About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, June 28, 2011

Berehat 10 minit bersama N

N tak mau take five.. N nak take ten :D..

Dengan keadaan yang tak cukup tido O.o dan keje yang melimpah ruah membuatkan N sedikit letih..

Bley tak kalu......


Hehe.. agak-agak bley ker?? :P


Sunday, June 26, 2011

Jacob's Walk of Life 2011

Jom ramai-ramai kita sertai walk of life yang dianjurkan oleh Jacob


N tak pernah lagi sertai event yang dianjurkan Jacob, tapi kali ni rasa macam nak join. Lokasinya pun memang menarik perhatian N dan memang dah lama sangat N nak pergi sana ngan husband. 

Kepada penduduk Shah Alam, jomlah kita bangun pagi-pagi dan ramai-ramai serbu Bukit Cerakah pada 17 July 2011.

Tapi sebelum tu daftar lah dulu. 7000 penyertaan terawal (online registration) akan mendapat FREE T-shirt dan juga Goody bag yang akan diberi pada hari event tersebut.

Anyway, N dah register for the whole family.. Semangat kan. Sekali pendaftaran bley masukkan 6 nama.. Tapi tadi N guna 2 email address coz N daftarkan untuk 8 orang termasuklah 2 orang budak cenonet tu (anak buah N). Nasib baik la anak buah paling kecik tu lahir tahu 2009 (penyertaan paling muda dalam form tu), so dapat lah baju kat dia sehelai kalu kami jadi pergi.

So, saper yang ada anak kecik tu, jgn risau, bley jer daftar sekali. N baru buat tadi, lepas jer.. 

Tak lupa juga DJ hot FM akak Fafau @ Fara Fauzana juga akan berada di sana bersama ngan DJ My FM Jack and Mei Yan >> memang N tak kenal saper derang ni..

Kalau nak register ataupun nak tahu maklumat yang lebih lanjut bley la klik link kat bawah yer.

Lagi satu info yang mungkin mengelirukan ramai pihak >>>
Lokasi walkaton ni ada 3 nama tapi yang sebenarnya duduk dekat satu lokasi yang sama jer:

Taman Pertanian Bukit Cerakah 1986 = Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam 1991 = Taman Botani Negara Shah Alam 2007.

Hebat kan, satu tempat tapi ada tiga nama.. hehe tolong jangan keliru yer.. So, nama yang latest adalah Taman Botani Negara Shah Alam. Kalu nak pergi sana, ingatlah ketiga-tiga nama ni, sebab N tak pasti sama ada derang dah tukar ker belum signboard kat Jalan Raya tu. 

Tapi N masih lagi panggil Bukit Cerakah jer, senang coz semua orang tahu..


Saturday, June 25, 2011

Snail Mail dengan Yuyu Zulaikha

Hari ni keje N duk meng'adjust' template blog..haishh penat betul kalu tak dapat macam yang kita nak ekk..

Tengah2 adjust, duk save and view blog banyak kali sampai lenguh, N terbaca balik entry yang lepas.. Entry dulu dan sekarang, pasal surat menyurat vs email.

Dulu selalu jer berutus surat ngan kawan, tapi sekarang tak lagi. Urmm tak besh kan.. Almaklumlah zaman dah canggih, dah tak rasa nak tulis2 surat ar.

Tapi, tadi tetiba jer N terpikir nak tulis surat kat Yuyu Zulaikha yang OOOO >> tak mo cakap dia cute coz semua orang pun asik cakap menda yang sama.. huhhh.. memang dia cute pun..

N selalu jer singgah blog dia, kekadang tinggalkan sekomen dua. Pastu sok2 masuk lagi, tengok comment dah approve tapi dia tak reply apa pun. Yer la, kalu dah satu entry ada 100++ comment, mana nak larat kan reply satu2. Urmm

Tapikan kalu N bagi Yuyu surat, agak-agak dia nak reply tak?? Yer la, selalunya dia asik dapat comment jer. Tapi tetiba realiti dapat surat.. Haaa..

