Cuti-cuti ni moh N sambung entry Trip ke Sungai Petani/ Penang.
Pada hari yang sama selepas reception kami gerak ke Penang.
Kami di atas jambatan Pulau Pinang, sangat lama N tak bertapak kat sini. Rindu rasa.
Excited bila berada atas jambatan ni dan daripada jambatan ni kelihatan sebuah lagi jambatan yang menyambungkan Penang ke...... tak tahu.. hheehee
Kami dah sampai Penang..
Gat Lebuh Macallum.
Hotel pertama kami, oficemate tanya je. Kami tak check in kat sini sebab mahal. Ni area Jalan Chulia.
Sepatutnya kami masukkan nama-nama budjet hotel dalam GPS, tapi driver sorang ni dah miss place list budget hotel. So yang ingat hanya jalan chulia...
Then, kami meneruskan pencarian budget hotel kat area Little India.
Taraa.... Kami di Broadway Budget Hotel.
Dua katil besar untuk kami empat orang yang comel ni berharga RM150.
Check in dan baring hilangkan penat kejap.
Then bangun dan menuju ke Padang Kota Lama.
Di salah satu mall yang ada kat area Padang Kota Lama.
Padang kota lama ni sesuai untuk orang yang suka laut.. Uihhh tertinggal pula gambar laut yang tengah surut masa N datang ari tu..
Betul-betul depan Starbuck, duk kat depan je sebab tak mampu nak masuk.. hehe
Tengah tunggu officemate keluar duit untuk belanja kami bertiga makan..
Nama pokok ni pokok cinta.. Mengikut cerita dongeng saper yang nak bertemu jodoh kene sentuh salah satu cinta yang bergantungan atas pokok ni.
Ramai juga yang patah hati sebab tak dapat nak capai cinta yang tinggi ni.
Pastu singgah gerai-gerai makan untuk kudap-kudap..
Dan N berjaya makan siput polko dot ni. Rasanya macam kerang.
Macam tak percaya sebab N tak pernah dan tak teringin nak makan siput sedut.
Perghhh sampai habis tau N lahap.. hehe
Our cute little driver.. Thyra Bankk
Live drawing
Masing-masing perasan konon terima bunga rose dari prince charming.
Gambar tercantik jatuh kepada gambar atas sebelah kiri iaitu thyra bank.. memang nampak real dengan reaksi mukanya yang terkezut..
On our way to car, jauh gila park kereta sebab kami dah tersesat jalan masa awal-awal sampai Padang Kota ni.
Salah sebuah hotel yang berhadapan dengan pantai.
Sampai je Little India kami pekena Nasi Kandar Beratur yang famous amous tu.. Nasi not bad la, popular dan ramai orang sebab nama kedai ni dah dikenali semua orang. Harga satu pinggan ada seketul ayam dan sayur kobis RM7.50. Kami siap share satu pinggan dua orang sebab dah melantak kenyang kat Padang Kota.
Masa ni orang dah tak ramai sebab dah malam sangat. Masa kami sampai siap kene beratur 15 minit. Tapi bukan N la yang beratur. N jadi mam je tengok oficemate beratur.. Heheheee
Ps: TOlong jangan percaya dengan kisah dongeng Pokok cinta ok, ianya rekaan semata-mata tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati... hehe
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D