About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, November 5, 2016

Seri Pacific Hotel KL

Check in.. last check in kat sini bulan 8 tahun lepas, masa tu konvo event juga. Memang tiap kali konvo event, kat sini la tempat kami staff untuk melelapkan mata. Event kami pun bersebelahan dengan pwtc, dekat sangat. Keluar dari hotel dah jumpa entrance pwtc.. 


Bilik memang puas hati sebab..... company yang bayar. hehe.. mekasih bos. Dapat la merasa tido semalam free kat hotel bertaraf 5 bintang ni ;). 


Tiap-tiap tahun menginap di sini memang senang. Selain daripada dekat dengan lokasi event, apa yang N suka pasal bilik hotel kat sini:

# tilam dan bantal yang selesa
# bilik mandi dua dan bersih
# ada cabinet pantry untuk buat air panas dan small refrigerator untuk air sejuk
# televisyen untuk berhibur
# plak lebih dari satu
# safety box untuk simpan barang berharga
# iron n board.. ni paling penting untuk iron baju yang nak pakai untuk event nanti.


Wajib la selesa duduk kat sini. Satu malam pun dah berapa rm... kalau nak guna duit sendrik memang lambat la lagi.


Anyway, sekali sekala dapat keluar bermalam tempat lain seronok juga. Macam holiday..

Okies.. thats all for now. Selepas berhempas pulas buat slide show dan tolong apa yang patut sesambil berjalan cuci mata kat mall, rasanya dah sampai masa untuk lelapkan mata.. Semoga event pada keesokan hari berjalan dengan lancar..

Friday, September 30, 2016

Patmos Steak Cafe KLANG

Minggu lepas asben bawa N dan anak makan kat Patmos Steak Cafe. Cafe ni terletak di Klang. Dah lama rasanya tak jamah makanan Western. :D

Patmos Steak Cafe KLANG

Masa kami datang memang dah sedang elok. Nak kata sikit tak juga dan nak kata crowded pun tak juga. Boleh kata kami ni boleh buat pilihan lah nak duduk meja yang mana satu.

Patmos Steak Cafe KLANG

The menu.. Menu dia best sebab tak banyak dan tak sikit. Okaylah semua ada, tinggal nak pilih aje :D

Patmos Steak Cafe KLANG

Malam tu Asyraf order makan favourite dia, Fries dan juga air tembikai. Asben memang sedari hari sebelum tu mengidam nak makan steak. So dia order Rib Eye Stick set dan sky juice. N order Golden Mushroom Chicken Chop and milo ice.

Patmos Steak Cafe KLANG

Kat situ ada juga derang letak otak-otak, asben amik satu nak rasa.

Patmos Steak Cafe KLANG

Asyraf punya order :D

Patmos Steak Cafe KLANG

N punya.. nom nommm

Patmos Steak Cafe KLANG

Asben punya steak siap ada baked bean, mash potato, coselaw and burn bread :D

Overall food dia okaylah expecially asyraf punya fries sebab portion dia memang banyak sampai ayah dia kena habiskan.. hehe Asben punya steak pun okay kot sebab asben tak complain apa apa.. Tapi N punya chicken chop so so lah sebab bread crumb dan skin dia tebal dan isi conet. But no complain with that kind of price. Kalau nak menepati selera silalah pergi ke secret recipe dan order chicken cordon bleu.. Yang itu memang marveles dan puas hati tapi pulus kena tambah sikit la :D

Environment kat sini menyenangkan sebab jarak antara meja tak terlalu rapat. So rasa lebih privacy. Kawasan persekitaran pun tak kotor dan menyakitkan mata. Kira okay la..

Kemudahan parking memang senang. Parking betul betul depan restoran. Mungkin kami pun sampai awal, masih ramai yang tak keluar lagi untuk dinner.


Patmos Steak Cafe KLANG

Muka puas hati dapat makan fries.. Suka ngat dia

Total damage RM39.50

Fries RM4.90
Golden Mushroom Chicken Chop RM8.90
Rib Eye Steak RM19.90
Milo ice RM2.30
Watermelon Juice RM3.50

Monday, September 5, 2016

Fesyen Work Pants yang Sesuai ke Pejabat

Hey girls out there!!

