About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, August 26, 2014

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon

Nak join klik banner yer :D

Pendapat mengapa wanita sering dikaitkan dengan warna pink?

Pada pendapat N, wanita sering dikaitkan dengan warna pink kerana warna pink merupakan warna yang lembut iaitu selembut seorang wanita yang sentiasa jaga adab dan sopan santun. Tapi tak semua wanita gemar warna pink kerana warna yang lembut tersebut tak sesuai dengan jiwa mereka.

Bagi N, terus teranglah N memang gemarwarna pink kerana warna pink merupakan salah satu warna pastel yang sangat lembut. Boleh kata warna-warna pastel ni adalah gabungan antara warna asas dan warna putih. Seperti warna pink yang asalnya merupakan warna merah yang garang dicampur dengan sedikit putih yang melembutkan warna merah tersebut.

Tetapi warna pink tak semestinya dianggap lembut kerana selain warna pink pastel terdapat juga warna shocking pink. Shocking pink ni lebih terang dan boleh nampak dari jauh gitu. Warna shocking pink ni lebih funky berbanding pastel pink. Sesuai untuk sisi jiwa lasak seorang wanita tersebut. Tetapi macam mana pun keadaan warna pink tersebut ianya tetap sering dikaitkan dengan wanita.

Semestinya wanita dan warna pink tidak dapat dipisahkan bagi penggemarwarna pink. Ada sesetengah penggemar warna pink yang sangat tegar suka segala benda yang berwarna tersebut. Kalau nak keluar tu siap dari tudung, baju, handbag, seluar, kasut, purse dan baju anak pun nak pakaikan warna pink juga.

Kalau anak lelaki sekali pun, memang tak mustahil akan terselit sehelai baju warna pink dalam simpanan. warna pink atau warna pastel ni warna yang sangat lembut, boleh kata sedap mata setiap kali memandang.

Tetapi jangan salah faham, penggemar warna pink tak semestinya kelihatan seorang yang lemah lembut dan ayu. Ada juga yang kelihatannya lasak tetapi gemar warna-warna lembut seperti warna pink.

Warna pink dan lelaki. Selalunya seorang lelaki tak ambil pusing pasal warna tapi mereka jarang nak kenakan warna pink. Lelaki yang gagah perkasa jarang nak mengenakan warna pink yang nampak lembut dan juga ayu itu. Tetapi lelaki yang memakai warna pink tak semestinya lembut ya.. Kadang-kadang lelaki yang sensitif dengan wanita akan mengenakan warna pink kerana warna pink sering digemari oleh sang wanita. Wanita mudah jatuh cinta pada warna pink dan mungkin pemiliknya.. Ehem ehemm.. Terkeluar pula tips untuk teruna di luar sana. Tetapi ada juga lelaki yang pakai warna pink sebab mengikut arahan daripada orang yang disayangi yang merupakan penggemar warna pink yang tegar :P.. 

6 comments:

  1. betul betull..pink pstel indeed nampak soft..tapi kalau shocking pink, nampak lebih edgy heee..
    sebenarnya saya suka je abah saya pakai baju pink hahahaa. muka garang tu, terus nampak lembut hee

    thanks sudi join ya :D
    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/08/senarai-peserta-pink-ladies-2-dan-pinky.html

    ReplyDelete
  2. ada masa singgah la ke blog ayu... ayu ada buat segmen juga... nanti boleh la join ye... tq

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-pink-ladies-2-48.html

    ReplyDelete
  3. singgah dari segmen yang sama

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-pink-ladies-2-48.html

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D