Salam pagi,
N ada cerita nak dikongsikan bersama pagi ni. Ianya berlaku 2 ari yang lepas semasa N sedang bekerja.
Meja N terletak bersebelahan dengan meja receptionist, kirenya kalu org luar masuk jer bley terus la nampak muka N tercongok kat front office tu.
so, nak dipendekan cerita, masa ngah sibuk2 nak habiskan keje datang la sorang makcik bersama ngan bungkusan besar kerepek.
sebenarnye bukan sekali jer tapi sebelum ni pun penah datang jugak.
to be honest, N mmg tak selesa kalu ada org datang nak jual apa2 kat N. N always refuse to buy, same goes with this makcik.
but at the same time, N tersangat2 kesian kat makcik ni. N mmg suke makan kerepak tapi N jarang nak beli.
sebab selalunye N 'cilok' kerepek budak office :P
yang lagi kesian bile makcik ni bagaikan merayu org2 kat ofice untuk beli kerepak dia.
pastu ada la salah sorang office mate yg keluar dan beli sebungkus. itupun mungkin dasar kesian kepada makcik tu.
pas tu makcik tu sekali lagi pujuk N untuk beli, tapi cam bese N tolak.
lama jugak la makcik tu duk kat depan office, then dia kuar pergi jual kat students yg tengah lepak2 minum kat luar.
dari dalam ofis N nampak ada students yg beli.
biler N pikir2 balik, N rasa serba salah ngan situasi yg macam ni.
N rasa kesian coz makcik ni dah tua sangat tapi masih lagi mencari rezeki dan ternyata skali N tak membantu langsung. sepatutnya dah masa makcik ni berehat2 dan bukan lagi mencari rezeki untuk diri sendri.
rasanya tak salah kalu N beli sebungkus kan.
mana anak2 dia, tergamaknya derang biarkan mak merayu2 kepada orang ramai untuk membeli.
dalam masa yang sama N teringat mama. tak mungkin sama sekali N akan biarkan mama meniti hari tuanya begitu kelak.
tak salah kalu ibu bapa berkeras untuk mengisi masa lapang dengan menjual tapi apa yg N lihat di mata makcik ni perkara yg sebaliknya.
''kalu ada org beli lagi 5 bungkus dapat la bayar duit sewa rumah''
''kalu ada org beli lagi dua bungkus dapat la makan nasi berlaukkan ayam''
macam mana kalu dialog ni sentiasa bermain di dalam hati makcik ni tiap kali dia merayu org untuk beli
huhu..
bile dipikir2 kan, lain betul zaman dulu dan sekarang ni. kalu dulu anak 5 orang ibu bapa sentiasa bekerja keras untuk sesuap nasi. mungkin semua permintaan tak dapat ditunaikan tetapi keperluan asas masih dapat dipenuhi.
tapi bile anak2 dah besar hanya segelintir saja yang masih ingat pengorbanan ibu bapa.
N berharap selagi N hidup N akan sedaya upaya menjaga dan tidak menyusahkan papa dan mama. (tapi papa dan mama masih lagi penin ngan perangai anak dia yang sorang nih :P )
anyway, wajarkah perbuatan N terhadap makcik tu.. salah ker kalu N tak beli??
urmm mungkin kalu makcik tu datang lagi sekali N akan beli walaupun hanya sebungkus. at least N dapat bantu dia skit kan..
anyway, wajarkah perbuatan N terhadap makcik tu.. salah ker kalu N tak beli??
urmm mungkin kalu makcik tu datang lagi sekali N akan beli walaupun hanya sebungkus. at least N dapat bantu dia skit kan..
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D