Zalora Fesyen Work Pants

Wahai kaum hawa semua.. Mesti you all sentiasa tertanya-tanya sambil perah otak fikir apakah jenis seluar yang sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Memang normal sangat bagi orang perempuan ni. Baju penuh satu almari sampai dah tak muat nak simpan tapi bila nak keluar pergi kerja, kepala jadi haru biru sebab tak tau nak pakai yang mana satu. Boleh ke kalau nak pakai semua jenis pakaian especially seluar yang ada dalam almari tu. Sesuai ke kalau nak pakai untuk bekerja terutamanya dalam sektor korporat sebab etika pakaian ke pejabat ni sangat penting dan tak boleh amik ringan. 

Sektor korporat ni selalunya formal dan berkait rapat dengan meeting dan perjumpaan bersama pelanggan, jadi pemakaian yang betul menampilkan sikap yang tampak lebih profesional di tempat kerja di samping meningkatkan tahap keyakinan diri.

So ladies, kat bawah ni ada beberapa jenis seluar kerja atau women work pants yang paling SESUAI untuk digayakan ke pejabat;


Dress Pants

Fesyen seluar yang paling sesuai untuk digayakan dengan kemeja pejabat adalah koleksi dress pants. Biasanya koleksi dress pants wanita ini direka dengan potongan yang agak lebar pada bahagian betis dan ke bawah atau wide leg pants cutting. Sangat sesuai bagi kaum wanita yang suka berketerampilan innocent look.


Slack Pants

Jika anda tidak menggemari rekaan dress pants yang berpotongan sedikit lebar seperti di atas, anda juga boleh memakai koleksi slack pants yang berpotongan straight cut seperti berikut. Fesyen seluar slack pants ni sesuai untuk you all yang berani mencuba dan sukakan fesyen yang ringkas.


Palazzo Pants

Pilihan ketiga adalah koleksi palazzo pants untuk wanita yang inginkan lebih keselesaan di tempat kerja. Potongan palazzo pants yang lebar ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan. Palazzo pants ni menampakkan lagi ciri-ciri kelembutan seseorang wanita kerana kelebaran seluar ini seolah-olah seperti anda memakai skirt.


Jogger Pants


Dan jangan terperanjat jika anda juga boleh menggayakan koleksi jogger pants sebagai seluar anda ke pejabat. Pilih jogger pants yang berwarna gelap dan tidak bercorak untuk disesuaikan dengan suasana korporat di pejabat anda. 

All picture and product are credit and can be purchase from ZALORA. TQ

Hero voucher for sept 2016

Hero voucher dah kembali. Rasanya macam baru je beberapa hari lepas tanya kat cashier bila buku voucher nak keluar. Alik alik pagi ni shopping, kat resit tu ada kertas untuk claim buku voucher. Yes!!!

Tak sabar nak guna pakai. Org yang bagi buku voucher siap ingatkan tarikh lagi. Mujur dia bgtau, kalau idak mesti dah excited nak koyak n shopping..

Anyway, voucher can be used on 16 of sept 16 and valid for a month.. wah wah... promote macam duta hero gitu. Meh N kasi sneak peak, sape sape yang nak buku voucher ni kene jadik member hero dulu.. 😃

Murah murah.. jom shopping!!

Saturday, September 3, 2016

Birthday party..

Semalam macam biasa, ada birthday party kat tempat kerja. Ni untuk birthday boys and girls dari bulan may sampai august tahun 2016. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Jamuan bermula awal seperti yang dirancang. Kali ni majlis meriah sikit dengan kehadiran bos yang menyampaikan hadiah. Food pun sedap sedap. Semuanya dimasak dengan penuh kasih sayang oleh chef chef yang terlibat.

Syukur dengan rezeki depan mata, semoga company dilimpahi dan dimurahkan rezeki supaya ianya dapat dikongsi dengan semua orang..

Terima kasih bos sebab sentiasa menganjurkan birthday party dan juga terima kasih chef makanan semua marveles. Sedap ngat sampai tak larat nak bangun ngemas.. huhu

Food of the day - beef lasagna, roast lamb, cheese wedges, roti arab kuah kari, sandwiches, chocolate cake, choux paste and fruits... yum yum

Wednesday, July 20, 2016

Salads craving..

