About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, March 14, 2014

Jangan buang milo keras

Oleh kerana N asyik busy je, jadi N tak sempat nak bancuh Milo.

Dan bila tak bancuh lagi lamalah milo tu bertapa dalam bekas sehingga menjadi keras.


Well, kalau you all mengalami perkara yang sama.. Jangan la risau.

Milo tersebut masih boleh digunakan. Bancuh je milo macam biasa. Keras pun tak apa. Masukkan je dalam air panas.

Dari masa ke semasa kacau bancuhan milo keras tu. Tak lama lepas tu milo keras tu akan terlerai sendiri dan larut dalam bancuhan.

Tapi untuk orang yang kurang sabar boleh la kemam dalam mulut macam makan coklat.. Sedap wooo

Tak payah nak iron-iron macam zaman asrama dulu.. Kalau budak-budak asrama diaorang akan amik milo 3 in 1 tu dan iron untuk jadikan coklat milo.

Okay ni tutorial buat cekelat milo:

Ambil sepeket milo 3 in 1. Lapik kain atas peket milo sebab kalau iron terus peket tu kang cair pula peket tu. Pastu iron je atas kain sehingga milo dalam peket tu jadi keras. Dah keras buka peket dan makan macam makan coklat.

Selamat mencuba..

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D