About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, August 15, 2014

Food Testing Mini Karnival

Kemeriahan Mini Karnival semalam memang sangat meriah memandangkan intake mereka kali ni memang intake yang sangat ramai.. Total estimate ada 16 gerai didirikan di tepi kolej. Mereka sangat enjoy. Ceria je muka masing-masing.

Food Testing memang best

Yang menarik perhatian N dalam mini karnival kali ni ialah design baju derang. Serius N tertawan. Walaupun kelabu hitam tanpa warna tapi designnya nampak klasik.

Food Testing memang best

Sebenarnya sebelum turun untuk food testing, paginya N dah makan Nasi Lemak Sotong. Perut dah kenyang. Tapi rezeki kedua jangan ditolak sepertimana rezeki yang pertama Nasi Lemak Sotong.

Total ada 16 gerai tapi kami ditempatkan di gerai wing 1 yang merangkumi 8 gerai sahaja. Lagi 8 gerai orang lain pula adili. Kalau nak test semua gerai mahunya rabak perut ni.. Walaupun hanya food testing makan sikit-sikit je. Tapi kalau 1 gerai ada 3-4 hidangan makanan yang berbeza. Total 8 gerai ada 24-32 jenis hidangan. Haaa sikit-sikit, lama-lama kenyang bulat perut ni..

Food Testing memang best

Okay gerai pertama dengan hidangan ayam salut tepung dan fries.. N ambil gambar secara rambang. Takder la ambil gambar setiap hidangan. Not bad.. Sedap Corn in cup pun marvellous, tak hancur pun corn dia.

Food Testing memang best

Gerai kedua dengan hidangan Char Keow Teow, Laksa Penang, MeatBall, Sotong Pulut (makanan pantai timur) dan juga dessert kek keju. Yang ni pun enak-enak. N cuit-cuit sikit je rasa tak macam food testing sebelum ni :P.. huhu.. Walaupun sedap hingga jilat siku tapi N cuba tahan nafsu, mesti ingat yang N ni tengah food testing bukannya mentekedarah.. 

Food Testing memang best

Gerai ketiga adalah Nasi Kerabu. Yang ini pun sedap menurut member. Memang nak sangat beli tapi bila dah kenyang food testing, terus tak jadi beli sebab sure N takkan makan. Nak bawa balik rumah pun takut basi. Ramai yang nak beli sebab ni lah satu-satunya gerai yang jual nasi kerabu.  Ishh terliur pula tengok.. Ada la sikit sesalan sebab tak beli.. hehe gatal kan

Food Testing memang best

Then gerai seterusnya.. ke berapa ntah tak ingat. Kepok lekor makanan pantai timur dan juga fries. Ada lagi yang lain tapi N ambil gambar rawak. Dan kalau presentation tak cantik malas nak ambil. Cukup setakat rasa dan bagi markah aje :D.. Yang ni sedap, sedap pun sebab beli. Bukan buatan sendiri.. Biasa aje kalau yang jual barang sedia beli ni.

Food Testing memang best

Gerai kedua terakhir. Yang ni semuanya best kecuali chicken serai. Presentation paling best antara gerai yang lain. Rasa pun sedap. Pandai depa ni, tak sia-sia leturer derang ajar dalam kitchen :D

Food Testing memang best

Gerai terakhir ni hidangkan rojak buah. Member semua berkenan tapi N tak berapa sebab tak menepati cita rasa N.. Presentation cantik..

Food Testing memang best

Dan disertakan sekali makanan utama depa Nasi Beryani. Urmm cuit sikit je. Nasi kering, pun tak jadi beli. Takut kalau beli nanti tak boleh nak masuk tekak, lagi pula dah kenyang kan. Tapi sebab dah kata nak beli, N tukar dengan produk lain. Milkshake Banana, sedap hingga sedutan yang terakhir.

Food Testing memang best

Dah habis food testing N berjalan dari gerai ke gerai.. Beli fries RM1 dapat 2 bekas polistren, dan RM1 dapat 6 keping nudget. Fries 1 bekas N dah sebat lepas kelas semalam. Boleh pula lapar balik lepas habis kelas.. Ishh ish tak cukup dengan fries, N perabiskan roti jala food testing yang N sempat rembat siang tadi. Milkshake banana seperti di atas juga licin disedut.. Srottt srotttt

Food Testing memang best

Satay ayam RM3 untuk anakanda kesayangan di rumah, tapi anakanda yang mengada tu ambik segigit je.

Food Testing memang best

Dan fries nudget untuk dia juga tapi makan main-main.. huhu

Malam tadi lepas mandi, N flat diselangi dengan melayani kerenah mengada anak dan tidur sampai pagi. Sampai tertinggal dinner semalam. Serius penat sebab kelas non stop 4 jam semalam.. huhu

Tapi apa-apa pun, Food Testing semalam serius best macam sebelum ni.. Okay, lepas ni N nak kumpul duitlah untuk next festival lepas ni. Kalau boleh nak pergi shopping kat setiap gerai yang ada. Kesian je mereka promote tapi N tak dapat nak beli.. Tight budget la lepas raya gini.. huhu

1 comment:

  1. perghh! tgh blogwalking tym lucnh nie..memang mengundang kelaparan..terliurr tgok pic2 mknn nie sumeeeeeee

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D