Dulu masa Baby Asy kecik N teringin sangat nak beli Sleeping Bag ni. Tapi tak kesampaian, sekarang pun Baby Asy dah besar. Kalau beli pun mau ke dia masuk dalam tu melainkan kalau dah biasa dari kecik. Rupanya macam baju or rompers yang tertutup kat bahgian kaki.
Fungsi Sleeping Bag ni adalah untuk elakkan nyamuk dari gigit dan menghalang sejuk yang melampau kat bahagian kaki. Baby ni kalau dah besar sikit dan dah pandai guling-guling susah kita nak kawal. Dipakaikan selimut, esok pagi bangun selimut dah ditindannya.. Takmonya nak pakai selimut.
Ni semua Baby Sleeping Bag dari IKEA.. Cantik-cantik kan..
Kat Supermarket pun ada jual juga dan harga dia lebih kurang sama macam kat IKEA ni.. Standard price RM55 ke atas. N tak kesampaian nak beli sebab takder peruntukan huhu.. Next baby kalau ada rezeki, N mahu dapatkan satu. Nak biar baby biasakan diri tido dalam sleeping bag ni :D
tak penah beli sbb rasa cam tak guna mana pun .. lagi pun cam tak sesuai je utk kat malaysia sbb cuaca panas kan
ReplyDelete