Pastu latest entry dia yang N baru baca tadi 'Marilah menjadi kawan baik Yuyu'.. Haa kena sangat lah kalu N bagi dia surat kan.. Macam berkenalanlah kiranya..

N rasa macam bagus jer idea ni :D. Tapi kalu realiti pun ramai orang hantar surat kat dia, larat ker dia nak layan surat N :P

Pastu tak lupa juga kepada sorang misi comel ni eyn, tadi pagi kita orang borak dalam BCR, dia suka sampul surat yang N amik dari pakcik google, mungkin N bley buat satu sampul dan post kat dia.. Sampul aja, bley tak :P ..Pastu N nak dia reply sampul jugak yang dia buat sendiri :P

Okay lah, N out dulu, rasa macam dah mereng plak bila banyak sangat merapu.. nak yuyu reply surat konon.. cheh orang tu pun banyak keje lain nak buat.. berangan jer lar cik N oii..

Friday, June 24, 2011

Just listen..

Kadang-kadang tu kita bercerita sebab kita nak orang mendengar..

Kadang-kadang kita luahkan perasaan sebab kita tak nak pendam seorang diri dan tak mahu kena serangan mental..

Kadang-kadang kita nak kongsikan perkara-perkara yang kita suka dengan orang yang kita suka sebab kita nak dia tahu apa yang kita suka..

Kadang-kadang kita merungut bila ada yang tak kena sebab kita ni manusia yang ada perasaan dan bukannya patung..

Kadang-kadang kita memang suka nak cakap pasal benda yang buat kita betul-betul excited sebab kita seronok nak berkongsi cerita..

Tapi kadang-kadang tu kita tahan diri kita daripada berkata-kata bila:

dia menjawab apa yang kita kata sebab dia tak suka ataupun tak setuju,
dia jadikan suasana seolah-olah macam pertandingan pidato,
dia persoalkan balik cerita kita,
dia perkecilkan kita macam kita ni baru hidup setahun,
dia tak mahu dengar dan nampak sangat macam seolah-olah kita yang terhegeh-hegeh,
dia lemahkan semangat kita

Kadang-kadang tu kita bercerita sebab kita nak orang mendengar saja.. Just listen..

Kalau satu hari nanti kita mendiamkan diri, tolong jangan tanya kenapa..

Wednesday, June 22, 2011

Dulu dan sekarang Part 1

Perasan tak you all yang sekarang ni dunia dah makin maju. Teknologi tak payah cakap lar, makin hari dah makin canggih..

Kalu kita tengok remaja-remaja zaman sekarang ni (even budak2 sekolah rendah or menengah), memang dah terbiasa dengan penggunaan alat-alat berteknologi tinggi ni. Boleh kata dah tak boleh nak berenggang lah.

Tapi hari ni N nak citer sikit pasal penggunaan surat menyurat dan email dengan bantuan Internet. Rasanya semua orang pun dah tahu kan apa tu Internet. Kalu tak tahu cer tanya kat PakCik Google kerna dia lebih arif dalam hal ni :P. 

DULU - Snail mail

Okaylah, you all masa dulu-dulu pernah tak berkirim surat mahupun kad raya/ birthday ngan kawan-kawan.


















Well, N masa zaman sekolah dulu-dulu kalu ada masa memang N akan berkirim surat ngan kawan-kawan. Rumah pun jauh dan kalu nak jumpa memang tak tahu zaman bila boleh ketemu. So, suratlah N gunakan untuk bertanya khabar.

Ingat lagi dulu zaman N berutus surat ngan kawan, bila nampak jer sampul surat nama N, punyalah excited gila nak buka. Dah lepas baca jer apalagi, selongkar semua barang-barang especially pen warna-warni dan kertas kajang or kertas warna warni. 

Tapi kalu time tu rasa macam dalam kreatif mode, sampul surat pun N buat daripada kertas majalah :D, macam besh jer kalu sampul tu lain daripada yang lain. 


