About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, August 14, 2015

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Salam Jumaat.. :D

Siapa suka makan sayur or salad? Angkat kening sikit.. hehe

Well, N dan mertua memang salad and vege lover. Sesuai bersama kan. Wink wink. Kat rumah memang sentiasa ada stok sayur. Sebabnya N memang suka beli dan makan sayur. Tapi baru-baru ni N ada beli lettuce kat Hero Market. Kebetulan sekarang dah ada budget aka clearance corner. Memang seronok la N membelek sayur kat situ.

Lettuce yang N amik tu kalau tak silap original price dalam RM4 lebih. Dalamnya ada 5 pokok lettuce sederhana besarnya. Banyak juga tu dan harga clearance RM0.99. Satu pokok 20 sen. Berbaloi baloi. Dan kondisi dia masih superb.

Pastu ada carrot, murah juga. Tengok kondisi luar kotor kotor sikit tapi N percaya isi dalam masih elok dan keras. Macam mana N tahu, haaa.. Senang je, picit picit je carrot tu. Kalau lembik sikit pun selalunya N amik juga sebab balik terus boleh buat juice carrot.. yummy

Tapi masa tu N amik lettuce je sebab stok carrot masih ada, N dah borong kat bahagian clearance stock Tesco seminggu lepas. N memang suka beli carrot. Macam-macam boleh buat dengan carrot ni. Kelmarin ada orang datang rumah, jadi N minta mak bancuhkan cucur carrot. Balik kerja terus goreng dan hidang. Habis licin, hidangan macam ni bagus untuk orang yang tak makan sayur.

Okay, ni semalam punya cerita. Memandangkan kelas N dah setkan dari pagi sampai petang. So, kat rumah N dah prepare makan untuk breakfast, lunch and hi-tea. Tara... ni lah meal N satu hari kat office. Tiga kali mengulang makan.

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Ni lah lettuce RM0.99. Cantik dan masih segar lagi.

N makan dengan scramble egg, roti dan juga fried potatoes..

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Pastu gaul dengan sos.. ushhh yummy :D

Wednesday, August 12, 2015

3 Most trendy watches for ladies out there!! Check this out…

Hey ladies!! Boring dengan jam tangan yang ada sekarang? Asyik-asyik pakai jam yang sama ja. Apa kata kita tambah koleksi, nak tak? Hehehe. N ni kalau bab shopping memang nombor satu. So ladies, I think this is the time for watches hunting. Kasi bunyi drum sikit…. Drum dum dum.

Even though in a modern era like nowadays, we can glance our cellphone screen for time, but watches will never go out of style. Yurp, its true and i will feel funny and awkward if don’t wear any. Rasa macam tak lengkaplah diri ni kalau tak pakai jam.. huhu

Today we can found lots of watches that not only can telling us what time is it but also acts as a piece of accessory. N sendiri pun pakai jam yang dikelilingi crystal. Ala-ala macam pakai gelang gitu. N suka sangat blink blink effect and make me look gorgeous all the time. Tak caya? Ahaaa cuba la kat diri sendiri :D

Feel clueless? Terlampau banyak sangat design, rambang mata? Okay, don’t worry, meh sini N kasi idea sikit. Actually, there are the three trendiest watches for women that will definitely be the next addition in your fashion wish list.

1) Gold wrist watch

Who will never say no to this gold wrist watch. No matter what the design is, gold watches absolutely shows off an exclusive element. Women who are in search for a sophisticated aura can wear a nice gold or rose gold watch and look stunningly elegant. Just like the lady below, does she look gorgeous?

3 Most trendy watches

Jam-jam lain yang ada elemen emas lagi berkilau. Ada yang tampak elegent, kemas, berfesyen mahupun sporty. Semua jenis ada.

3 Most trendy watches

2) Statement watch

However, for the ladies who want to make a statement, there are a wide range of trendy statement watch designs to choose from. Feast your eyes on the extensive statement watch design and select the ones which represent your personality. You will surely have a hard time picking your favourite pieces but statement watches enhances your whole look. For example, even if you are wearing a plain basic tee, the statement watches will absolutely perk up your style. But make sure to take into mind on the places where statement watches are acceptable. 

3 Most trendy watches

 3) Funky watch

Other than that, some ladies prefer a funky touch to their outfit and the coloured silicon strap watches will do the trick. The colourful pieces are suitable for women to flaunt on their casual day out with friends or running errands, It sure can brighten up your mood especially if you are on the go. Look younger and stylish without much effort wearing the trendy silicon strap watches.


3 Most trendy watches

Macam-macam ada, senang kan. Happy shopping semua

All picture credited to Zalora :D

Pink Wash Laundry

Fiuh!!! Convenience or what??

Last weekend N pergi laundry. Lebih kurang jam 10.00 malam N dah ada kat pink laundry wash seksyen 7, shah alam. Sebelum tu kami usha laundry lain. Ada dua lagi tapi ramai orang. Jadi kami decide untuk pergi pink laundry wash ni. Boleh kata first time juga pergi laundry memandangkan mesin kat rumah dah ting tong.

