About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, September 5, 2016

Fesyen Work Pants yang Sesuai ke Pejabat

Hey girls out there!!

Zalora Fesyen Work Pants

Wahai kaum hawa semua.. Mesti you all sentiasa tertanya-tanya sambil perah otak fikir apakah jenis seluar yang sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Memang normal sangat bagi orang perempuan ni. Baju penuh satu almari sampai dah tak muat nak simpan tapi bila nak keluar pergi kerja, kepala jadi haru biru sebab tak tau nak pakai yang mana satu. Boleh ke kalau nak pakai semua jenis pakaian especially seluar yang ada dalam almari tu. Sesuai ke kalau nak pakai untuk bekerja terutamanya dalam sektor korporat sebab etika pakaian ke pejabat ni sangat penting dan tak boleh amik ringan. 

Sektor korporat ni selalunya formal dan berkait rapat dengan meeting dan perjumpaan bersama pelanggan, jadi pemakaian yang betul menampilkan sikap yang tampak lebih profesional di tempat kerja di samping meningkatkan tahap keyakinan diri.

So ladies, kat bawah ni ada beberapa jenis seluar kerja atau women work pants yang paling SESUAI untuk digayakan ke pejabat;


Dress Pants

Fesyen seluar yang paling sesuai untuk digayakan dengan kemeja pejabat adalah koleksi dress pants. Biasanya koleksi dress pants wanita ini direka dengan potongan yang agak lebar pada bahagian betis dan ke bawah atau wide leg pants cutting. Sangat sesuai bagi kaum wanita yang suka berketerampilan innocent look.


Slack Pants

Jika anda tidak menggemari rekaan dress pants yang berpotongan sedikit lebar seperti di atas, anda juga boleh memakai koleksi slack pants yang berpotongan straight cut seperti berikut. Fesyen seluar slack pants ni sesuai untuk you all yang berani mencuba dan sukakan fesyen yang ringkas.


Palazzo Pants

Pilihan ketiga adalah koleksi palazzo pants untuk wanita yang inginkan lebih keselesaan di tempat kerja. Potongan palazzo pants yang lebar ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan. Palazzo pants ni menampakkan lagi ciri-ciri kelembutan seseorang wanita kerana kelebaran seluar ini seolah-olah seperti anda memakai skirt.


Jogger Pants


Dan jangan terperanjat jika anda juga boleh menggayakan koleksi jogger pants sebagai seluar anda ke pejabat. Pilih jogger pants yang berwarna gelap dan tidak bercorak untuk disesuaikan dengan suasana korporat di pejabat anda. 

All picture and product are credit and can be purchase from ZALORA. TQ

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D