Lepas raya ni syukur sangat sebab selera untuk makan nasi dah ada. Macam automatik je taste bud ni. Habis puasa kembali cari nasi 😃.. Tapi sejak dua menjak ni N ada selera tambahan. I am craving for salads. Bayangkan lepas makan nasi kat office N boleh teringat- ingat salad yg beli hari sebelumnya. Pastu bila dah dinner kat rumah, boleh pula sambung salad.

Today N decide to have salad for lunch. Siap beli thousand island untuk mix dengan kewpie roasted sesame dressing.

Then lepas tu sambung pula cecah japanase cucumber dgn sesame dressing as an after lunch snake... yum yumm... gila puas hati

Tuesday, July 19, 2016

Girl's Room Escape - Addicted android games

This is another addicted android games and app u can found in google play. Well, today is my second day and I have reach level or room 5..

Information:
Girl's Room is very cute escape game by Funkyland. U have to find five cosmetics for escape from room.

How to play:
Tap only.. easy ahhh??

Features:
- Beautiful graphics
- Simple and easy
- All room are cute (total of 18 rooms)

Graphic:
Cute girly layout, love each room so much. I rate it 10/10

Level of difficulty:
Depend on your level of creative thinking. Its easy, moderate and can be so hard too!!! Im on level three and its so hard, so i accidentally hit the hint button.. lol!!

My Rating for this game / app:
Really awesome. I gave it 10/10

Connection:
It can be play offline... Nice haaa!! But need a connection if u need any hint..

Girl's Room Escape - Addicted android games

Friday, June 17, 2016

PC slow lepas update??

Bulan lepas PC kat office ni tetiba dia automatic update for the new version of window. The update run smoothly and took about several hours to complete.

N tak tau apa purpose PC ni update sendri untuk version yang paling latest. Tapi apa yang N boleh cakap, lepas update terus PC N ni jadi lembap sangat-sangat. Lembap sampaikan nak buka satu folder makan masa dalam 5 minit ataupun hang terus.. What???? Itu belum lagi buka Chrome. Disaster sangat.

So, apa yang N buat.. Google la the next day kan. After several of web tips reading on slow pc after updating barulah N jumpa 1 tips yang berguna untuk masalah N ni.. Kat bawah ni printscreen kepada masalah N.. Thank you so much pada orang yang bagi tips kat bawah ni..


Link dia klik sini (source).

Anyway, kalau u all mengalami masalah yang sama.. Bolehlah cuba tips kat atas or please google sendri. Sebenarnya N cuba-cuba je tip kat atas ni sebab N memang tak tau apa pasal window.. 7? 8? 9? 10????? Well, I am pretty lucky.

Tapi sejak update dan walaupun cuba tips kat atas N lagi suka window sebelum update sebab performance lagi laju n mantap. Sekarang masalah N lepas performance pc dah okay (tak la kata laju sangat) adalah memory tak banyak. Tak boleh buka banyak benda dalam satu masa.. Okay next mission untuk cari info pasal memory pula.. Any news N akan update kat blog supaya orang yang mengalami masalah yang sama boleh cuba tips yang N guna.

Tuesday, February 16, 2016

March 2015 Photo book Edition

Ni second photobook yang N buat. Masa tu tak pandai lagi guna template, N buat manual je. So terhasillah pelbagai template dan element yang bercampur-campur dalam edisi bulan march ni :D.. 

 Tapi tak kisahlah, yang penting gambar dicetak dalam bentuk hardcopy dan N pun memang puas hati dengan design sendri. Material yang digunakan oleh company photobook ni pun memang best. Tak sama macam material yang digunakan bila kita cuci gambar kat kedai.

Anyway, N ada snap beberapa pics... Jom layan

This is the back cover.. Me and lovely son.


March 2015 Photo book Edition

Page cover.. hanya ada gambar je. N saja buat simple macam ni.

March 2015 Photo book Edition

N memang suka tangkap gambar anak.. Dalam photobook ni memang banyak gambar dia aje..... Urmm lebih kurang sebab banyak juga gambar selpie mama dia.. :P

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Asyraf..

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Asyraf and me :D

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Okay, ni barang yang N beli kat mom and baby expo... dan juga barang yang N snap kat sana

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Makanan... Haaa boleh tahan banyak juga la dalam photobook.. Malaysia sangat N ni, sebelum nak makan tangkap gambar baca bismillah dulu...

