About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, January 21, 2014

A&W Birthday Party

Jumaat yang lepas, N, asy, asben dan mertua pergi A&W birthday party sempena ulang tahun Baby Aisy..

Sebelum ni member tu buat kat A&W Subang dan jemput ahli keluarga saja.

Tapi kali ni buat kat A&W PJ dan jemput beberapa kenalan rapat.

Let the pictures tell the story yaa..

Kanak-kanak main belon

Sepatutnya A&W birthday party aisy mula jam 3 petang, tapi N kelam kabut nak g binding buku ucapan untuk Aisy so N dah terlewat.

Tapi N bernasib baik, masa N sampai pihak A&W baru setup makanan. So, sampai-sampai je terus la makan.

Baby Asy macam biasa lah, sibuk main belon. Belon pula warna-warni, geram je dia.. haha

Birthday boy baby aisy tidur masa N baru sampai, 15 minit pastu baru bangun.

A&W bear maskot

Sebelum maskot A&W keluar, semua budak sibuk main belon tapi bila maskot A&W masuk, semua budak terkesima dan duduk dengan family masing-masing.

Anak member sorang ni terus senyap dan melepek je. Badan terus jadi panas. Terkejut agaknya tengok bear besar.

Baby Asy kejap je, sebab lepas tu dia mengekor maskot A&W ke hulu ke hilir.

Siap salam berkali-kali, sabar je la bear tu.

Asy love maskot A&W

Aktiviti A&W birthday party lepas makan ada dua.

Musical chair yang mana Baby Asy dan ayah turut serta.

Pusing-pusing kerusi

musical chair A&W birthday party

Aktiviti ke dua pula stop dance.

Staff A&W akan pasang lagu dan bila lagu diberhentikan semua peserta kene berhenti menari. Siapa yang lambat berhenti akan terkeluar.

Lagu yang diaorang pasang lagu chicky dance, lagu mohon bersembah noraniza idris dan dangdut..

Menari bersama maskot A&W

Dah habis aktiviti baru la sesi nyanyi lagu birthday, tiup lilin dan potong kek.

nyanyian lagu hari jadi

Empat orang punya hari jadi, tapi yang utama adalah Baby Aisy.. :D

Kapas Putih A Picture A Day Project Day 17

Aisy dan Asy

Kapas Putih Daily Scrapbook Project Day 17

A&W Birthday Party PJ

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D