapi Asy boy kan, kena amik biru la

MOM AND BABY EXPO

Pengajaran untuk shopping kali ni adalah jangan over excited bila harga murah... Periksa semuanya. Pengajaran buat N untuk masa depan.

Friday, August 14, 2015

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Salam Jumaat.. :D

Siapa suka makan sayur or salad? Angkat kening sikit.. hehe

Well, N dan mertua memang salad and vege lover. Sesuai bersama kan. Wink wink. Kat rumah memang sentiasa ada stok sayur. Sebabnya N memang suka beli dan makan sayur. Tapi baru-baru ni N ada beli lettuce kat Hero Market. Kebetulan sekarang dah ada budget aka clearance corner. Memang seronok la N membelek sayur kat situ.

Lettuce yang N amik tu kalau tak silap original price dalam RM4 lebih. Dalamnya ada 5 pokok lettuce sederhana besarnya. Banyak juga tu dan harga clearance RM0.99. Satu pokok 20 sen. Berbaloi baloi. Dan kondisi dia masih superb.

Pastu ada carrot, murah juga. Tengok kondisi luar kotor kotor sikit tapi N percaya isi dalam masih elok dan keras. Macam mana N tahu, haaa.. Senang je, picit picit je carrot tu. Kalau lembik sikit pun selalunya N amik juga sebab balik terus boleh buat juice carrot.. yummy

Tapi masa tu N amik lettuce je sebab stok carrot masih ada, N dah borong kat bahagian clearance stock Tesco seminggu lepas. N memang suka beli carrot. Macam-macam boleh buat dengan carrot ni. Kelmarin ada orang datang rumah, jadi N minta mak bancuhkan cucur carrot. Balik kerja terus goreng dan hidang. Habis licin, hidangan macam ni bagus untuk orang yang tak makan sayur.

Okay, ni semalam punya cerita. Memandangkan kelas N dah setkan dari pagi sampai petang. So, kat rumah N dah prepare makan untuk breakfast, lunch and hi-tea. Tara... ni lah meal N satu hari kat office. Tiga kali mengulang makan.

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Ni lah lettuce RM0.99. Cantik dan masih segar lagi.

N makan dengan scramble egg, roti dan juga fried potatoes..

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Pastu gaul dengan sos.. ushhh yummy :D

Wednesday, August 12, 2015

3 Most trendy watches for ladies out there!! Check this out…

Hey ladies!! Boring dengan jam tangan yang ada sekarang? Asyik-asyik pakai jam yang sama ja. Apa kata kita tambah koleksi, nak tak? Hehehe. N ni kalau bab shopping memang nombor satu. So ladies, I think this is the time for watches hunting. Kasi bunyi drum sikit…. Drum dum dum.

Even though in a modern era like nowadays, we can glance our cellphone screen for time, but watches will never go out of style. Yurp, its true and i will feel funny and awkward if don’t wear any. Rasa macam tak lengkaplah diri ni kalau tak pakai jam.. huhu

Today we can found lots of watches that not only can telling us what time is it but also acts as a piece of accessory. N sendiri pun pakai jam yang dikelilingi crystal. Ala-ala macam pakai gelang gitu. N suka sangat blink blink effect and make me look gorgeous all the time. Tak caya? Ahaaa cuba la kat diri sendiri :D

Feel clueless? Terlampau banyak sangat design, rambang mata? Okay, don’t worry, meh sini N kasi idea sikit. Actually, there are the three trendiest watches for women that will definitely be the next addition in your fashion wish list.

1) Gold wrist watch

Who will never say no to this gold wrist watch. No matter what the design is, gold watches absolutely shows off an exclusive element. Women who are in search for a sophisticated aura can wear a nice gold or rose gold watch and look stunningly elegant. Just like the lady below, does she look gorgeous?

3 Most trendy watches

Jam-jam lain yang ada elemen emas lagi berkilau. Ada yang tampak elegent, kemas, berfesyen mahupun sporty. Semua jenis ada.

3 Most trendy watches

2) Statement watch

However, for the ladies who want to make a statement, there are a wide range of trendy statement watch designs to choose from. Feast your eyes on the extensive statement watch design and select the ones which represent your personality. You will surely have a hard time picking your favourite pieces but statement watches enhances your whole look. For example, even if you are wearing a plain basic tee, the statement watches will absolutely perk up your style. But make sure to take into mind on the places where statement watches are acceptable. 

3 Most trendy watches

 3) Funky watch

Other than that, some ladies prefer a funky touch to their outfit and the coloured silicon strap watches will do the trick. The colourful pieces are suitable for women to flaunt on their casual day out with friends or running errands, It sure can brighten up your mood especially if you are on the go. Look younger and stylish without much effort wearing the trendy silicon strap watches.


3 Most trendy watches

Macam-macam ada, senang kan. Happy shopping semua

All picture credited to Zalora :D

Pink Wash Laundry

Fiuh!!! Convenience or what??

