Memang dari dulu lagi N memang sangat suka barang second hand especially baju.
Dah memang jadi kebiasaan setiap kali ke pasar malam N akan ke gerai bundle.
Tapi itu semua dalam kenangan sebab dekat Shah Alam ni tak banyak bundle perempuan kecuali kat Stadium Pasar Pagi Seksyen 13, Shah Alam.
Serius N tak malu langsung untuk mengaku yang N merupakan peminat bundle yang tegar.
Pantang tengok bundle perempuan, N lah yang paling excited.
Tapi entry ni bukan pasal baju bundle yang beli kat kedai pasar malam. Lagi best dari bundle tapi lebih kurang macam adik beradik jugalah ceritanya.
Seminggu lepas ada sorang member ni nak kahwin dah. Nanti N cerita entry pasal kahwin dia kendian. So untuk melapangkan almari baju, dia dah packing sikit baju yang dia tak mau dan bagi N.
N memang sangat berbesar hati terima pemberian dia dengan tangan yang terbuka luas.. Sebenarnya dia letak atas kerusi office sebab tak sempat jumpa N sebelum cuti kahwin.
Dalam hati dah berbunga-bunga dan tak sabar nak buka tengok. Tapi oleh kerana kat office so, N tenangkan hati. hehe
Perasaannya sama macam kat kedai bundle, tapi lagi best sebab free dan ala ala macam buka surprise gift.
Tak tau baju tu jenis macam mana dan teruja nak belek satu-satu. Bila masuk kereta dan tunggu traffic light sempat buka 2-3 helai baju..
Balik rumah baru buka semua. Semua baju yang member bagi ni cantik-cantik lagi. N tahu yang dia pun tak sampai hati nak bagi baju-baju dia ni tapi bila pikir nak masukkan baju baru yang sesuai dengan status Puan lepas dia kahwin terpaksalah dia bungkus dan bagi kepada kawan dia yang tersayang ni.. hehe
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D