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

My working table... Hurm mana la tau kot nanti dah benti kerja, boleh la telek gambar meja kerja... :P

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

More food, bila kerja kat company yang namanya ada food ni memang asyik nak tayang food je.. yummy

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Tosei mak buat.. nom nom

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Okay, I am selpie lover.. :D

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

And i love myself.. Adik ipar N cakap orang yang selpie ni pelik. Ada penyakit.. Rasanya betul la kot kata dia. Obses dengan muka dan diri sendri.. Dah selpie sekali pun tak cukup-cukup. 

March 2015 Photo book Edition Kapas Putih

Semuanya ada 40 page untuk satu buku yang N buat.. :D

-----------------------------------

Koleksi Photobook by Miss N:


N akan update lagi koleksi photobook untuk tatapan semua :D

----------------------------------

Tuesday, February 9, 2016

Nak tempah photobook?? Meh sini.... Month of love

Sejak pertengahan tahun lepas N memang dah mula obses dengan photobook. Untuk merasa pengalaman berphotobooking N siap beli voucher photobook. Setakat hari ni N dah buat tiga buah photobook yang mana setiap buku merangkumi satu bulan aktiviti. Misi N tahun 2016 ni nak buat 12 buah photobook untuk tahun 2015. Photobook yang ada dekat tangan sekarang ni adalah edisi March 2015, May 2015 dan Ogos 2015. Edisi yang dah siap November 2015 tapi tak hantar lagi sebab chinese new year takut company cuti lama. Jadi maybe esok baru N submit.

Oleh kerana semangat untuk buat photobook ni berkobar-kobar, jadi N nak offer u all yang takder masa ataupun tak nak handle benda leceh-leceh daripada upload software, masukkan gambar, bayaran hinggalah ke urusan penghantaran, so bolehlah gunakan service yang N tawarkan.

Okay, sempena bulan February.. Kononnya Month of love gitu. N dah tengok beberapa template. And for your information, N buat photobook guna Photobook Malaysia. Untuk first second and third photobook sebenarnya N design sendiri template photobook tapi untuk photobook ke empat N guna template but not really 100%. N banyak ubah suai template and depend on how many pieces yang N guna untuk satu page.

Template kat bawah semua untuk tatapan u all. All of the template are taken from Photobook Malaysia company.

Anniversary photobook template
Anniversary Template

I Love You Photobook Template
I Love You Template

Ikatan Kasih Template
Ikatan Kasih Template

Love Letter Template
Love Letter Template

Summer Love Photobook Template
Summer Love Template

Summer Soiree Photobook Template
Summer Soiree Template

Ultimate Photobook Template
Ultimate Template

Why I love u Photobook Template
Why I love u Template

Okay, dah tengok semua template? Berminat nak buat photobook. Kalau nak, bolehlah email N untuk sebarang soklan. Email address nadiamus85@gmail.com. Nanti N akan bagi arahan apa yang u all kena buat.

Syarat-syarat nak tempah:

1. Pilih template
2. Sediakan gambar sebanyak 40 - 50 keping.
(File setiap gambar 300kb ke atas)
(1-2 keping gambar untuk satu page)
3. Bayar
4. Tunggu photobook dihantar terus kepada anda :D

Okay part paling last. Photobook yang N tawarkan cuma dalam satu size aje..

Size: 6' x 6' (inch) softcover
Harga: 
Semenanjung RM25 (all in = photobook + postage + upah)

Sabah \ Sarawak RM30

Harga akan bertukar dari masa ke semasa..

Murah tak?? Masa tawaran terhad. Harga mungkin akan naik!!

---------------------------------------------

Koleksi Photobook by Miss N:


N akan update lagi koleksi photobook untuk tatapan semua :D

Friday, January 15, 2016

Homeless Man does a shocking act you will never forget..

Hi all.. It has been almost two months leaving this blog without any new story. Well there are lots of activities going on and limited time for blogging.

Anyway, this morning, before perform any job which is lined up for today. I was really touch by a video of homeless man. Want to know more. Please watch this video.



I dont want to make a sad opening for the year of 2016. But I cant help myself. I just need to share this video with everyone. Seriously?? He is giving money to stranger. And he took about 7 month plus to save the money.

Look at the man who ask the money, good cloth or maybe have a car. But the homeless didnt think about that. He just think that he want to save that man and his family.

I am really touch.. and my tears are running down.

Hopefuly the year of 2016, there are more people who have the kindest heart like this homeless man.