Last weekend N pergi laundry. Lebih kurang jam 10.00 malam N dah ada kat pink laundry wash seksyen 7, shah alam. Sebelum tu kami usha laundry lain. Ada dua lagi tapi ramai orang. Jadi kami decide untuk pergi pink laundry wash ni. Boleh kata first time juga pergi laundry memandangkan mesin kat rumah dah ting tong.

Sebelum ni kami rendam dan basuh kat rumah. Tapi memandangkan cik suami ada bersama, dia yang ajak pergi laundry. Banyak la juga baju terkumpul sepanjang berada di rumah adik ipar di Ipoh.

Pink Wash Laundry

Rate yang N boleh bagi untuk laundry ni mungkin 6/10.

Bad: Lantai laundry basah, mungkin ada washing machine yang bocor. Satu washer yang N guna takleh nak spin dry. Satu dryer yang N guna tak berapa nak berkesan.

Good: Ada TV dan kerusi sementara menunggu. Ada tempat lipat kain. Ada vending machine untuk tukar duit dan jual minuman. Duit dikembalikan untuk washer dan dryer yang rosak.

Pink Wash Laundry

Baby Asy ni pantang tengok vending machine jual air. Mesti dia minta. Nasib baik la rege dia murah :D

Pink Wash Laundry

Cer tengok macam mana budak ni minum air. Macam mak datin tak?? Siap silang kaki. Alolooo...

Kat laundry ni N tengok ramai orang bujang. Ye la kan laundry ni pun betul betul belakang UITM shah alam. Ramai la gamaknya student yang datang melobi baju. Tak sangka la pula ada budak perempuan datang laundry ni. Seingat N, sepanjang N belajar tak pernah lagi N pergi bawa baju ke laundry. Rasanya dengan penantian selama sejam, washer setengah jam dan dryer setengah jam, N lagi rela berus je baju tu kat rumah or hostel.. huhu

Rasanya lepas ni kalau cik asben ajak lagi laundry kat luar, N lagi prefer basuh sendiri kat rumah. Penat la tunggu lebih dari satu jam gara-gara washer n dryer yang rosak. Ditambah lagi dengan kebuasan baby asy. Risau tengok dia berlari-lari dengan keadaan lantai yang basah.

Pink Wash Laundry

Okay, last but not least.. Belanja lagi dua keping gambar. Datin Baby Asy. Ececee..... Siap nak tengok gambar lepas N snap.. huhu macam orang besar

Tuesday, August 11, 2015

Hero vouchers book kembali...

Heloo semua.. salam petang. Urmmm agak-agak dah empat bulan N tak post apa-apa dalam blog ni. Last post awal bulan empat. Kenapa ntah tiba-tiba rasa macam merajuk dengan blog ni. Takder mood nak berblog walhal macam-macam benda nak diceritakan. Susah betul nak kembalikan aura berblog macam dulu. Tahun ni boleh kira berapa banyak entry je yang ada. Tapi walaupun sunyi sepi tanpa khabar dari N, kapas putih masih juga dikunjungi. Terima kasih ya wahai pengunjung semua :D. Dan tak lupa pada blogger yang tertanya tanya pasal giveaway top up tu, nanti N akan announce pemenangnya ya.

Okay, untuk kembalikan aura berblogging meh N mulakan bicara dengan buku vouchers hero market. Buku vouchers ni N baru redeem semalam dan hanya pemegang kad saja boleh redeem. Takder kad takleh dapat buku vouchers. Excited sangat nakkan buku ni sebab hero market kan dekat sangat dengan tempat kerja N, selang satu blok je... Merangkak pun boleh sampai gitu. :P

buku vouchers hero market

Vouchers ni luput bulan September. Boleh lagi tunggu gaji hujung bulan kalau dah tak cukup budget :D. N memang suka sangat buku vouchers ni sebab kat Malaysia mana ada supermarket lain buat macam ni. Selalunya setiap buku yang N dapat mesti tak kurang dari lima vouchers N guna. Harga dalam vouchers ni memang berbaloi-baloi. Kalau yang murah tu, murah betul. Sampaikan tukar-tukar buku dengan officemate.

buku vouchers hero market

First page lagi dah ada benda yang menarik perhatian. Strawberry yeay!!!! Memang ada niat nak beli strawberry kat baby asy sebab baru-baru ni kami naik Genting, asy nak petik strawberry tapi kami tak bagi.. Mahal ya.. huhu Nanti N buat satu entry pasal genting ye. Pastu ada juga jual, tak beli juga sebab mahal.. 

Sob sob. Macam kempunan lak rasa. Memandangkan dah ada voucher strawberry ni, bolehlah guna. Beli sekali chocolate hurshey syrup pastu taruk atas strawberry macam kat cameron tuh.. huishhhh boleh leleh air liuq. slurp

buku vouchers hero market

Okay, ni vouchers yang N baru potong. Ada la dalam 9 keping, Tapi masih ada lagi dalam buku yang N nak tapi masih berpikir-pikir lagi.

Tengok tu ada Buttercup RM3.50 memang murah sangat. Wajib beli tu untuk buat kek or what so ever. Dan tak lupa nutrigen susu kultur favourite baby asy.