About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, February 14, 2014

Makan kat Murni Discovery PJ murah

Jarang-jarang nak jumpa scenary yang cantik macam dalam gambar ni.

Selalunya N keluar kerja awal pagi, kalau bernasib baik dapat la tengok pemandangan ciptaan Allah ni.

Aman dan tenang je tengok. Elok untuk kesihatan mata sebelum menempuh kerja di office :D 

Cantiknya pemandangan

Tengah hari N makan kat Murni Discovery PJ. Ada sorang member yang ikut ni tak pernah pergi.

Masa tengah amik makanan dia ngomel ntah berapa la kena kalau ambil banyak.

Sekali bila bayar, terkejut la member tu sebab harga murah sangat.

Ditambah pula dengan perjalanan yang sangat lengang sehinggalah ke tempat parking.

Makan kat Murni Discovery PJ

Memandangkan masih ramai yang bercuti raya cina, maka jalan kat situ lengang.

Kalau hari biasa, maunya kena pusing 3-4 round nak dapatkan parking.

Okay, N cerita sikit pasal makanan kat atas yang N ambil ni. Nilah nasi campur.

Nasi + tomyam ayam 2 ketul + ubi goreng pedas 4 ketul + sambal terung 2 ketul + tempe goreng kacang panjang 5 biji + tohu comel lembut 2 biji.

 Nak tahu berapa yang N kena bayar

RM3.00 je.... haa memang murah

Dan oleh kerana harga yang tak lokek tu membuatkan Murni Discovery ni dikunjungi orang ramai yang silih berganti dan kadang-kadang penuh. Kalau nak makan kena redha je dengan meja yang ada, takleh nak memilih sangat.

Tapi apa-apa pun janji murah dan sedap..

Kalau u all duduk di sekitar KJ or PJ boleh cuba makan kat Murni Discovery restoran ni.

Makan-makan sekitar Selangor:

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D