About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, January 22, 2015

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Resepi lobak merah goreng tepung ataupun N panggil carrot fries.

Untuk buat lobak merah goreng tepung @ carrot fries perlulah ada bahan utama iaitu lobak merah @ carrot yang dipotong panjang macam frozen fries yang kita beli kat pasaraya. Ketebalan dan kebesaran bergantung pada you all.

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan kedua adalah sebiji telur. Pecah telur dan anginkan dia dengan mengacau menggunakan garfu :D. N letak satu camca air biasa. Fungsi untuk menggebukan telur tersebut.. Sebenarnya untuk gebukan telur dadar, tapi N hentam masuk juga untuk buat lobak merah goreng tepung @ carrot fries ni.

Kalau tak cukup sebiji telur baru pecah telur yang baru. N guna sebiji telur ni untuk tiga bakul lobak merah kat atas. Sebakul lobak merah sekali masak. Jadi N masak tiga kali baru siap :D

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan terakhir adalah campuran tepung Kentucky dan juga tepung beras. N guna dua tepung sebab tepung kentucky ni agak masin dan lagi satu fungsi tepung beras adalah untuk rangupkan lobak merah goreng tepung @ carrot fries ni. Tapi rangup lepas masak je la, dah lama-lama terbiar jadik lembik la dia..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Siapa yang tak tahu tepung Kentucky, nilah rupanya ye kawan-kawan. Boleh jumpa tepung ni kat semua pasaraya. Tapi tepung Kentucky ni banyak brand. Yang N guna ni Kentucky flour brand berpadu. Kalau nak guna brand lain pun boleh cumanya N tak tahu brand lain masin ke tak..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Tiga bahan utama dah siap.. Seterusnya..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan:

Hirisan panjang lobak merah
Sebiji telur
Tepung Kentucky + Tepung beras

Penyediaan:

1. Celupkan lobak merah ke dalam telur. Gaulkan sehingga keseluruhan lobak merah  diselaputi dengan telur.

2. Toskan lobak merah tersebut dan masukkan ke dalam tepung kentucky dan tepung beras. Gaulkan hingga keseluruhan batang lobak merah diselaputih dengan tepung.

3. Masak menggunakan minyak dalam dan api kena buka besar macam you all goreng fries. Angkat bila dah keemasan. Nak goreng lama boleh nak goreng sekejap pun boleh. Kalau sekejap rasa lobak merah tu tetap ada tetapi bila goreng lama rasanya seperti ubi keledek sebab lobak merah kan manis bila dimasak. Tapi disarankan jangan terlalu lama sebab takut khasiatnya hilang :D

Tips:

Fungsi toskan lobak merah dari telur adalah untuk mengelakkan tepung basah. Sebab bila basah susah nak gaul dan perlu tambah lagi tepung. Melainkan kalau you all nak kerak lebih macam pisang goreng boleh je buat macam ni, takpun buat je batter tepung terus.

Bila nak goreng fries memang guna minyak dalam atau minyak yang banyak supaya ianya masak sekata dan cepat masak.

Peringatan: Selepas masak minyak yang digunakan akan menjadi kelabu disebabkan oleh penggunaan tepung. Jadi kalau rasa macam sayang, buat macam N. Guna minyak yang sikit tapi kena masak banyak round la :D

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Tadaaaa.. Hasilnya.. Inilah lobak merah goreng tepung @ carrot fries.

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Lobak merah goreng tepung @ carrot fries sedap dimakan ketika panas. Nak cicah dengan sauce boleh dan nak makan macam tu pun boleh. Dua-dua pun sedap :D

Selamat mencuba ye kawan-kawan.. Sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa yang tak makan lobak merah @ carrot.

-----------------------------------------------

Entri yang berkaitan:

7 comments:

  1. macam best pula carrot fries ni..insyaallah kalau ada carrot nanti nak gak try buat.. ^_^

    ReplyDelete
  2. senang jer buatnya... lepas ni bolehlah saya guna nak goreng sukun, keledek, nangka dan apa apa juga yg nak makan kemudian termasuk pisang... nampak macam sedap tu jer...

    salam kenal dan salam singgah

    ReplyDelete
  3. wah...bagus untuk mata ni...anak memang penggemar lobak merah...bolelah mencuba...terima kasih berkongsi...^_^

    ReplyDelete
  4. Hai carrot lover..
    Akak bebiasa je xla lover sangat. Hehe..
    N, kalau sagat cheese mesti lagi sedap kan?

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D