About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, May 21, 2014

Cara nak suruh anak makan.. Vitamin

Anak tak nak makan sebab sibuk sangat nak main?? Takpun anak mengada-ngada tak mahu makan, tapi asyik nak susu je memanjang walhal baju sejam lepas minum susu..

Pernah terjadi tak kat you all..

Masalah ni tengah terjadi kat N sekarang ni. Susah betul nak suruh anak makan. Tak tahulah N sama ada disebabkan oleh penukaran susu dulu dari Anmum ke Dugro ataupun sebab apa.

Adik ipar ada suggest N beli susu Shaklee.. Harganya memang mahal tapi berbaloi. Satu hari letak satu scoop dalam bancuhan susu katanya. Pengambilan susu shaklee ni boleh tambah selera makan anak-anak.Tapi sekarang masih tak berkesempatan nak beli dari dia. Adik ipar memang dealer shaklee tapi dia kat Ipoh sekarang, jauh.

Alternatif lain yang N guna bile anak tak mahu makan ialah dengan pengamalan makan Vitamin setiap hari. Sejak N bagi Baby Asy makan Vitamin sebulan yang lepas, mertua memang perasan yang Baby Asy ni ada sedikit perkembangan. Nak juga la dia makan nasi. Penambahan selera tu memang penting sebab Baby Asy ni dah nampak macam tak cukup makan.. Kurus je, lain benar dengan ayah dia yang timbun tu.. huhu

Mula-mula tu N beli brand CHEWIES, Multivitamin. Takut nak beli Vitamin C, sebab ada perisa orange je. Macam tak sedap, takut baby Asy takleh nak terima pula. Multivitamin pula perisa laici. Mungkin dia akan suka. Bila balik rumah bagi dia makan. Macam biasalah benda first time dia takkan makan habis, luakkan bila dia rasa pelik. Second time, makan sampai habis siap minta-minta lagi.
Chewies Brand, Multivitamin Lychee flavor
source from google search engine

Satu botol Chewies bulan lepas punya dah habis sampai tak sempat nak cecah hujung bulan. Bulan ni N beli brand Champs pula. Tapi kali ni Vitamin C perisa Blackcurrant. Pun terjadi perkara yang sama. Masa mula-mula cuba dia luakkan. Pastu kali kedua rasa sampai habis.. Esok-esok siap minta lagi tapi N limitkan 3 tablet je sehari.

Champs Vitamin C Blackcurrant Flavor

Tapi baby ni mana paham bahasa lagi. N kata dah bagi dia tiga tapi nak juga lagi.. Hahh bahaya... Kang over tak tahu pula kesannya kan. Jadi, N buat tak layan aje.. hehe

Masa beli Vitamin ni, N memang pilih yang jenis tablet. Sebab yang lagi satu jenis chew cam gummies tu. N takut Baby asy takmo makan yang macam tu sebab pernah bagi dia gummy jelly tu, tapi dia takmau. Nak jalan selamat beli yang tablet sudah. Buat masa sekarang ni N nak tambah lagi vitamin dia. Mungkin nak beli Multivitamin sebab vitamin C dah ada.

Saja nak banyakkan vitamin sebab dia kerap minta bila N balik kerja. Limit satu jenis vitamin tu 3 tablet je.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D