About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, July 10, 2014

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating

You all suka bekas transparent?? Selalunya kalau pergi raya mesti syok kan tengok kuih raya dalam balang kaca jernih dan juga air syrup rose ais sejuk dalam gelas kaca jernih.. Ohhh dah terbangkit sikit semangat raya N.. hehe

Ada tiga sebab kenapa N suka barang-barang kaca jernih:

Moden / Ringkas / Nampak Mahal (Eklusif) / Nampak isi dalam

Jom usha-usha empat barang yang berasaskan gelas jernih dari IKEA..

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Bottle with stopper

Cuba bayangkan bila masa di waktu tengah hari yang panas kita keluarkan botol ni dari peti sejuk dan letak depan tetamu masa berhari raya. Bukan saja boleh nampak isinya tapi siap ada sekali titisan air di luar dinding botol menitis jatuh.. Gulpppp.. Mesti tertelan-telan liur tetamu nak minum air tu walaupun ianya hanya air kosong.. tapi kalau air syrup rose.. lagilah gulp gulpppp.. hahahaaaa

Okay okay, sebenarnya tak payah nak tunggu raya, tengah posa ni pun tengok botol kosong pun tertelan-telan ayak liur.. hahaa

Serius cantik dan simple. Apa kata tahun ni buat kelainan, kita letak air kosong dalam clear glass bottle ni untuk tetamu yang nak minum air kosong. Malam sebelum raya isi penuh-penuh beberapa botol dan simpan dalam peti. Bila nak minum boleh terus keluarkan. Tak payah susah-susah nak transfer ke dalam jug, jimat masa dan tenaga :D

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA glass set

Pastu hidangkan dalam gelas comel ni. Untuk kunjung mengunjung tak perlulah kita sediakan gelas yang besar. Yang kecil dah cukup, boleh jimat ruang dan senang nak angkat / basuh. Budak-budak pun senang nak pegang.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Jar with lid

Lepas minum hilangkan dahaga, hidangkan tetamu dengan kuih muih yang diletakkan dalam balang kaca jernih ni. Senang tetamu nak ambil mana berkenan di hati tanpa buka setiap satu balang. Boleh juga elakkan kuih raya tersebut daripada masuk angin dan lemau.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Three tiers serving stand

Di samping tu, siapa yang rajin buat pastry product. Bolehlah hias atas dulang bertingkat jernih IKEA ni untuk tetamu menjamu selera :D

Haaa terpikat tak tengok transparent glass item ni?? Kalau ada rezeki N nak beli.. yehaaa..

Kalau u all nak, kena beli cepat-cepat sebab harga yang dipaparkan untuk sementara waktu jee.. Masa terhad, baik beli masa tengah harga rendah..

N bukan kakitangan IKEA dan entry ni bukan sponsor by IKEA. Entry ni hanya untuk share barang yang N berkenan dan kebetulan tengah murah kat IKEA sekarang ni.. Sebarang pertanyaan pasal produk mohon masuk website mereka yaaa... wink wink..

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D