Tapi sekarang ni tak tahu lah boleh buat macam tu ker tak, coz rasanya Pos Malaysia dah keluarkan standard yang dibenarkan untuk sampul surat. Sila rujuk Pos Malaysia yer :D


SEKARANG - Email

Tapi zaman sekarang ni dah lain. Kebanyakan orang menggunakan email tak kira la untuk urusan rasmi mahupun tidak. Sebabnya, penggunaan email lagi cepat dan mudah. Dah tak payah nak keluarkan kos untuk beli sampul surat, kertas kajang dan juga setem.  Tangan pun tak lenguh nak menulis :D. 

Bila usia dah makin meningkat, N pun dah jarang-jarang nak berutus surat.. Bukan sebab sekarang ni boleh guna email, tapi sekarang ni dah sangat busy :P. Urmm paling tak besh, dah lost contact dengan kawan-kawan yang duduk jauh..

Tapi, sekarang ni walaupun zaman dah canggih, surat menyurat masih lagi diamalkan terutamanya untuk urusan rasmi :D

** Sekali sekala kalu dapat real surat/ kad yang di pos ke rumah oleh kawan alangkah seronoknya rasa :D

semua pic di atas dari pakcik google, sila klik gambar untuk pergi ke sumbernya

Monday, June 20, 2011

Girls.. shopping

Hey girls out there.. asyik blog walking jer.. Apa kata kita buat penambahan skit >> Blogshop Walking..

Take five ya.. Feast you eyes with these beatifulllllllllll item which i found them online..

Oleh kerana sekarang ni N a little bit obses ngan pemakaian skirt, so tiap kali tengok skirt musti N geram :D



Cute kan this flair chiffon skirt. the  price RM98 from wanna look pretty. So dainty and adorable, no wonder the price is very high. N tak biase beli barang mahal so pada pendapat N harganya memang tinggi :P

And this long dress also N took from the same blogshop, the price RM RM100. With the touch of dainty lace, make it look so girly and i love it that way :D..


Another dress from this blogshop, price RM52.. Finally, I found the affordable price.. But this ready stock have been sold out.. Urmmmm never mind this is just only Blogshop Walking / Window Shopping.


Tips: Chiffon material usually quite expensive, you know what i mean.. Beatiful, cool and soft material come with lots of $$$$.. avoid  them if you are in tight budget.

Friday, June 17, 2011

Entry best bertukar jadi..

Pernah tak bila blogwalking, terjumpa satu entry yang besh. Punya la seronok layan entry tu siap tak kisah pun kalu entry tu panjang berjela.

Pastu ditambah lak ngan rasa excited nak comment entry tu.

Tapi bila sampai satu part jer, terus rasa macam urmmmm.. tetiba jer part yang last sekali tu tak besh, geli, mual, jijik.. Dalam hati why this entry should be like this, really made me sad.

Then end up dengan klik X untuk entry tu. terus tak jadi nak comment. sangat2 tak beshh. N tak suka bila perkara macam ni terjadi huhu. Tak nak ingat dah..

Thursday, June 16, 2011

Baju.. baju bundle

** Entry ni suppose to be last week nya entry, tapi lupa nak publish :P

Huhu T.T.. cantik betul baju bundle yang N tengok kat Giant tadi. Harga RM15.. RM10 pun ada juga. Kemeja tak der butang, design bunga2 kecik, siap ada kerut2 kat bahagian pergelangan tangan.. dainty dan feminin.. N lurve it so much

Tapi tak dapat beli, duit xde :X.. noktah, tak mau cakap apa dah, takder mood tak dapat beli

Some info:

Bundle baju pompuan.. Tak rugi pun kalu pergi, banyak pilihan, ada dalam 16 racks penggantung baju :D
Venue: Giant KJ, Ground floor, Ruang legar depan Secret Recipe dan Lovely Lace
Price: RM10-RM15 (sama jer harga ngan pasar pagi Ahad kat Stadium Seksyen 13 Shah Alam)
Duration: Lupa nak tanya acik tu sampai bila dia duk kat situ

Monday, June 13, 2011

Happy Monday..

