Haii you all.. Di kesempatan ni N nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia..
N sangat berbangga jadi anak Malaysia. Malaysia sangatlah aman dan damai.. Bersyukur sangat kerana N dilahirkan di Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Semuanya dapat hidup dengan harmoni dan menerapkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain :D
N sayang Malaysia dan you all pun patut sayang Malaysia juga kerana:
Malaysia Merdeka daripada cengkaman kuku besi penjajah-penjajah terdahulu..
Malaysia Merdeka daripada peperangan yang mana masih berlaku sekarang di Negara lain hingga menggadaikan banyak nyawa dan memusnahkan keseluruhan bandar, negeri atau negara.. Tetapi Malaysia tak lupa pada mereka yang mengalami bencana tersebut dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Baik sungguh Malaysia, N sangat bangga.
Malaysia masih selamat daripada bencana alam seperti ombak yang melampau hingga meragut beribu-ribu nyawa dan memusnahkan pembangunan. Tetapi Malaysia tak lupa pada mereka yang mengalami bencana tersebut dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Baik sungguh Malaysia, N sangat bangga.
Malaysia masih selamat daripada bencana alam seperti letusan dan limpahan gunung berapi yang memusnahkan harta benda.
Malaysia masih selamat dari bencana alam seperti puting beliung yang melampau hingga menerbangkan semua yang ada disekelilingnya termasuklah manusia, kenderaan dan juga perumahan.
Malaysia masih dapat bertahan sehingga sekarang walaupun telah menerima banyak dugaan oleh anasir-anasir luar yang sama sekali tidak senang dengan Malaysia. Malaysia kini sangat popular di mata dunia. Ada yang pandang serong dan melontarkan pelbagai fitnah semata-mata nak jatuhkan Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama masih ada juga yang menghulurkan bantuan kerana yakin dengan Malaysia.. Kalau orang luar boleh yakin dengan Malaysia, kita sebagai rakyat yang mendiami Bumi Malaysia apatah lagi, ayuh bangkit dengan yakin dan berbanggalah kerana jadi anak Malaysia.
Malaysia, Malaysia, Malaysia..
Malaysia boleh!!!!!!
N sangat bersyukur dan sentiasa berdoa supaya Malaysia akan kekal kesejahteraan hingga akhir zaman. :D
Salam kemerdekaan ;)
ReplyDeletesalam merdeka ;)
ReplyDeleteMalam tadi dah baca post N ni sampai terlelap..tak sempat nak komen. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Kibar bendera kat kereta tau.
ReplyDeleteSalam merdeka :)
ReplyDeleteSelamat hari merdeka & hari Malaysia, Nadia:)
ReplyDelete