About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, January 24, 2012

The United Buddy Bear Pavillion

Hari ni N ikut papa n mama tengok patung-patung bear dekat Pavillion KL. Setiap patung yang dilukis melambangkan sesebuah negara yang terdapat di seluruh dunia. Memang bergambar sakan lah kitaorang kat sana. Jom kita layan gambar-gambar yang N tangkap, banyak tau. Kalau nak tengok kena sabarlah yer :D



Malaysia United Buddy Bear drawn by our Malaysian Artist, Imuda.
Lukisan yang melambangkan perhubungan yang harmoni tidak kira bangsa :D









United Buddy Bear dekat air pancut.




United Buddy Bear dekat entrance Pavillion. 




Naga kat entrance dalam Pavillion, naga ni seolah-olah terkeluar dari dinding.


Naga panjang dalam Pavillion.


Dalam Pavillion ada banyak hiasan sempena Chinese New Year.


Bahagian luar kat entrance Pavillion.





Im here!!



Ni sisi belakang United Buddy Bear, pun cantik juga.


Mama tunjuk lukisan seorang dancer yang seakan-akan terperangkap kat belakang United Buddy Bear ni.


Ramai orang suka bergambar dengan Love United Buddy Bear ni sebabnya ada lambang LOVE.





Mama with Blue Polka Dot United Buddy Bear.


"Hands up everyone!!" command dari papa dalam pic.
Pergh takut juga derang dengan papa yer. Hehe.. Papa ni guna kuasa apa la yer.

Tahun naga, haruslah bergambar dengan Naga United Buddy Bear barulah ada Ong. Ngeh ngeh



World Peace!!
Jeng jeng jeng .. perut siapa lebih besar??


Ada satu mama bear yang kecik tersesat pula :P



Cuba United Buddy Bear ni hisap curut. Ish tak baik untuk kesihatan.. 


Papa bergambar dengan France United Buddy Bear. Serius cantik dan unik sebab badan bear ni siap tersembul lagi :D.


Haa cuba teka negara mana yang famous dengan tikar terbangnya..


Mama bergambar dengan United Buddy Bear Albert Einstain.


On the way balik masuk Lot ten jap, sempat lagi mama bergambar dengan si bangau :D


Perasan tak ada blog KapasPutih kat signboard tu. Rasanya tak der pula buat advertise blog kat situ.. Ngeh ngeh.. Perasan jap..


Papa n mama berehat seketika sebelum dihalau oleh pengawal keselamatan kat situ. Huhu.. Nasib baik dia datang tegur baik-baik, kalau tak jadi macam sorang adik tadi yang pijak rumput, siap kene tiup wisel lagi dengan pak guard tu. 


We are in the mirror!!


N n little baby. Nasib baik baby dalam perut, kalau tak mesti dia dah tunjuk peace.
7 month ++. Lagi dua bulan, lepas baby dah keluar nanti mama (N) tunjuk balik pic ni kat baby yer.
Pic kita bergambar dengan United Buddy Bear :D

Anyway, United Buddy Bear ni akan kekal kat Pavillion sampai 15 February 2012. Jangan lepaskan peluang, rugi siapa yang tak pergi tau.

Thursday, January 5, 2012

First time medical check-up untuk ibu mengandung


Klinik kesihatan Seksyen 19 Shah Alam



Pertama kali N pergi buat medical check-up untuk kehamilan ni pada 9 august 2011, Puasa yang kesembilan. 


Serius la N cakap first time masuk jer memang N tersangatlah blurr. Yang N tahu ialah ambil nombor. Nasib baik kaunter yang sepatutnya berdekatan dengan kaunter masuk. So, N tanyalah misi tu macam mana proses untuk buat medical check-up dan mendapatkan buku merah yang kawan N pernah bagitahu. Misi tu tanya dah buat check-up ker belum kat klinik untuk mengesahkan yang N mengandung, then N jawab belum lagi tapi dah buat pregnancy test sendiri kat rumah. Pastu, misi tu minta IC N dan juga husband. Ambil nombor sekali dan misi tu suruh tunggu sehingga dipanggil.


1. Kaunter timbang berat dan check tekanan darah
Lebih kurang 1 jam lebih nak dekat 2 jam jugalah N tunggu nama or nombor N dipanggil. Bila dah panggil macam-macam maklumat yang misi tu tanya untuk ditulis dalam buku merah yang N bakal dapat tu, lebih kurang macam kena interview keje tu. Pastu misi tu timbang berat badan N dan juga tinggi untuk direkod. Berat masa tu 44.3 kg :D. Ringan kan kan, hehe. Then check sekali blood pressure.


Dan sempat lagi misi tu bagitahu yang dia dah sebut nama N banyak kali, :P. Rupa-rupanya baru la N tahu yang N dah duduk jauh sangat dengan tempat yang sepatutnya. Kat klinik tu ada banyak section yang kena lalui sebelum jumpa doktor, dan setiap section tu lain-lain tempat. Memang nasib la terdengar nama N masa tu, kalau tak memang berkampung satu hari kat klinik tu.


Siapa yang baru pertama kali nak pergi buat medical check-up N nasihatkan supaya tanya misi tu dulu dekat mana tempat yang sepatutnya korang kena duduk ataupun dekat mana nama / nombor korang akan dipanggil. (Klinik di tempat lain mungkin berbeza dengan situasi N, tapi apa-apa pun cara paling selamat ialah bertanya).