Seronoknya hari ni.. Monday blue dah bertukar jadi Happy Monday

Tak nak cakap banyak lah, jus nak bagitau yang hari ni N c-u-t-i = cuti.. jangan jeles kay :D

Dan lagi satu oleh kerana dah beberapa hari ni N tak jenguk blog N yang musyuk ni, so N agak excited bila N dapat comment dari Princess Red Blood Snow..


First time nih, tak sangka plak yang dia akan masuk dan baca blog N :"). terharu rasa orang yang famous cam dia sudi masuk blog N, siap comment lagik.. :D suka sangat.. N tak reply lagi comment tu coz rasa terkejut plus excited sampai tak tau ayat apa yang sesuai nak reply.. bunga2 rasa hati, senyum jer sepanjang taip entry nih. 

Dan lagi satu comment dari abglan ni pun N suka.. "Blasah jer N, pasal follower nie bukan sebab blog kurang besh tapi kurang promosi jer".. rasa macam sejuk skit ati bila baca comment dia.

Anyway, thanks for those who comment.. memang membakar lagi semangat N dalam berblog ni :D

Okay, stop for now.. N mau Blogwalking

Saturday, June 11, 2011

Shoulder??

If i dont have a shoulder to cry, its okay because im used to it and i still have something to hold to..

But when someday i need to pass it away..

What choice do i have??

Kecik nya N

N join Ben Ashaari nya segment: kritik blog

memandangkan link blog N pun dah disenaraikan oleh MTT, N pun try la buka beberapa blog blogger lain.

Konon nak start kritik. Setakat ni dah 3 blog N kritik tapi bila buka blog yang seterusnya N macam patah semangat je nak teruskan segment ni bila >>>> tengok semua blog2 yang N buka mempunyai follower yang mencapai ratus-ratusan..

Jauh beza sangat ngan follower N yang tak berapa nak banyak ni T.T.. Kang kalu kritik blog derang,nanti derang cakap N memandai-mandai pula.. follower tak ramai tapi nak nasihat blog yang ada ramai follower.. nanti dikata tak sedar diri pula..

What should i do.. wat muka tak malu terus join segment ni tanpa peduli apa orang lain nak kata or just respond to blogger yang kritik blog N saja??

Thursday, June 9, 2011

Segmen Ben Ashaari

Tadi N jenguk blog BA dan MTT.. Blog N tak tersenarai pun T.T, sedar diri ni tak famous..

N pun ngadu kat MTT dengan harapan MTT masukkan link...


setengah jam kemudian bila N cek, blog N dah dapat tempat :D.. Yang tak sangkanya, N dapat reply dari MTT selepas 7 minit N comment.. wah laju betul MTT.. N bernasib baik, mungkin kebetulan MTT duk tengah ngadap PC.. tak pun MTT memang super ekpress :D 


Blog N bawah sekali NO 204..

Comment dari MTT.... MTT panggil N SYG >> sayang.. MTT ni saja jer la, malu N :")

Wednesday, June 8, 2011

Labels baru

Tadi masa nak post Ben ashaari punya segment, N baru dapat tahu yang bahagian label kat posting dah berubah wajah.. Kalu sebelum ni label duk kat sebelah kanan..


tapi sekarang sebelah kiri dan kalu tekan jer show all terus kuar semua label macam kat bawah:


Baru lagi ker ni, rasanya semalam takder lagi.. apa-apa pun style baru ni memang best coz bley tgk semua label yang ada in case kalu kita terlupa :D

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

First time N join segment yang BA buat. Sebelum ni baca2 jer pasal BA dalam blog orang lain, tapi beberapa hari ni kerap pula N kunjung blog dia.. Saja nak hilangkan bosan kot :D


Segment ni pasal kritik2 blog..

