About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, July 26, 2014

Adat Salam dan Maaf di pagi raya

Adakah you all masih mengamalkan adat bersalam dan memohon maaf di pagi raya? Syukur Alhamdullillah N masih lagi mengamalkan adat turun termurun ni. Bila N fikir-fikir pasal adat bersalam ni terlintas di fikiran N, bagaimana agaknya adat resam perayaan bangsa lain? Adakah mereka pun akan mengamalkan adat bersalam dan mohon ampun macam Hari Raya?

Pada N sekarang ni Hari Raya sangat bermakna sekiranya dapat membahgiakan semua orang yang disayangi. Dan paling penting pagi raya. Di pagi raya tulah hari yang paling dinanti setelah sebulan berpuasa. Selain meraikan kemenangan berpuasa di Bulan Ramadhan walaupun tak pernah dapat puasa penuh.. huhu.. Tapi acara dan adat bersalam memang dihayati penuh oleh N yang hati tisu ni.

Kalau tak berlinang air mata di pagi raya memang tak sah. N tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Ianya datang dengan perasaan yang sedih dan hiba. Bila bersalam tu macam ada satu perasaan bersalah bersarang dalam hati dan mengharap segala kesalahan terutamanya pada ibu bapa diampunkan. 

Tapi serius la N cakap, walaupun N dah minta maaf tiap-tiap tahun dan segala kesalahan dah dimaafkan, perasaan hiba dan sedih tu tetap ada sepanjang masa. Dekat depan mata ni macam ada satu skrin yang tunjuk setiap kesalahan yang pernah kita buat bila kita nak bersalam mohon ampun di pagi raya. Walaupun ianya telah dilupakan oleh orang lain sebab mereka dah maafkan tapi kat dalam minda ni masih ingat dan merewang-rewang di mana membangkitkan kembali memori yang tak best tu.

N memang suka adat bersalam dan mohon maaf di pagi raya sebab masa inilah kita nak luahkan perasaan bersalah secara ikhlas, memberi kesedaran kepada diri sendiri, merapatkan silaturrahim dan dalam masa yang sama hati akan rasa lebih lega dan tenang.

4 comments:

  1. kan N..walaupun dh bermaafan tetap dok igy kesalahan yg kita buat

    ReplyDelete
  2. kan!especially to people we love, like family...

    anyway, blogwalking sini, and selamat hari raya dear!

    ReplyDelete
  3. kan!especially to people we love, like family...

    anyway, blogwalking sini, and selamat hari raya dear!

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D