About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, September 30, 2016

Patmos Steak Cafe KLANG

Minggu lepas asben bawa N dan anak makan kat Patmos Steak Cafe. Cafe ni terletak di Klang. Dah lama rasanya tak jamah makanan Western. :D

Patmos Steak Cafe KLANG

Masa kami datang memang dah sedang elok. Nak kata sikit tak juga dan nak kata crowded pun tak juga. Boleh kata kami ni boleh buat pilihan lah nak duduk meja yang mana satu.

Patmos Steak Cafe KLANG

The menu.. Menu dia best sebab tak banyak dan tak sikit. Okaylah semua ada, tinggal nak pilih aje :D

Patmos Steak Cafe KLANG

Malam tu Asyraf order makan favourite dia, Fries dan juga air tembikai. Asben memang sedari hari sebelum tu mengidam nak makan steak. So dia order Rib Eye Stick set dan sky juice. N order Golden Mushroom Chicken Chop and milo ice.

Patmos Steak Cafe KLANG

Kat situ ada juga derang letak otak-otak, asben amik satu nak rasa.

Patmos Steak Cafe KLANG

Asyraf punya order :D

Patmos Steak Cafe KLANG

N punya.. nom nommm

Patmos Steak Cafe KLANG

Asben punya steak siap ada baked bean, mash potato, coselaw and burn bread :D

Overall food dia okaylah expecially asyraf punya fries sebab portion dia memang banyak sampai ayah dia kena habiskan.. hehe Asben punya steak pun okay kot sebab asben tak complain apa apa.. Tapi N punya chicken chop so so lah sebab bread crumb dan skin dia tebal dan isi conet. But no complain with that kind of price. Kalau nak menepati selera silalah pergi ke secret recipe dan order chicken cordon bleu.. Yang itu memang marveles dan puas hati tapi pulus kena tambah sikit la :D

Environment kat sini menyenangkan sebab jarak antara meja tak terlalu rapat. So rasa lebih privacy. Kawasan persekitaran pun tak kotor dan menyakitkan mata. Kira okay la..

Kemudahan parking memang senang. Parking betul betul depan restoran. Mungkin kami pun sampai awal, masih ramai yang tak keluar lagi untuk dinner.


Patmos Steak Cafe KLANG

Muka puas hati dapat makan fries.. Suka ngat dia

Total damage RM39.50

Fries RM4.90
Golden Mushroom Chicken Chop RM8.90
Rib Eye Steak RM19.90
Milo ice RM2.30
Watermelon Juice RM3.50

Monday, September 5, 2016

Fesyen Work Pants yang Sesuai ke Pejabat

Hey girls out there!!

Zalora Fesyen Work Pants

Wahai kaum hawa semua.. Mesti you all sentiasa tertanya-tanya sambil perah otak fikir apakah jenis seluar yang sesuai untuk digayakan ke pejabat.

Memang normal sangat bagi orang perempuan ni. Baju penuh satu almari sampai dah tak muat nak simpan tapi bila nak keluar pergi kerja, kepala jadi haru biru sebab tak tau nak pakai yang mana satu. Boleh ke kalau nak pakai semua jenis pakaian especially seluar yang ada dalam almari tu. Sesuai ke kalau nak pakai untuk bekerja terutamanya dalam sektor korporat sebab etika pakaian ke pejabat ni sangat penting dan tak boleh amik ringan. 

Sektor korporat ni selalunya formal dan berkait rapat dengan meeting dan perjumpaan bersama pelanggan, jadi pemakaian yang betul menampilkan sikap yang tampak lebih profesional di tempat kerja di samping meningkatkan tahap keyakinan diri.

So ladies, kat bawah ni ada beberapa jenis seluar kerja atau women work pants yang paling SESUAI untuk digayakan ke pejabat;


Dress Pants

Fesyen seluar yang paling sesuai untuk digayakan dengan kemeja pejabat adalah koleksi dress pants. Biasanya koleksi dress pants wanita ini direka dengan potongan yang agak lebar pada bahagian betis dan ke bawah atau wide leg pants cutting. Sangat sesuai bagi kaum wanita yang suka berketerampilan innocent look.


Slack Pants

Jika anda tidak menggemari rekaan dress pants yang berpotongan sedikit lebar seperti di atas, anda juga boleh memakai koleksi slack pants yang berpotongan straight cut seperti berikut. Fesyen seluar slack pants ni sesuai untuk you all yang berani mencuba dan sukakan fesyen yang ringkas.


Palazzo Pants

Pilihan ketiga adalah koleksi palazzo pants untuk wanita yang inginkan lebih keselesaan di tempat kerja. Potongan palazzo pants yang lebar ini sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan. Palazzo pants ni menampakkan lagi ciri-ciri kelembutan seseorang wanita kerana kelebaran seluar ini seolah-olah seperti anda memakai skirt.


Jogger Pants


Dan jangan terperanjat jika anda juga boleh menggayakan koleksi jogger pants sebagai seluar anda ke pejabat. Pilih jogger pants yang berwarna gelap dan tidak bercorak untuk disesuaikan dengan suasana korporat di pejabat anda. 

All picture and product are credit and can be purchase from ZALORA. TQ

Hero voucher for sept 2016

Hero voucher dah kembali. Rasanya macam baru je beberapa hari lepas tanya kat cashier bila buku voucher nak keluar. Alik alik pagi ni shopping, kat resit tu ada kertas untuk claim buku voucher. Yes!!!

Tak sabar nak guna pakai. Org yang bagi buku voucher siap ingatkan tarikh lagi. Mujur dia bgtau, kalau idak mesti dah excited nak koyak n shopping..

Anyway, voucher can be used on 16 of sept 16 and valid for a month.. wah wah... promote macam duta hero gitu. Meh N kasi sneak peak, sape sape yang nak buku voucher ni kene jadik member hero dulu.. 😃

Murah murah.. jom shopping!!

Saturday, September 3, 2016

Birthday party..

Semalam macam biasa, ada birthday party kat tempat kerja. Ni untuk birthday boys and girls dari bulan may sampai august tahun 2016. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Jamuan bermula awal seperti yang dirancang. Kali ni majlis meriah sikit dengan kehadiran bos yang menyampaikan hadiah. Food pun sedap sedap. Semuanya dimasak dengan penuh kasih sayang oleh chef chef yang terlibat.

Syukur dengan rezeki depan mata, semoga company dilimpahi dan dimurahkan rezeki supaya ianya dapat dikongsi dengan semua orang..

Terima kasih bos sebab sentiasa menganjurkan birthday party dan juga terima kasih chef makanan semua marveles. Sedap ngat sampai tak larat nak bangun ngemas.. huhu

Food of the day - beef lasagna, roast lamb, cheese wedges, roti arab kuah kari, sandwiches, chocolate cake, choux paste and fruits... yum yum