About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, April 11, 2011

Telur palsu adalah telur sebenar

Selamat pagi Malaysia..

Sekarang ni dah bukan main heboh dengan kewujudan telur palsu. Latest news mengatakan telur palsu ni sebenarnya adalah telur betul. Kajian yang dijalankan ke atas isi kandungan protein, telur kuning dan kalsium di kulit telur membuktikan yang ianya tidak ada perbezaan dengan telur sebenar.

Walaupun ujian telah dijalankan ke atas 270 biji telur dan disahkan ianya telur asli pihak kementerian masih mahu keputusan yang pasti dengan menghantar telur yang dikatakan palsu ini untuk ujian DNA.

Makanya marilah kita beramai-ramai tunggu ujian kali kedua ke atas telur palsu ni yer. Family dan N sendiri pun takut juga kalau-kalau termakan telur palsu yang boleh memudaratkan kesihatan ni... ** baru jer kejap tadi makan roti telur, tertanya juga keaslian telur yang dijamah :P

info tambahan: pada tahun 2007 dulu pun ada kes yang serupa tetapi selepas siasatan mengatakan yang telur2 itu tiada sebarang masalah..

sumber N baca dari paper The Star

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D