N kritik blog blogger lain dan blogger tu kritik balik blog N pula.. @

Blogger lain kritik blog N dan N kritik balik blog dia.. yer kot macam ni.. erk??

Nak join klik la banner yer :D

Tuesday, June 7, 2011

Tamat sudah keje sambilan

Ye ye.. Tamat sudah keje sambilan. Dah 6 hari N jadik receptionist terjun gara-gara receptionist yang duk sebelah N ni cuti.. Penat jawab phone dan melayan kerenah students T.T..

Tapi hari ni N bebas dan kurang skit beban.. Receptionist merangkap admin comeii ni dah kembali bertugas :D.

Seronok..

Monday, June 6, 2011

Mencari Blogger HOT

N join Hunting For Hot Blogger?? Hahh.. dah kata N ni memang hot kan, wajib lah join.. Hahaaaa.. Kalu terasa macam mual2 tu tolong abaikan ayat2 yang u oll baca ni kay..

Anis Adila Aris ataupun triple A tengah carik hot blogger. Hot blogger macam N ker TA?? (buat muka hot).. Hahaa memandai2 jer kan N bagi nama triple A kat dia.. saja jer, kalu sok2 dah jadik kawan N panggil dia TA=triple A jer, senang skit. Anis Adila Aris macam panjang sangat plak, tercabut jari nak taip :P..


Syarat-syarat untuk jadi Blogger HOT :

1. Buat satu entry bertajuk Mencari Blogger HOT - done
2. Tepek gambar kat atas dalam entry korang - done
3. Tinggalkan link di entry ini - lepas post entry ni :D

** N sedar diri ni tak hot mana pun.. sob sob T.T

Saturday, June 4, 2011

Budget shopping

Petang u oll..

Penah shopping online?? Baru jer blogshop walking :D.. N suka dress dan juga cardy.

Tengah bw jumpa dress checker ni, tengah sale. Ni budget bawah RM50..

 + 


Friday, June 3, 2011

Give away Part 1

Jus a short update berkenaan dengan give away yang sekarang ni ramai orang buat kat blog masing-masing..

Sebenarnya N dah daftar blog sejak tahun 2007.. tak sangka dah agak lama yer tapi N buat blog N ni just sekadar diary syiok sendiri. Tak berharap pun orang lain datang baca.

Kekadang tu update kekadang tu bersawang jer blog N, tapi bermulanya tahun 2011, terdetik plak nak publish blog kepada orang ramai.. N mula draftkan semua entry2 N yang lepas, kenapa ye?? Mungkin N bley citer kemudian.

Kemudian terus bergiat aktif menulis blog dan mula menyertai kelab2 yang dikhaskan kepada blogger2. Blogwalking tu tak payah cakaplah, tiap kali online jer sure N buka dulu dashboard jenguk entry2 yang menarik dan tunggu update dari blogger yang memang N berkenan sangat :D..

Sejak N aktif update blog, N dah pandai skit ar comment2 entry blogger lain.. tak kenal pun, tapi urmm hentam jer la, tak harap pun blogger tu jenguk blog N, tapi kalu jenguk pun suka jugak.. hehe

Dari hari ke hari N berblogging walaupun syok sendiri update blog, N rasa macam makin banyak jer benda yang N tak tahu.. huhu

Contohnya macam megatag, backlink, HTML dan segala bagai code2 yang ada.. Dan tak lupa juga churp2, nuffnang, infinity, mangga dan lain2 advertisment company.. hahhh sampai sekarang pun tak tahu menda alah ni walaupun pernah terbaca pasal menda ni semua. lembab betul N ni T.T

Asal buat blogwalking jer musti terpampang pelbagai jenis iklan.. Adakah kerana ingin menambah bilangan follower dan juga pengunjung, ramai blogger2 buat Give Away?

Berbaloi ker buat Giveaway kalu semata2 nak dapat duit lebih dari Ads2 yang menaja blogger2 ni??