Tapi kalau ada sesiapa yang pergi klinik yang sama dengan klinik N kat Seksyen 19 Shah Alam, lepas lapor diri untuk first time, terus jer duduk dekat kerusi-kerusi berhadapan dengan penimbang. (Penimbang di sebelah kanan kaunter amik nombor). Tak payah tengok or tunggu nombor korang kat electronic board tu sebab misi tu akan panggil nama (tak pun nombor).


2. Kaunter ambil darah
Kemudian N dikehendaki untuk pergi ke bilik pengambilan darah. Misi cucuk jarum kat lipatan tangan dan ambil satu injection darah. Nasib baik sikit jer misi tu ambil kalu tak mahu pengsan N kat situ sebab N ni pitam tengok darah. Setiap bilik dan juga kaunter kat sana ada nombor tapi bilik ambil darah ni tak ingat nombor berapa. Tapi sebelum misi tu ambil darah N misi tu ada cucuk baby kecik yang N rasa baru juga baby tu keluar. Alahai kesiannya tengok sob sob..


3. Kaunter ambil darah lagi dan air kencing. Kaunter 20
Kaunter seterusnya ialah kaunter ambil darah lagi tapi kali ni misi tu ambil beberapa titis saja melalui jari. Ouchh!!.. hehe.. Pelik tul masa tu, dah ambil darah satu injection tu tapi kemudian ambil lagi.. Urmm.. Then misi tu bagi satu cup untuk diisi dengan air kencing. Dah settle, letak cup dalam tray dan tunggu no dipanggil.


4. Kaunter untuk jumpa pembantu doktor. Kaunter 26 / Kaunter registration
Letak buku merah dalam tray dan tunggu no dipanggil. No akan dikeluarkan melaui board elektronik. Masa ni N dan husband tunggu lebih kurang 1 jam. Bila no dipanggil N berjumpa dengan misi ni yang N rasa mungkin pembantu doktor di dalam sebuah bilik bernombor. Misi tu ada buat check-up bahagian dada untuk memastikan yang N bebas dari Kanser payudara. Dan misi tu siap ajar lagi macam mana nak check sendiri kat rumah nanti.


5. Kaunter untuk jumpa doktor.
Bila dah keluar dari bilik tu N letak buku merah di kaunter 26 untuk berjumpa dengan doktor. Setengah jam kot N tunggu no dipanggil pastu baru dapat jumpa doktor tu. Untuk jumpa doktor kena tunggu no dikeluarkan kat electronic board. Doktor tu check denyutan nadi kat pergelangan tangan dan dia kata denyutan nadi N rendah. So, doktor tu suruh N pergi satu bilik ni untuk check denyutan nadi secara elektronik. Dapat jumpa doktor ni untuk first timer jer, bulan yang berikutnya tak payah dah.


6. Bilik check denyutan nadi.
N pun masuk bilik ni dan check secara elektronik pula. Masa tu badan, tangan dan kaki di tempel dengan wayar yang berselirat yang bersambung dengan satu mesin kecik yang keluarkan data.


Then dah dapat maklumat tu, N masuk ke bilik doktor tapi doktor masih tak berpuas hati dengan keputusan mesin tu. Katanya, ada wave kiranya macam tak jelas lar data tu. Doktor tu cakap mungkin sebab masa tu N menggeletar. So, Doktor tu suruh minum air panas or pergi keluar panaskan badan kejap. N pun keluar panaskan badan jap memandangkan masa tu bulan puasa :D.


Pastu masuk balik bilik check denyutan nadi tu, tapi keadaannya masih sejuk macam tadi. huhu.. Masa nak print out data terpaksa la N tahan kejap badan ni supaya tak menggeletar. Dia orang jarang buat pemeriksaan denyutan nadi menggunakan mesin ni, so ada la dalam 2 or 3 orang yang ada kat dalam bilik tu seperti  teragak-agak masa proses pemeriksaan dijalankan. Ada juga beberapa soalan yang N tujukan, diaorang salah jawab or mungkin diaorang pun hentam jer sebab tak tahu jawapannya :P. Terasa macam alien yang kena ujikaji pula bila dah sampai 2 kali kena buat. hehe..


Dah siap terus masuk jumpa doktor dan doktor pun kata okay. Then doktor setkan tarikh untuk next appointment pada bulan berikutnya. Ambil slip attendance kat kaunter pendaftaran dan serahkan buku merah sekali (buku merah ada dua, satu untuk klinik dan lagi satu untuk ibu-ibu simpan sebagai rujukan). Masa check untuk first time ni, N pregnant 8 minggu :D


Tapi apa-apa pun thanks to them and all of the staff for their kindness melayan ibu-ibu mengandung :D

Hey mommies jangan lepaskan peluang mengunjungi event ataupun survey latest Mom and Baby Expo 2014:

7th Maternity and Children Expo 14, Mid Valley 24-26 Jan 2014

Wednesday, January 4, 2012

Ice Cream senyum-senyum




Baru lepas lunch nasi ayam plus betik. Tapi lagi best kalau dapat dessert ice cream macam kat atas.. aahhh sedapnya.. Kalau korang, korang nak makan tak ice cream senyum kat atas nih :D. Kan besh kalau boleh keluarkan ice cream ni dari gambar :P