Seronoknya minggu lepas kerja dua hari je..
Hari isnin konvo, selasa maulidur rasul, rabu khamis kerja, jumaat thaipusam
Pejam celik pejam celik cuti lagi
Lepas habis konvo N balik rumah terus, kiranya lepas konvo kali ni N tak bermalam dah kat hotel.
So, nak jadikan cerita esoknya N terbangun lewat sebab badan letih dan penat bertungkus lumus untuk konvo.
Makanya, N terlepas lah untuk menyertai or tengok maulidur rasul celebration kat TV.
sumber dari carian google
Seronok juga sambutan maulidur rasul tahun ni. Siap ada perarakan kat Putrajaya.
Apakah itu maulidur rasul?
Maulidur rasul berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud kelahiran Rasul, Nabi Muhammad.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah ke dunia ini.
Untuk memperingati Nabi Muhammad saw, setiap umat islam di seluruh dunia akan mengadakan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus keagamaan.
Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah bagi golongan-golongan yang memuliakan hari tersebut.
sumber: Maulidur rasul
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D