* Harap2 tak der blogger yang terasa dengan apa yang N tulis ni yer.. N jus tulis apa yang terlintas di dalam fikiran jer dan tak bermaksud apa2 pun.. Anyway, entry ni akan bersambung di lain masa, nantikan Give Away Part 2.. chill :D

** Sorry la yer coz bebel entry ni terpanjang pula, ingat nak buat short entry jer.. huhu

Thursday, June 2, 2011

Blogger chat room - BCR

Tadi masa tengah blogwalking guna member list dari faceblog, N tersinggah la kat satu blog ni.. apatah namanya, lupa plak :P..

Tetiba rasa tertarik plak kat blog ni tapi .......bukan sebab penulisan dia :P. Sebenarnya N tertarik dengan dia punya chatbox.

N tengok ramai betul yang tengah sembang2 kat dalam chatbox dia ni, semua pun peramah2, macam dah lama kenal plak. Dalam pikiran N mungkin chatter ni semua rakan2 blogger tu kot.. daripada rancak berbual sampai terbenti jap coz ada yang nak sign out. tetiba N rasa macam gatal plak nak nyampuk, tapi N batalkan niat coz N tak kenal pun chatter2 ni mahupun blogger kepada blog tu.

lagi satu menda yang membuatkan N tergila-gila dengan chatbox dia sebab ada icon onion yang comel2 tu.. geram betul, rasa macam nak geget2 icon tuh.. Bila tiap kali ada chatter yang post comment musti nampak comel coz derang memang pergunakan icon dengan sebaik yang mungkin...

Memang bley nampak real jer derang punya perasaan tu bila guna icon comel onion ni.. so cute.. dulu ada jugak nak letak kat posting blogspot tapi tak leh coz N guna dashboard blogspot yang baru, tak support mende alah icon2 ni.. huhu T.T


Then, N try la klik2 link yang ada kat chatbox tu coz N nak letak kat Blog N ni, tapi  keluar mende lain.. apa tah, tak paham plak menda apa tu. pastu klik lagi link lain dan tetiba je N masuk satu page ni, namanya Bloggers Chat Room..


Urmm.. rupa2 nya baru lah N tahu yang chatbox ni kepunyaan BCR, lebih kurang macam gengblogger dan juga faceblog. pastu kene daftar2 plak, ish malas betul.

Dari apa yang N baca kalu nak chat kat chatbox tu kene daftar dulu.. N pun macam huhu.. nak chat tapi namau daftar T.T.. Tengok lagi chatbox tu, wawa ati dah banyak geram.. icon2 yang derang gunakan untuk berchat tu sangat lah comei.. perbualan antara chatter BCR pun makin rancak dengan si comel onion ni..

Si onion ni gerak sana.. gerak sini.. kuarkan love dan kuarkan dialog hii.. 

     
  
Wawa.. tak tahan dah hati ni, comeii sangat.. Nakk joinnnnnnnnnn!!!!.. Tak buang masa dah, terus jer daftar..  Sekarang ni tengah tunggu email notification, katanya within 24 hours..

jatuh chenta dengan si onion busyuk ni >>

Tick tock tick tock, memang mengira masa sekarang ni.. latest email yang N check setelah berkali2 N buka email masih belum sampai apa2 lagi.. 

 xsampai lagi ker.. erkk

penat tunggu walaupun tak sampai setengah hari pun lagi

Tadi ada juga rasa gatai tangan lagi sekali nak cuba memulakan perbualan tapi tak berjaya pun ;P.. Degil sungguh N ni kan, ngeh ngeh.. dah tau pun masih nak cuba jugak.. 

pastu mula la rasa skit kecewa T.T 

masih tunggu mail.. bye



Wednesday, June 1, 2011

THE FACEBLOG GEMPAK BLOGLIST (JUN)

Holaaa...

FaceBlog Gempak BlogList Jun

Saya dah join Faceblog gempak bloglist..
U oll dah ker?? kalu belum lagi, jom la kita join ramai2 :D