Morning.. U all dah ambil supplement Vitamin pagi ni ??.. Well, N terskip pula sejak dua menjak ni. Sekarang ni memang N amalkan Spirulina. But for my baby Asy, N belikan dia Vitamin C.
Sekarang dia tengah makan Vitamin C brand Champs ni. N beli RM 25++ untuk double pack ni kat Guardian. Ngam-ngam je masa N beli tu last day promotion.. Murah dan berbaloi-baloi. Baru habis setengah botol. Boleh cukup untuk dua bulan ni :D
Sebelum beli Champs perisa Strawberry kat atas ni, N dah pernah beli Champs perisa anggur. Suka je dia makan, terus beli double pack kat atas :D
Sebenarnya first vitamin brand yang N beli untuk baby asy adalah brand Chewies, Multivitamin. Multivitamin ni brand apa-apa pun harganya memang mahal sikit berbanding Vitamin C.
Untuk Vitamin kanak-kanak N sengaja belikan yang jenis tablet sebab dulu N pernah bagi baby asy makan gummy sweets, tapi dia luak balik. Jadi N tak berani nak beli vitamin jenis gummy.
Baby Asy ni memang susah nak makan sebelum ni, sebab tulah dia nampak kurus macam tak cukup makan, walhal kat rumah maktok dia sentiasa masak. Tapi dengan pengambilan vitamin, baby asy dah berselera nak makan.
Prnh jgk tgk anak buah mkn. Sdp je, mcm mkn gula2..hehe
ReplyDeleteBelog Miss Balqis