IDCC dah beroperasi you all walaupun di bahagian bawah masih ada construction..
Sabtu baru ni N pergi mom and baby expo kat IDCC, Shah Alam.. Best juga pergi sana sebab ada baju murah-murah. Memang dah ada niat nak beli baju baby asy. N pergi dengan kakak and anak bongsu gigirl. Baby asy memang sengaja takmo bawa, takut takleh nak handle.. huhu
You all bley ambil feel sikit cuci mata tengok pic kat bawah :D
Selain daripada pelbagai jenis diapers booth and baby stroller and things, buku dan mainan pun ada.. Yang paling N berkenan play sand kat bawah ni. Dalam pasir tu telah diletakkan gam supaya pasir tak berterabur dan senang dibentuk.. Ala-ala plastesin, tapi yang ini lagi best. N tengok-tengok and pegang-pegang je sebab rege dia mahal. 1 kg = RM20 tak silap N..
Hasil rembatan N kat mom and baby expo tu.. Stoking. RM10 / 5 pairs. Ada stoking saiz besar, N rembat 2 untuk diri sendiri dan lagi 3 pasang baby asy punya.
Then, puting Avent. RM19/2 pcs je, kalau harga asal kat tesco RM33 gitu. Memang nak kena beli sebab puting sebelum ni baby asy dah gigit-gigit.. Geram rasa..
Baju pula ada yang serendah RM2 - 4 per piece.. Sangat happy N siap beli seluar mandi untuk baby asy lagi. Bila nak g mandi tak tahu lar.. Mungkin nanti akan guna untuk ke Gambang Resort Pahang kot :P.. Hohooo
Dan part paling best bila dapat goodie bag. Dalam goodie bag tu ada banyak barang.
* 3 kotak enfagrow
* mug
* 2 pack baby cereal
* mie sedap cup
* laurier pad sample
Masa tengah beratur nak ambil kupon goodie bag ada orang dari enfagrow offer borang untuk redeem 3 kotak susu enfagrow. N pun isi je :D. Pastu pergi kat booth derang dan redeem.. Total sekali yang dalam bag dapat 6 kotak susu enfagrow perisa vanilla dan coklat.. Sedap sangat :D
Then pergi setiap booth diapers dan ambil sample. Huggies semestinya sebab masa nak beli diapers baru-baru ni Huggies murah tapi terpaksa letak balik sebab tak pernah pakai. Takut saiznya kecik. Nak beli yang paket kecik, takder jual pula. Tapi sekarang dah ada sample jadi boleh la cuba. Kalau lepas ni drypers mahal, ada lah pilihan lain yang lagi murah kan.. Lagipun my husband yang loyal kepada satu-satu brand dah bagi green light :D
Kesimpulannya N happy sangat pergi mom and baby expo ni sebab dekat sangat dengan rumah dan murah-murah.. :D.. Minta maaf sebab tak announce dalam blog ni, N pun baru je tahu dan pergi pun last minute, tak sempat nak khabar kat semua orang..
Kalo cuci mata mmg best sbb byk brg dijual dgn harga yg lebih murah kan..berbaloi beli..
ReplyDeletewow murah tu baju baaaaby..!! rm2-rm4 aaargh. kalau CT pegi borong habis dah baju untuk anak-anak buah hihi..
ReplyDeleteKalau ade kt klang mesti leh jumpE N kat sane je...
ReplyDeletesuhailah: cuci mata tak cukup, tangan tu sure gatal nak pilih dan bayar :P
ReplyDeleteCT: tapi yang murah RM2 tu tak banyak mana design dia
hidayu: a'ah, tapi kalau klang jauuh sangat. tak tahu la dapat pergi ke tak
memang rambang mata la ibu2 semua dok pilih barang2 kan..harga pulak not bad..memang murah2..
ReplyDeletecn dah berubah dari drypers ke huggies sbb huggies ni tahan lama, lebih 12 jam, kira mlm2 tak yah tukar pampers baby ;)
ReplyDeleteRambang mata la para mummy2..hihi
ReplyDeleteBelog Miss Balqis