About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, May 31, 2014

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY

Hari-hari cuti ni jom kita buat satu aktiviti yang sihat. Boleh buat sendiri kat rumah dengan menggunakan barang-barang terbuang. Jimat duit poket :D

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY ni dapat menghindarkan diri kita dan keluarga yang disayangi dari pelbagai jenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dalam masa yang sama boleh merapatkan silaturrahim. Bila dah siap mesti masing-masing tak sabar nak tengok keberkesanan projek ni..

Projek perangkap nyamuk mesra alam DIY
Eco-Friendly mosquito trap source

Arahan mudah melalui gambar:

1. Potong bahagian atas botol (suku).
2. Masukkan 200ml air suam dan larutkan 50g gula di dalamnya.
3. Bila air dah sejuk masukkan yeast roti 1/2 tsp (1g).
4. Terbalikkan bahagian atas botol yang telah dipotong ke dalam botol bahagian bawah yang berisi air tadi.
5. Balut botol tersebut dengan surat khabar atau plastik gelap.
6. Letak di tempat gelap atau di satu sudut.

Jadi bila kita dah guna perangkap nyamuk mesra alam DIY ni penggunaan spray atau ubat nyamuk boleh dikurangkan. Botol tu letak je kat ceruk-ceruk gelap sebab nyamuk ni tak suka cerah-cerah, kalau cerah nanti kantoi dan dapat pelempang.. huhu

4 comments:

  1. apa kegunaan yeast bubuh dlm air tuh ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yis tu akan bertindak balas dengan gula menghasilkan gas karbon dioksida, nyamuk suka karbon dioksida

      Delete
  2. satu lg cara saya pernah cuba.
    belah dua limau nipis pastu cucuk bunga cengkih byk skit. boleh letak bawah katil or kerusi. tapi bila buah tu dah kecut kena tukar baru la.

    ReplyDelete
  3. yeast tu bila dicampur menghasilkan gas yg menarik perhatian si nyamuk...sekian ilmu yg secotet..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D