Sebelum ni kami rendam dan basuh kat rumah. Tapi memandangkan cik suami ada bersama, dia yang ajak pergi laundry. Banyak la juga baju terkumpul sepanjang berada di rumah adik ipar di Ipoh.

Pink Wash Laundry

Rate yang N boleh bagi untuk laundry ni mungkin 6/10.

Bad: Lantai laundry basah, mungkin ada washing machine yang bocor. Satu washer yang N guna takleh nak spin dry. Satu dryer yang N guna tak berapa nak berkesan.

Good: Ada TV dan kerusi sementara menunggu. Ada tempat lipat kain. Ada vending machine untuk tukar duit dan jual minuman. Duit dikembalikan untuk washer dan dryer yang rosak.

Pink Wash Laundry

Baby Asy ni pantang tengok vending machine jual air. Mesti dia minta. Nasib baik la rege dia murah :D

Pink Wash Laundry

Cer tengok macam mana budak ni minum air. Macam mak datin tak?? Siap silang kaki. Alolooo...

Kat laundry ni N tengok ramai orang bujang. Ye la kan laundry ni pun betul betul belakang UITM shah alam. Ramai la gamaknya student yang datang melobi baju. Tak sangka la pula ada budak perempuan datang laundry ni. Seingat N, sepanjang N belajar tak pernah lagi N pergi bawa baju ke laundry. Rasanya dengan penantian selama sejam, washer setengah jam dan dryer setengah jam, N lagi rela berus je baju tu kat rumah or hostel.. huhu

Rasanya lepas ni kalau cik asben ajak lagi laundry kat luar, N lagi prefer basuh sendiri kat rumah. Penat la tunggu lebih dari satu jam gara-gara washer n dryer yang rosak. Ditambah lagi dengan kebuasan baby asy. Risau tengok dia berlari-lari dengan keadaan lantai yang basah.

Pink Wash Laundry

Okay, last but not least.. Belanja lagi dua keping gambar. Datin Baby Asy. Ececee..... Siap nak tengok gambar lepas N snap.. huhu macam orang besar

Tuesday, August 11, 2015

Hero vouchers book kembali...

Heloo semua.. salam petang. Urmmm agak-agak dah empat bulan N tak post apa-apa dalam blog ni. Last post awal bulan empat. Kenapa ntah tiba-tiba rasa macam merajuk dengan blog ni. Takder mood nak berblog walhal macam-macam benda nak diceritakan. Susah betul nak kembalikan aura berblog macam dulu. Tahun ni boleh kira berapa banyak entry je yang ada. Tapi walaupun sunyi sepi tanpa khabar dari N, kapas putih masih juga dikunjungi. Terima kasih ya wahai pengunjung semua :D. Dan tak lupa pada blogger yang tertanya tanya pasal giveaway top up tu, nanti N akan announce pemenangnya ya.

Okay, untuk kembalikan aura berblogging meh N mulakan bicara dengan buku vouchers hero market. Buku vouchers ni N baru redeem semalam dan hanya pemegang kad saja boleh redeem. Takder kad takleh dapat buku vouchers. Excited sangat nakkan buku ni sebab hero market kan dekat sangat dengan tempat kerja N, selang satu blok je... Merangkak pun boleh sampai gitu. :P

buku vouchers hero market

Vouchers ni luput bulan September. Boleh lagi tunggu gaji hujung bulan kalau dah tak cukup budget :D. N memang suka sangat buku vouchers ni sebab kat Malaysia mana ada supermarket lain buat macam ni. Selalunya setiap buku yang N dapat mesti tak kurang dari lima vouchers N guna. Harga dalam vouchers ni memang berbaloi-baloi. Kalau yang murah tu, murah betul. Sampaikan tukar-tukar buku dengan officemate.

buku vouchers hero market

First page lagi dah ada benda yang menarik perhatian. Strawberry yeay!!!! Memang ada niat nak beli strawberry kat baby asy sebab baru-baru ni kami naik Genting, asy nak petik strawberry tapi kami tak bagi.. Mahal ya.. huhu Nanti N buat satu entry pasal genting ye. Pastu ada juga jual, tak beli juga sebab mahal.. 

Sob sob. Macam kempunan lak rasa. Memandangkan dah ada voucher strawberry ni, bolehlah guna. Beli sekali chocolate hurshey syrup pastu taruk atas strawberry macam kat cameron tuh.. huishhhh boleh leleh air liuq. slurp

buku vouchers hero market

Okay, ni vouchers yang N baru potong. Ada la dalam 9 keping, Tapi masih ada lagi dalam buku yang N nak tapi masih berpikir-pikir lagi.

Tengok tu ada Buttercup RM3.50 memang murah sangat. Wajib beli tu untuk buat kek or what so ever. Dan tak lupa nutrigen susu kultur favourite baby asy.